Semenjak sempadan daerah dan negeri yang kembali dibuka baru-baru ini, ramai penunggang basikal kembali beriadah. Namun, apa yang menjadi isu adalah ada antara mereka yang membawa masuk basikal ke dalam restoran ketika mahu makan.
Perkara itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kafe dan mula tular di media sosial selepas dikongsikan @amar_zulkifly di Twitter yang juga difahamkan merupakan pemilik kafe berkenaan. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kafe di Prima Saujana Kajang. Difahamkan, perkara itu berlaku ketika dirinya tiada di kafe dan staf pula tidak berani untuk menegur atau menghalau kedua-dua penunggang basikal tersebut. Video yang mula tular itu mencetus pelbagai reaksi daripada netizen dan ramai antara mereka yang marah dengan perangai pelik yang ditunjukkan oleh penunggang basikal terbabit. Ada juga yang mempersoalkan di mana common sense mereka sehingga terjadi perkara seumpama ini. Ada juga netizen mencadangkan pemilik kedai makan agar meletakkan pelekat 'No Bicycle' di hadapan kedai agar perkara sama tidak akan berulang. Selain itu, ada juga yang berpendapat bahawa kerajaan perlu menggubal akta dan undang-undang yang lebih tegas agar golongan ini tidak akan menyusahkan orang lain. Dalam pada itu, ada juga mengatakan perbuatan ini telah merosakkan nama baik penunggang basikal lain kerana akibat nila setitik, rosak susu sebelanga. Sehingga kini, video yang berdurasi 20 saat terbabit telah ditonton sebanyak lebih 200 ribu kali oleh pengguna Twitter. - CARI |
gorjeous replied at 12-12-2020 06:47 PM
Beli Basikal mahal mampu.. kunci basikal pun tak boleh beli kee..
matseh replied at 13-12-2020 04:00 PM
Ramai jeles ni.
Basikal harga lagi mahal dari Ysuku takkan nak tinggal luar.
~boolean replied at 13-12-2020 07:38 PM
yang bawa basikal bodoh,
tapi owner kedai lagi bodoh...
lattehazelnut replied at 13-12-2020 07:40 PM
Kalau nak kencing bawak basikal dlm toilet gak ke? Kalau solat letak kat mane pulak?
ADVERTISEMENT