Taipei: Pengunjung satu upacara keagamaan di sebuah kuil di sini, dikejutkan dengan adegan lucah pasangan yang melakukan hubungan seks di sebuah hotel. Media tempatan melaporkan, pada kejadian 6 Disember lalu itu, pasangan terbabit dipercayai membuat 'aksi melampau' itu dari sebuah bilik di tingkat 10 hotel mewah di Meng Jia Avenue, tanpa menutup langsir. Ia menarik perhatian pengguna jalan raya dan peserta sebuah festival sempena memperingati 165 tahun Kuil Qingshan, sehingga ada yang mengambil kesempatan merakam menggunakan telefon bimbit. Susulan kejadian, polis akan mengambil tindakan terhadap pasangan terbabit dan orang ramai yang merakamkan insiden tidak bermoral itu. Dalam pada itu, ramai pihak mengkritik tindakan pasangan itu seolah-olah tidak menghormati upacara keagamaan berkenaan. Salah seorang pengguna jalan raya mengaku dia melihat aksi itu seperti 'haiwan buas'. "Ini benar-benar memualkan, mereka sama sekali tidak menghormati agama dengan menjadikan lokasi (festival) ini sebagai tempat tidak bermoral," katanya seperti dilaporkan menerusi The Sun. Media tempatan melaporkan, polis yang mendapat laporan berhubung kejadian segera datang ke lokasi dan melarang pengguna jalan raya daripada merakam aksi berkenaan. Pasukan keselamatan turut memberi amaran kepada pengguna jalan raya bahawa tindakan mereka boleh menyebabkan mereka dipenjara kerana melanggar undang-undang. Pada masa sama, polis kini sedang mengesan identiti pasangan itu dan akan mendakwa mereka. Ahli Jawatankuasa Kuil Qingshan, Chen Yu-min berkata, upacara keagamaan yang berlangsung minggu lalu adalah yang terbesar dalam sejarah. Polis Daerah Wanhua melaporkan, acara itu menarik lebih 100,000 pengunjung dan antara tiga perayaan terbesar di Taipei.
Sumber : MyMetro/Tribunnews |
sharlenetexas replied at 11-12-2020 03:29 AM
Baca tajuk ingatkan hantu ketuk pintu hotel. Hantu lain rupanya
dani-rox replied at 11-12-2020 03:10 AM
exhibitionism kot. ala2 michael fassbender dlm citer shame gittew
shark replied at 11-12-2020 03:17 AM
Tengah doggy tu.ramai pulak bersorak rakam2 time majlis agama pun
dellashrill replied at 11-12-2020 03:36 AM
hamboi cuols awal dah online. baca tajuk ni sebab tengok komen cuols.
dani-rox replied at 11-12-2020 03:10 AM
exhibitionism kot. ala2 michael fassbender dlm citer shame gittew
darkness replied at 11-12-2020 08:36 AM
Lols. Fetish sukakan sex dgn tontonan ramai. Ramai jah org mcm gini. Lagi high katanya. Ada jgk suam ...
ADVERTISEMENT