Paris: Pemain Barcelona yang membantu Perancis muncul juara Piala Dunia, Antoine Griezmann berkata dia menamatkan kontrak penajaan dengan Huawei berhubung syarikat gergasi telekomunikasi China itu terbabit dengan penindasan umat Islam Uighur. "Berikutan bukti kukuh bahawa Huawei menyumbang kepada pembangunan untuk mengesan etnik Uighur menerusi perisian imbasan muka, saya dengan segera menamatkan hubungan bersama syarikat berkenaan," kata Griezmann. Firma penyelidikan pengawasan berpangkalan di Amerika Syarikat, IPVM berkata, Huawei terbabit dalam ujian perisian imbasan muka di China yang boleh menghantar isyarat kepada pihak polis jika mereka mengesan rupa etknik Uighur. China mendapat kritikan yang hebat dari seluruh dunia berikutan polisi di wilayah Xinjiang, selepas laporan kumpulan hak asasi manusia berkata, sejuta etnik Uighur dan minoriti masyarakat Islam lain ditahan dalam kem tahanan. China mempertahankan tindakannya dengan menyatakan ia hanyalah kem latihan vokasional yang bertujuan membasmi keganasan dan menyediakan peluang pekerjaan. Griezmann, penyerang mengetuai skuad Perancis muncul juara Piala Dunia 2018, dilantik menjadi duta jenama Huawei sejak 2017. Sumber : MyMetro
|
Normabaru replied at 11-12-2020 05:51 AM
Siap blh booking vaccine dr china n jalinkan hub extra mesra dgn negara penindas penganut agama isla ...
shark replied at 11-12-2020 03:20 AM
terbaik...mat saleh lagi lantang pertahankan umat Islam yang ditindas.. kita?? apa tindakan bila sau ...
Missterry replied at 11-12-2020 07:38 AM
Meanwhile, iols pakai phone Huawei. Actually susah jugak nak boikot2 ni sebab mostly barang kat duni ...
stingersaw replied at 11-12-2020 06:40 AM
Kau sendiri bila mau angkat senapang pi sana?
Kahkahkahkahkah
shark replied at 12-12-2020 11:32 AM
tak cerdik ko ni.bila nak pertahankan hak saudara seagama memang kena angkat senjata je ke
axl_bach replied at 11-12-2020 12:16 PM
Apa payah, nk boikot ni senang jer....kambing itamkan Mekdi mcm yg selalu org kita buat lah.....as ...
ADVERTISEMENT