Seorang lelaki di Sepanyol menjadi perhatian ramai apabila menjalani pembedahan untuk memasang antena bagi membolehkan mengesan perubahan cuaca dan keadaan atmosfera. Manel de Aguas, 24, merealisasikan impian dengan bantuan pakar di sebuah klinik di Jepun selepas hasratnya itu pernah ditolak beberapa doktor di negara kelahirannya itu.
Uniknya, antena buatan yang dipasang pada tengkorak kepalanya itu umpama organ yang berfungsi mengesan suhu, kelembapan dan tekanan atmosfera. Alat yang kelihatan seperti sirip ikan juga mampu menghantar bunyi ke otaknya menerusi tulang. Antena seberat 500 gram itu boleh dicas semula dengan tenaga solar selain mampu berhubung dengan pelbagai peranti menerusi jaringan tanpa wayar (Wifi).
|
nazzse replied at 11-12-2020 12:53 PM
Acah angle ada sayap??
Megikari: Laaa.. Dia x tau ke wujud app utk kesan semua benda tu
ADVERTISEMENT