CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Sebab Mengantuk, Ezzaty Abdullah Langgar Penghadang Jalan Jam 3 Pagi

11-12-2020 06:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8729| Komen: 32

Pelakon Ezzaty Abdullah, 30, berdepan dengan situasi cemas apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Sungai Besi kira-kira pukul 3 pagi Jumaat.

Menurut Ezzaty, insiden itu berlaku ketika dia dan pengurus peribadi (PA) dalam perjalanan pulang selepas selesai menjalani penggambaran sebuah drama.

"Allahuakbar, ini kali pertama kereta kena towing sebab accident sendiri langgar penghadang jalan. Habis shooting pukul 1 pagi dari pukul 9 pagi tadi.

"Alhamdulillah nasib baik saya dan PA tak apa-apa. Saya yang memandu tapi kemalangan bukan sebab (saya) mengantuk ya," katanya.


Isteri kepada pelakon Azwan Kombos ini juga menjelaskan kereta jenis BMW yang dipandunya cuba mengelak sebuah lori dan kereta di belakang.

Walaupun begitu, Ezzaty melahirkan rasa syukur kerana dia dan pembantu peribadi tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Peminat dan rakan artis seperti Azhan Rani, Mira Filzah, Dynas Mokhtar dan Aishah Azman turut menitipkan pesan agar pelakon itu sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Foto: IG

Sementara itu, Ezzaty berkata, selepas selesai segala urusan berkaitan kemalangan itu, dia perlu meneruskan kerjanya untuk ke set penggambaran di Sekinchan Selangor pada pukul 4 pagi Jumaat.

"Call time pukul 7 pagi di Sekinchan dan malam di Ampang, pukul 3.38 pagi baru selesai semuanya, Tido 30 minit... syukur ada masa kejap untuk rehat.

"Perjalanan dua jam juga nak ke Sekinchan dan malam ini penggambaran di Ampang pula. Bukan mudah nak senang, harap semuanya ada hikmah dan hasil. Amin," katanya.


Sementara itu, Azwan ketika dihubungi mStar meluahkan rasa syukur kerana isterinya dan pembantu peribadi tidak cedera atau trauma selepas berdepan kejadian itu.

"Alhamdulillah, dia tidak cedera dan trauma cuma saya pesan supaya lepas ini kena lebih hati-hati ketika memandu kerana nyawa tidak boleh dicari ganti.


"Akibat kemalangan itu, kereta mengalami sedikit remuk dan dua tayar di bahagian kiri pecah," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 11-12-2020 06:12 PM
Xnk ngaku micro sleep ke..
Quote stingergem 11-12-2020 06:15 PM
Edited by stingergem at 11-12-2020 06:17 PM

Kau ingat physical distancing utk elak covid aja? safe distancing dgn kenderaan didepan kau takda?

kalau dah bodoh jgn nak membodohkan org lain...

my point is as long as you have had a safe distance with the vehicle in front of you...you will always be able to react safely for any sort of adversities


puiiiiiiiii
Quote katibism 11-12-2020 06:15 PM
Suka la tengok dia ni berlakon. Underrated. (Boleh tengok KLGU francais, Korban kasih dan latest hit sebagai Farhana dlm Cinta Skali Lg)

Naik slow2... nama pun makin harum sama mcm nama anak sheols.
Quote zehra2 11-12-2020 06:19 PM
apa guna ada PA.. dah awak berlakon, bagi ler PA yg drive
Quote krustykrab 11-12-2020 06:22 PM
Retis ni kaya2 kan...kete manjang bmw merc...
Quote pxlbb 11-12-2020 06:24 PM
katibism: Suka la tengok dia ni berlakon. Underrated. (Boleh tengok KLGU francais, Korban kasih dan latest hit sebagai Farhana dlm Cinta Skali Lg)Naik slow2...  ...


Iols setuju mak harum ni sangat underrated. With that look and talent dlm berlakon she can go far.
Quote awenda507 11-12-2020 06:31 PM
Bahayanya jadual keje padat sgt pastu x cukup tido. Ntah2 dia microsleep masa jd tu sbb da penat sgt. Papepun harap2 dipermudahkn urusan ye.
Quote Minami2013 11-12-2020 06:32 PM
Kawan i mmg ada accident sbb tiba2 lembaga muncul di tengah jalan pkul 2,3 pagi.. tak berani i nk drive pagi2 buta selain drpd mengelak pemandu mabuk, byk lori, pandangan limited, silau, org jahat, driver mengantuk dan i sendiri yg mengantuk.
Quote TerataiMelur02 11-12-2020 06:35 PM
Cantik la dia ni.. Bertiang lagi cantik dr MF.. Cumanya dia bukan sejenis gedik kot, tu yg underrated. Takde gosip jantan sana sini.
Quote Nenasketum 11-12-2020 06:37 PM
Suka plak aku ngan kapel nih, tak ngada2. Serba serbi sederhana. Azwan pun lepak jerk lepas kes ngan Nad kangkang.
Quote miznora 11-12-2020 07:16 PM
Hati2 ezzaty
Quote lotionmilo 11-12-2020 07:21 PM
Drive laju kah?
Quote lotionmilo 11-12-2020 07:22 PM
TerataiMelur02 replied at 11-12-2020 06:35 PM
Cantik la dia ni.. Bertiang lagi cantik dr MF.. Cumanya dia bukan sejenis gedik kot, tu yg underrate ...

Nak gosip jantan camana.baru nak naik dah kahwin
Quote Note8687 11-12-2020 08:47 PM
In love ngn ezzaty ni, lepas tgk dia melawat orang asli haritu... Siap peluk lg bdk2 tanpa muka jijik ke hape... Dia pun jns soft spoken...
Quote najib888 11-12-2020 08:50 PM
Kadangkala, sabotaj daripada geng longkai pun boleh jadi..
Quote likecandy 11-12-2020 08:51 PM
katibism replied at 11-12-2020 06:15 PM
Suka la tengok dia ni berlakon. Underrated. (Boleh tengok KLGU francais, Korban kasih dan latest hit ...

Tapi kenapa sheols susah nak up? Sebab kahwin cepat ke?
Quote likecandy 11-12-2020 08:52 PM
Kenapa plak dia yg drive, bukan PA?
Kesian plak dah penat2 shooting pastu kena drive malam2 buta
Quote diss69 11-12-2020 09:58 PM
Note8687 replied at 11-12-2020 08:47 PM
In love ngn ezzaty ni, lepas tgk dia melawat orang asli haritu... Siap peluk lg bdk2 tanpa muka jiji ...

Yuppp..prnh serempak ngn dia, senyum je.. Xada muka perasan artis... sweet..
Quote kiah_mai_pulak 11-12-2020 10:01 PM
katibism replied at 11-12-2020 06:15 PM
Suka la tengok dia ni berlakon. Underrated. (Boleh tengok KLGU francais, Korban kasih dan latest hit ...

so sepitt siput sgt komennya punnn

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.044599 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top