VIENNA- Mahkamah Austria telah membatalkan undang-undang yang melarang kanak-kanak sekolah rendah memakai hijab. Undang-undang itu dikatakan sengaja dibuat untuk orang Islam dan dianggap melanggar hak kebebasan beragama. Ia diluluskan semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini. Mahkamah menegaskan undang-undang itu boleh menyebabkan diskriminasi terhadap orang Islam. Ia juga menolak pendapat kerajaan bahawa larangan itu bertujuan melindungi kanak-kanak perempuan Islam daripada tekanan sosial.
Sebaliknya, mahkamah menegaskan kerajaan perlu menyusun undang-undang untuk mencegah penindasan berdasarkan jantina atau agama. Undang-undang yang diperkenalkan pada tahun lalu itu melarang pelajar perempuan berusia kurang 10 tahun memakai tudung. Sumber - AWANI |
mbhcsf replied at 12-12-2020 02:27 PM
Aussie ni agak ...u know macam ni ye , baik London.
Tinot7 replied at 12-12-2020 03:13 PM
Tu austria ... bkn ostolia
ADVERTISEMENT