Kemalangan boleh berpunca dari pelbagai faktor seperti kecuaian pemandu, keadaan jalan raya dan sebagainya. Namun, apabila jalan berlubang yang sekian lama dibiarkan sahaja tanpa sebarang tindakan dari pihak berkuasa hingga mengakibatkan kecederaan adalah sukar dimaafkan. Seorang pemuda terbabit dalam kemalangan setelah motosikal ditunggangnya melanggar lubang berlopak di Jalan Perindustrian Kapar - Meru. Menurut netizen, sebuah video menunjukkan lubang besar yang dilanggar itu bukannya terjadi dalam masa singkat. Mengapa tiada tindakan dari pihak perbandaran? Nak tunggu mati dulu ke baru bertindak? Video tersebut jelas menunjukkan lubang yang dilanggar adalah lopak yang sangat besar. Ianya tertutup dengan air membuatkan ramai menganggap ianya adalah jalan normal. Oleh itu, netizen berharap agar video ini digunakan oleh penunggang terbabit untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang cuai dalam menyelenggara jalan. Lebih mengejutkan apabila tidak lama selepas insiden tersebut, jalan tersebut telah dibaik pulih. Eh! Boleh pula? Habis selama ni kenapa tiada tindakan? Ada yang menyatakan ianya berlaku kerana situasi Lebuhraya Pantai Barat (kini dalam pembinaan) ada melalui Kapar, Meru dan Klang. Namun, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menjaga infrastruktur jalan. Lagi pula, Jalan Meru-Kapar sudah lama menghadapi masalah jalan raya teruk, nak salahkan siapa? "Selagi takda orang eksiden, selagi tu Majlis buat tak nampak ja." Mungkin sudah sampai masanya, orang awam mengambil tindakan ke atas pihak berwajib dalam insiden sebegini. Ianya supaya mereka lebih peka dengan situasi yang berlaku dan tidak lagi mengambil lewa. Ayuh! Bersatu demi kemaslahatan masyarakat. Takkan nak tunggu menteri datang, baru mereka nak turap jalan? - CARI
|
airmineral replied at 13-12-2020 03:19 PM
naik kete atau moto tlg jangan sengaja lalu dkt tpt yang air bergenang sbb xtau tu lubag besar ke ke ...
ADVERTISEMENT