CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perogol Sadis Dibebaskan, Penunjuk Perasaan Korea Selatan Mengamuk

13-12-2020 01:44 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8679| Komen: 55|Original author: Oleh: Cari-Azza




Jika anda pernah menonton filem Korea berjudul Hope yang sangat menyayat hati berkisarkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dirogol dan dibelasah kejam oleh seorang lelaki, anda pasti akan geram dengan berita terbaharu ini.

Ya, lelaki itu dikenakan hukuman penjara selama 12 tahun dan semalam telah tamat menjalani hukumannya.

Bagaimanapun, berita pembebasan perogol itu mencetuskan kemarahan penunjuk perasaan dan ancaman bunuh menyebabkan pihak polis terpaksa menurunkan lebih ramai anggota bagi mengawal keadaan.

Menurut Berita Harian yang memetik The New York Times, penunjuk perasaan berhimpun di luar penjara di selatan, Seoul hari ini sambil melaungkan 'hantar dia ke neraka' dan 'kembirikan dia!' ketika pembebasan Choo Doo-soon, 68.



Foto : AP Images

Penunjuk perasaan tidak henti-henti memprotes kepada penjenayah itu yang dibawa keluar menaiki van berwarna kelabu dengan perlindungan rapi pihak polis.

"Apa jenis negara ini, melindungi perogol?"


Selain itu, beberapa penunjuk perasaan berbaring di atas jalan raya sambil memegang papan tanda menjerit slogan dalam usaha menghalang pembebasan Doo-soon.


Foto : Yonhap

Sementara itu, polis bertindak mengalihkan halangan dan membina sekatan bagi membolehkan van yang membawa Doo-soon bergerak keluar. Bagaimanapun, penunjuk perasaan dilihat menendang van berkenaan dan melemparkan telur sambil mengeluarkan kenyataan menghina.

Situasi itu memaksa pihak berkuasa untuk menambah lebih ramai anggota polis termasuk kamera pengawasan di sekitar kediamannya. 

Kemarahan orang ramai semakin membuak-buak dalam beberapa bulan lalu, ketika tarikh pembebasan Doo-soon semakin hampir. 


Foto : screengrab from Twitter

Rabu lalu, Majlis Kebangsaan meluluskan undang-undang yang diberi nama 'undang-undang Cho Doo-soon' yang melarang individu disabitkan atas tuduhan melakukan serangan seksual kanak-kanak bawah umur dari meninggalkan kediaman mereka pada waktu malam atau pada waktu pelajar pergi balik sekolah.

Undang-undang itu turut melarang pelaku seks seperti itu menghampiri kawasan sekolah.


Foto : Filem Hope

Mahkamah Korea Selatan sudah sekian lama dituduh kerana memberi kelonggaran terhadap proses keadilan kepada penjenayah golongan kolar putih dan pesalah seks. - CARI

Bagus
5

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote buapakperut 13-12-2020 01:52 PM
memang tak adil bagi mangsa. harap dia dapat balasan seksa juga
Quote ninja9 13-12-2020 01:58 PM
kalau rakyat satu negara layan macam ni untuk seseorang, setiap orang merasa jijik bila pandang... cuma polis yang bertahan untuk menegakkan peraturan dapat melindungi perogol ni... baik sukarela masuk balik dalam penjara.
Quote zehra2 13-12-2020 02:01 PM
hakim yg jatuhkan hukuman penjara 12 thn tu perempuan.
netizen stalk rumah banduan ni.
tp kecederaan budak perempuan mmg dahsyat. usus terkeluar
Quote cashewnut 13-12-2020 02:22 PM
Cuba try test Hukuman jgn bgi banduan perogol peliwat ni makan bawang merah seumur hidup. Hehehe entah libido takde terus. Kalau kembiri membazir ubat. Kan bawang banyak daripada negara perogol banyak. Hehehe
Quote Minami2013 13-12-2020 02:25 PM
I tgk  cerita ni... mmg sedih... selayaknya hukum mati je pedophile ni.. budak tu membesar dah tak normal..
Quote ~boolean 13-12-2020 02:43 PM
yang paling buat aku marah bila perogol boleh balik ke rumahnya yang terletak dekat dengan rumah mangsa, sehinggakan keluarga mangsa pula yang kena pindah...

itu pun masih lagi kemain ummah kita memuja oppa korea sedangkan negara tu punya undang2 selalunya tak memihak kepada perempuan/mangsa...
Quote ninja9 13-12-2020 02:46 PM
cashewnut replied at 13-12-2020 02:22 PM
Cuba try test Hukuman jgn bgi banduan perogol peliwat ni makan bawang merah seumur hidup. Hehehe ent ...

mati pucuk ker kalu tak makan bawang merah?

Quote sambaldurian 13-12-2020 02:52 PM
masalahnye polis pun baik hati tlg jd pengawal peribadi cha do soon dh knp. biaq pi la kena baling telur ke, anggapla hukuman duniawi. dh mmg terbukti bersalah, lain la klu tersalah tangkap penjenayah ke ape ke. salah hukum. citer korea yg tersalah hukum yg miracle cell 7.
Quote mawar_mustika 13-12-2020 03:02 PM
perogol lagi2 pedo sepatutnye dihukum gantung @ penjara seumur hidup sampai mati
Quote azie5zoe 13-12-2020 03:19 PM
Agaknya  bila tahu si mangkuk ni dah keluar, mesti mangsa mula rasa ketakutan balik.
Quote airmineral 13-12-2020 03:21 PM
sedey weh cite ni
ap jadi dkt budak tu ya
Quote LautBiru52 13-12-2020 03:36 PM
Sampai sekarang mangsa buang air guna tiub. Kena penjara 12 tahun je sebab dia menipu. Apa yg dia buat tu terlampau sadis. Better ko pegi bunuh diri
Quote tukul 13-12-2020 03:49 PM
zehra2 replied at 13-12-2020 02:01 PM
hakim yg jatuhkan hukuman penjara 12 thn tu perempuan.
netizen stalk rumah banduan ni.
tp kecedera ...

Undang2 korea kot..kalau tgk drama korea pun ..undang2 nya mmg too lenient..siap jenayah ada statute of limitation...naye betul
Quote tukul 13-12-2020 03:51 PM
LautBiru52 replied at 13-12-2020 03:36 PM
Sampai sekarang mangsa buang air guna tiub. Kena penjara 12 tahun je sebab dia menipu. Apa yg dia bu ...

Dia menipu mcmana
Quote hayrin86 13-12-2020 04:43 PM
Mujur tak layan Kpop dan drama Korea..
Quote shernazz 13-12-2020 05:43 PM
Iols cuma harap pedo tu bunuh diri
Atau dpt covid n mati dengan seksa
Quote kimsa-ra 13-12-2020 06:02 PM
Iols xtgk tgk cerita hope tu sbb x sanggup. Dr baling telur baik baling batu bagi rejam smpi mampus. 12 thn je ko sihat walfiat celaka la eh.
Quote Tinot7 13-12-2020 06:28 PM
[youtube]qUhuxUZucnY[/youtube]

[youtube]9Rxuurra-OI[/youtube]

Tak jadi nak lawat korea...
Quote kimsa-ra 13-12-2020 06:38 PM
[twitter]https://twitter.com/ohitsaina/status/1337888262518534144?s=19[/twitter]

Harap mampus  tertekan semua org benci ko

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.046588 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top