Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan di Vietnam dilihat memegang gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya untuk mencegah kehamilan. Ibu kepada bayi berkenaan yang berusia 34 tahun dikatakan menggunakan perancang keluarga IUD kira-kira dua tahun lalu, namun ia didakwa keluar bersama bayi tersebut ketika dia dilahirkan. Menurut pakar obstetrik, Tran Viet Phuong di Hi Phong International Hospital, beliau sama sekali tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar unik tersebut.
Tambah pakar itu lagi, IUD tersebut mungkin gagal untuk mencegah kehamilan wanita itu dan ia dibawa bersama bayi lelakinya selepas dilahirkan. Ibu bayi berkenaan sebelum ini sudah mempunyai dua orang anak dan berniat mahu merancang kehamilan, namun rezeki menyebelahinya apabila selamat melahirkan bayi seberat 3.2 kilogram ini. Alat IUD yang dimasukkan ke dalam uterus wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur. Sumber: Sinar Harian / Daily Mail |
shark replied at 14-12-2020 02:47 AM
budak ni bakal jadi orang hebat ni. dia antara jutaan adik beradik dia yang berjaya lolos masuk da ...
shark replied at 14-12-2020 02:47 AM
budak ni bakal jadi orang hebat ni. dia antara jutaan adik beradik dia yang berjaya lolos masuk da ...
ADVERTISEMENT