CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kumpulan Rohingya Di KL Dikaitkan Dengan Zakir Naik Didakwa Rancang Serangan Di India

14-12-2020 04:12 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4748| Komen: 35

Transaksi melibatkan lebih RM820,000 dijejak ke seorang pemimpin Rohingya yang berpangkalan di Kuala Lumpur yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pendakwah Dr Zakir Naik. -Gambar fail



KUALA LUMPUR: Agensi perisikan India dipercayai memintas transaksi kewangan kumpulan etnik Rohingya didakwa berpangkalan di Malaysia yang merancang untuk melancarkan serangan keganasan terhadap negara itu, lapor The Times of India (TOI).

Portal berita yang memetik maklumat daripada dokumen perisikan itu, menyatakan rancangan berkenaan kini sudah berada di peringkat akhir.
Ia turut melaporkan, transaksi melibatkan lebih RM820,000 itu dijejak ke seorang pemimpin Rohingya yang berpangkalan di Kuala Lumpur yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pendakwah Dr Zakir Naik.
Zakir yang diberikan status pemastautin tetap di Malaysia pada tahun 2012 sebelum ini dilaporkan pernah memohon untuk mendapatkan status warganegara.
Beliau juga dikehendaki oleh pihak berkuasa India sejak 2016 atas tuduhan pengubahan wang haram dan menggalakkan ekstremisme melalui ucapan beliau.
Portal itu turut memetik sumber perisikan yang mendakwa mereka sedang menyiasat sama ada sebuah kumpulan militan Rohingya, yang mendapat perhatian tahun lalu kerana mengutip dana untuk pelarian Rohingya di Malaysia, terlibat dalam transaksi itu.
Astro AWANI telah menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berhubung laporan itu dan sedang menunggu maklum balas beliau
Kumpulan terbabit yang diketuai seorang wanita yang dilatih di Myanmar didakwa merancang melancarkan serangan di sebuah bandar di India beberapa minggu akan datang.
Laporan tersebut mendakwa, pihak perisikan memberi amaran kepada kepada polis dan Biro Perisikan Negeri di Delhi, Haryana, Uttar Pradesh, Bihar dan Bengal Barat supaya meningkatkan pengawasan di kawasan yang menjadi sasaran pada Jumaat.
Ia juga mendakwa, seorang suspek yang berpangkalan di Chennai dipercayai bertindak sebagai orang tengah yang menerima sebahagian daripada wang berkenaan menggunakan sistem 'hawala'.
Hawala adalah sistem penghantaran wang melalui kaedah 'bawah tanah' iaitu tanpa melalui rangkaian sistem perbankan atau syarikat kewangan rasmi
Polis percaya kumpulan terbabit bercadang untuk menyusup ke India pada pertengahan atau akhir Disember menerusi Bangladesh.


Sumber : astroawani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LautBiru52 14-12-2020 05:14 AM
So betul ke tidak dakwaan perisikan india ni?
Quote ResellerMaxis 14-12-2020 05:57 AM
Kenapalah kita nak jd pembela terrorist ni.
Quote cecari 14-12-2020 06:42 AM
ResellerMaxis replied at 14-12-2020 05:57 AM
Kenapalah kita nak jd pembela terrorist ni.

pembela teroris kepala bana hang.....
Quote Dovahkiin 14-12-2020 06:45 AM
India kan. Selagi bernyawa org tua tu, selagi tu tak puas hati.
Quote kakigebang 14-12-2020 06:46 AM
cipet tul la krling jndia ni saje je create issue..tkdemotif rohingya nk serang jndia, baik diorang serang burmaindia ni saje je nak kaitkan dgn zakirnaik
Quote Kurex 14-12-2020 07:17 AM
Aku benci rohingya
Quote auntieagony 14-12-2020 07:23 AM
Ya Allah, selamatkanlah dan lindungilah ilmuwan2 Islam yg berjuang berdakwah ke jalan Mu.
Insya Allah.

Ramai sgt ilmuwan2 Islam yg meninggal dunia kebelakangan ni. Innalillahiwaiinailaihiraajiun
Quote kasibiman 14-12-2020 08:24 AM
Keling sembang.

Takat kabupaten uttar Pradesh Tu perempuan kene rogol ramai2 dgn saksi Pon tiada pembelaan.

Kau nak cakap kau trace duit system chettiar?




Dasar tahi lebih besar dari lubang dubor punya keling.
Quote swimswim 14-12-2020 08:46 AM
Rohingya apa kaitan dgn india lol. Dia nk bom myanmar tu logic la juga
Quote Knowlee 14-12-2020 08:48 AM
Dovahkiin replied at 14-12-2020 06:45 AM
India kan. Selagi bernyawa org tua tu, selagi tu tak puas hati.

Indeed... Ada saja cara dia nak kenakan org.
Quote Tinot7 14-12-2020 08:50 AM
Leh caya ke ni?
Quote tagas 14-12-2020 09:03 AM
bodo punyer keling

long live 4 dr zakir naik 4
Quote TomyamPuteh 14-12-2020 09:22 AM
Tu pon ada org puja puji bollywood. Chait.. Eh ada kena mengena x?
Quote husna_amal 14-12-2020 10:23 AM
Biasa lah india hindu buat tuduhan palsu burukkan pendakwah macam ni. Dah memang diorang anti islam.
Quote namr 14-12-2020 10:30 AM
Dari serang india baik la dorang serang myanmar
Quote relaxjek 14-12-2020 10:34 AM
Percaye laa sgt perisikan india tu.. Ustaz dr zakir elok2 je kat sini.. Rakyat malaysia support dr zakir ayuhhh..
Quote NekNgah 14-12-2020 10:43 AM
Macam-macam cara nak burukkan Dr Zakir.  Sebab Rohingya Muslim, suka-suka hati nak kata diorang nak serang India.

Dey, apa kena-mengena  Rohingya dengan korang hah!

Quote Artemesiaa 14-12-2020 10:50 AM
Patut mereka share info kalau benar dengan pihak berkuasa negara untuk kepastian atau bertindak.  Bukan sekadar main bagi kenyataan macam tu je yang akhirnya boleh memburukan nama negara pula.
Quote Itzy 14-12-2020 05:53 PM
ResellerMaxis: Kenapalah kita nak jd pembela terrorist ni.

Yeke terrorist? Aku percaya ni tuduhan palsu kerajaan india sebab mereka sakit hati selagi dr.zakir naik tak dihapuskan macam amerika nak hapusoan osama bin laden la hahaha. Kafir tetap kafir busuk hati, pedendam. Selagi tak dapat zakir naik tu selagi tu dok buat macam2 tuduhan palsu. Mereka tahu zakir naik ni buat ramai non moslem(dengan izin Allah Taala) especially hindu masuk islam.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.054738 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top