CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

7 Hospital Tolak Beri Rawatan, Sadis Akhirnya Wanita Hamil Mati Dengan Bayi Dalam Kandungan

14-12-2020 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6181| Komen: 36

Menyayat hati apabila seorang wanita hamil yang ditolak untuk rawatan di tujuh hospital meninggal dunia bersama bayi di dalam kandungannya dipercayai akibat gagal mendapat rawatan segera.


Portal Kompas melaporkan insiden itu berlaku ketika Hartina hampir melahirkan cahaya matanya.

Tujuh hospital itu adalah Hospital Bantaeng, Hospital Jeneponto, Hospital Takalar, Hospital Labuang Baji, Hospital Kartini, Hospital Ananda dan Hospital Pelamoni.


Gambar Hiasan
Ahli keluarganya, Haerul berkata, Hartina mulanya dibawa ke Pusat Kesihatan Masyarakat (Puskesmas) Bonto Bangun, Bulukumba.

Wanita itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Bantaeng namun ditolak oleh hospital berkenaan.


Keluarga kemudian membawa Hartina ke Hospital Jeneponto dan Hospital Takalar tetapi perkara sama berlaku apabila tidak diterima sebagai pesakit.

"Awalnya Hartina dihantar ke Puskesmas Bontobangun Bulukumba tetapi kesnya dirujuk ke Hospital Bantaeng.

"Namun, pihak Hospital Bantaeng enggan menerimanya sebaik tiba di pintu masuk.

"Selepas itu, kami membawanya ke Hospital Jeneponto dan Hospital Takalar, namun turut ditolak untuk rawatan lanjut," katanya.

Menurut Haerul, Hartina kemudiannya dikejarkan ke Hospital Labuang Baji Makassar tetapi ditolak kerana tidak melakukan ujian saringan Covid-19.

Layanan sama turut diterima Hospital Kartini dengan alasan tiada kemudahan Unit Rawatan Rapi (ICU) begitu juga dengan Hospital Ananda.

Haerul berkata, selepas itu keluarga membawa Hartina ke Hospital Pelamoni yang akhirnya memberikan rawatan.

"Namun, dia hanya diberikan bantuan oksigen dan ubat anti kejang ketika berada di dalam ambulans.

"Hartina tidak dibawa turun sebaliknya dibawa ke Hospital Wahidin tetapi meninggal dunia sebelum sempat ditempatkan di wad bersalin," katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga kesal dengan keadaan yang berlaku.

"Dari kampung hingga ke bandar kami cuba mendapatkan rawatan namun pihak hospital tidak bertimbang rasa. Bagaimana jika ahli keluarga mereka mengalami nasib yang sama?" katanya.

Sementara itu, Pengurus Perkhidmatan Perubatan Hospital Ananda, Fira berkata, pihak hospital tidak mempunyai kemudahan intensif untuk Hartina.

"Ketika tiba di hospital, doktor cuba memeriksa Hartina di dalam kenderaan dan mendapatinya dalam keadaan kejang dan mempunyai darah tinggi.

"Dalam keadaan begitu, kami berasakan dia memerlukan kelengkapan rawatan intensif yang tidak terdapat di hospital kami.

"Disebabkan itu, kami meminta ahli keluarga Hartina merujuknya ke Hospital Labuang Baji," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Khidmat Pengurusan Perubatan Hospital Bantaeng, Dr Hikmawati menafikan menerima kedatangan pesakit bernama Hartina.

"Kami ada menyemak rekod kehadiran tetapi tiada pesakit bernama Hartina yang mendaftar. Jika ada, tentunya maklumat itu ada di dalam rekod kami," katanya.-CARI


Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sarah82 14-12-2020 10:51 AM
Main tolak2..erm.. Bersyukur la aku dilahirkan dan dibesarkan kat Malaysia.
Quote mbhcsf 14-12-2020 10:54 AM
oh my god. Pre eclampsia HELLP syndrome pun mau tolak tolak - ni kire emergency...this is not done? apa jenis hospital  lagu ni ?

gosh.
Quote Buritan 14-12-2020 10:55 AM
sarah82: Main tolak2..erm.. Bersyukur la aku dilahirkan dan dibesarkan kat Malaysia.



Kannn... mana leh tolak mcm tuu..refer patient pun melalui sepital gak..
Quote Diamje 14-12-2020 11:04 AM
Sbb tu la ramai indon lari ke malaysia sbb nak nikmati taraf pendidikan dan kesihatan..rasa menyampah tgk utuber indon post video kt utube dok puji pasal hospital kt malaysia... org indon dok la berangan nk nikmati keselesaan perkhidmatan kat malaysia.. sbb tu sanggup dtg sini..nak jugak kawen dgn org mesia sbb nak kan idop senang..
Quote sarah82 14-12-2020 11:04 AM
Buritan replied at 14-12-2020 10:55 AM
Kannn... mana leh tolak mcm tuu..refer patient pun melalui sepital gak..

Tu la.. Boleh diselamatkan.. Kat malaysia.. Nak tukar hospital Dr kena bagi kebenaran dulu.  Bukan simply nak tukar.

Kan aku selalu lepak kecemasan sama ada jaga arwah tok aku mahu pun tok skrg..

Selalu aku tengok PATI pi kecemasan dalam keadaan cedera akibat kerja.. Bos tak ada.. Tak ada pulak Dr tolak sana sini.. Tetap terima dan rawat sampai ok.

Sebab tu aku tetap berpendapat Malaysia tetap emas di hati aku.
Quote Artemesiaa 14-12-2020 11:06 AM
Begitulah keadaan kemudahan kesihatan dinegara lain mau pun di negara maju tak ada wang atau insuran kesihatan bakal ditolak kesana sini.  
Quote kasibiman 14-12-2020 11:06 AM
Gila babi lah mcm ni.
Quote Buritan 14-12-2020 11:14 AM
sarah82 replied at 14-12-2020 11:04 AM
Tu la.. Boleh diselamatkan.. Kat malaysia.. Nak tukar hospital Dr kena bagi kebenaran dulu.  Bukan ...

Yeppp.. rawatlaa patient tuu sampai akhir hayatt.. kalo doc ckp balik je laa tu maksudnya waktu utk spend dgn family.. dah tibe masa dah tuu
Quote sarah82 14-12-2020 11:22 AM
Buritan replied at 14-12-2020 11:14 AM
Yeppp.. rawatlaa patient tuu sampai akhir hayatt.. kalo doc ckp balik je laa tu maksudnya waktu ut ...

bergantung juga...ada yg dr jaga sampai habis hayat contoh mcm arwah tok aku pesakit cancer.
Quote lattehazelnut 14-12-2020 11:30 AM
Diorg lg rela terbang malaysia kadang2 utk dapatkan rawatan..
Kesian gak kadang2..
Quote insulin 14-12-2020 11:33 AM
Kesian dengan rakyat indonesia. Presiden dia makan gaji buta ke?
Quote bakingsoda 14-12-2020 11:41 AM
dr hikmawati yindon caprut hoii mmg la nama takde dlm daftar dah kat pintu masuk lagi kena reject bodohnya alasan kau
Quote bibirmerah 14-12-2020 11:43 AM
Bersyukur lahir di bumi malaysia.
Quote prettyuglybabe 14-12-2020 11:46 AM
sebab tu la pati covid sanggup redah laut nak datang malaysia..
dorang tau akan dapat rawatan free kat malaysia..
ni yang orang malaysia sibuk nak kutuk hospital gomen..
bersyukur la kau warganegara bayar sengget je nak dapat rawatan pakar terbaik..

Quote stingerstars 14-12-2020 11:52 AM
sarah82 replied at 14-12-2020 10:51 AM
Main tolak2..erm.. Bersyukur la aku dilahirkan dan dibesarkan kat Malaysia.

Macam la kau beri any sumbangan yg bermanfaat pada negara dan masyarakat sekarang bila dah beruban bulu kini...

kahkahkahkah
Quote stingerstars 14-12-2020 11:53 AM
mbhcsf replied at 14-12-2020 10:54 AM
oh my god. Pre eclampsia HELLP syndrome pun mau tolak tolak - ni kire emergency...this is not done?  ...


sama aja kita disini...protokol sop era covid ...cacha merba itew biasala....kerajaan kebanggaan kau kheunz?

kahkahkahkahkah
Quote allshares 14-12-2020 12:09 PM
Ish2 kesian. Yg ade duit pun seboleh2nya nya taknak terima rawatan kt sana, lagi prefer dtg msia/Singapore. Sbb kwn iols Indonesian yg have2 ckp, deorg doc ape2 sikit potong (bedah). Kalau dtg msia tak semestinya bedah. Dan ade few option doc akan consider.
Quote lattehazelnut 14-12-2020 12:15 PM
allshares replied at 14-12-2020 12:09 PM
Ish2 kesian. Yg ade duit pun seboleh2nya nya taknak terima rawatan kt sana, lagi prefer dtg msia/Sin ...

Cara treatment satu.. mahal pun ye jugak..
Even convert pun, kat msia still murah kawan i cakap..
Quote page_up 14-12-2020 12:15 PM
alhamdulillah bersyukur sanggat dilahirkan di malaysia..

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.057864 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top