Kartun bersiri kanak-kanak popular, Doraemon kini berdepan bantahan daripada warga Jepun ekoran babak-babak yang dikatakan tidak sesuai ditonton oleh penonton yang rata-ratanya terdiri daripada golongan kanak-kanak. Babak yang dimaksudkan adalah aksi-aksi Shizuka di dalam bilik mandi walaupun tiada keperluan untuk babak tersebut. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila ditambah dengan babak Nobita yang seringkali tersalah masuk ketika Shizuka sedang mandi. Ekoran tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, sekumpulan ibu bapa yang turut membesar dengan kartun Doraemon bertindak memulakan petisyen bantahan di Change.org bagi mendesak penerbit Doraemon membuang semua babak-babak di bilik mandi Shizuka.
Petisyen bertarikh 3 Disember itu antara lain berbunyi, "Kami pernah menjadi kanak-kanak yang meminati Doraemon dan kini kami telah menjadi ibu dan bapa yang juga menjadikan Doraemon sebagai bahan tontonan hiburan untuk anak-anak kami. "Kami telah belajar erti persahabatan dan keberanian melalui 'Doraemon' dan kami mahu anak-anak kami melalui perkara sama. "Namun, ada babak-babak di dalam Doraemon yang kurang sesuai. Babak tersebut adalah aksi Nobita yang sedang mengintai Sizuka. "Perbuatan mengintai seseorang di dalam bilik mandi adalah satu kesalahan seksual dan tidak boleh dijadikan satu gurauan." Setakat minggu lepas, petisyen yang memerlukan 5,000 tandatangan tersebut telah mendapat 900 tandatangan. -CARI Kredit berita : Soranews24 |
lattehazelnut replied at 15-12-2020 09:26 PM
Kalau ada masalah sosial definitely bukan sbb doraemon.. diorg lg la industry jav, sextoy, hentai ea ...
kucingitam replied at 16-12-2020 03:40 PM
ke doraemon yg sekarang ni dibuat semula oleh org lain. creator asal dah mati, kan?
ADVERTISEMENT