CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azhan Rani Bengang, Gambar Wajahnya Diguna Dalam Laporan Berita Rogol

14-12-2020 12:55 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 4758| Komen: 12|Original author: Oleh: Saiful

Azhan Rani terkilan dengan sesetengan pengamal media yang menggunakan gambarnya dalam laporan berita mengenai jenayah rogol.

Azhan yang memang terkenal dengan watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur kata dia tak kisah pun wataknya dikaitkan dengan berita begitu tetapi tak setuju jika gambarnya digunakan sewenag-wenangnya


Foto: IG
"Saya okay saja nak kaitkan dengan watak atau drama Nur dengan kisah-kisah macam ini (rogol). Tapi, sebagai wakil media yang kuat juga pengaruh di media sosial, alangkah bagus kalau nampakkan sedikit sopan dan beretika anda.

"Sudahlah gambar itu dari IG (Instagram) saya, kredit tidak, apa pun tidak, lepas itu sesuka hati tak letakkan pun penerangan sekadar gambar hiasan atau apa. Kamu nak sangatkah saya merogol orang?" katanya seperti dipetik di Harian Metro.



Tambah Azhan, dia pernah belajar tentang etika penggunaan bahan gambar dalam penulisan media.

"Walaupun saya pelakon, tapi pernah juga ambil subjek minor komunikasi massa ketika belajar dulu. Mestilah ada etikanya, supaya ada beza penulisan orang media arus perdana, portal, warganet, dan orang cetek ilmu macam saya ini.

"Tapi kalau macam ini cara kamu tulis cerita, saya terfikir daripada editor (pengarang) sampai penulis kat portal semua itu yang kerja, budak WeChat sajakah?" -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 14-12-2020 01:04 PM
rotikayap ni memang suka cari pasal. upload gambar artis pun kekadang letak caption double meaning.
Quote AyaqMeloSuam 14-12-2020 01:09 PM
Hambek... Roootiekayaaa... Saman muka depa...
Quote Bergosip 14-12-2020 01:12 PM
Memang patut pon azhan rani marah. Ni melampau. Menggunakan gambar seseorang tanpa meminta kebenaran dan gambar tiada kaitan dengan berita (which is bukan gambar suspek). Dah lah berita jenayah pulak tu.
Quote AbukRokok 14-12-2020 01:28 PM
apa nak buat

berkat ayat - kuratah ratah juga kau ni
Quote wak_pijah 14-12-2020 02:09 PM
Saman je, baru tau rasa. Suka suki letak gambar org konon nak bg hype.

Sama je dgn youtube yg tajuk mcm gampang si polan dedahkan sifat sebenar bla bla, berita tergempar terkini padahal bila klik berita lama dan content ntah hape2. Bodoh sangat
Quote MadameOnion 14-12-2020 02:37 PM
hahhahahaha
Quote husna_amal 14-12-2020 04:08 PM
Kebanyakkan diorang ni mana ada ikut etika kewartawanan. Berita dan sumber pun main sauk je dari mana2 tempat. Lagi2 kaut cerita dari twitter dan ig je. Siasatan atau minta izin dan interview pun tidak.
Quote kirana_22 14-12-2020 04:17 PM
"korang ni nak sgt ke aku merogol orang? "

hambik kau wartawan wechat
Quote sleepandream 14-12-2020 05:17 PM
saman je... strong case ni...
Quote syakuntala 14-12-2020 06:09 PM
hihihi adoii suka ati je ambik gmbr....
Quote ikanmasin 14-12-2020 08:42 PM
senang jer kerja..amik gambar org suka ati..dah kene setepek.
Quote Itzy 15-12-2020 03:23 AM
Itu la ko suka buat lawak double meaning cam tak senonoh je perangai. Sekarang baru ko rasa bila orang guna gambar ko untuk benda tak senonoh. Memang la mereka salah tapi aku harap kau insaf la dari buat joke tak senonoh cam pelawak2 kelas murahan di maharaja lawak. Aku paling benci lawak double meaning yang suka menganjing perempuan. Macam bagus sangat. Menunjukkan rendahnya etika manusia tu. Ko pelakon terkenal, jadi la pelakon yang tunjuk contoh bagus untuk remaja dan budak2. Ni dah cam pelakon gersang je aku tengok. Cam gelenyar sangatt. Hmmmm

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.076773 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top