Juara Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7), Cliff Umar mohon maaf secara terbuka susulan kenyataan yang menyifatkan pamakaian pelitup muka sebagai merimaskan.
Cliff turut menafikan kenyataannya cuba memperlekehkan pemakaian pelitup muka yang kini menjadi amalan norma baharu dalam masyarakat, selain prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi. Sebaliknya, kata pemilik nama sebenar, Abdullah Umar Joseph Abdullah, kata-katanya itu sekadar rungutan berikutan pelitup muka menyukarkannya untuk berkomunikasi. "Saya minta maaf, saya memang terlepas cakap. Saya tak bermaksud mahu mengguris hati sesiapa termasuk petugas barisan hadapan.
"Apa yang saya maksudkan dengan merimaskan apabila bercakap dengan memakai pelitup muka, permukaannya jadi berkuap dan ia menyukarkan saya memberikan ucapan kemenangan. "Sekali lagi saya minta maaf dan saya memang tak ada niat langsung untuk buat orang terasa," katanya kepada BH Online. Vokalis kumpulan Projek Pistol itu berkata, kenyataannya yang dianggap celupar itu dilafaz berikutan terlalu terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang. "Saya tak sangka langsung akan menang. Justeru, apabila nama diumumkan sebagai juara, saya terkejut dan terkeluarlah kenyataan yang tidak sepatutnya saya ucapkan. "Selalunya sebelum bercakap, saya akan fikir dahulu. Mungkin saya terlalu teruja menyebabkan saya terlepas cakap," ujar penyanyi berusia 37 tahun itu. Berikutan kenyataannya itu, netizen mula mengecam Cliff menerusi media sosial dan menyifatkan apa yang dinyatakan atas pentas sebagai tidak sensitif. Malah, Cliff juga dianggap cuba memperlekehkan petugas barisan hadapan yang bukan sahaja memakai pelitup muka, tetapi mengenakan pakaian perlindungan diri (PPE) demi mematuhi SOP. -CARI Sumber: Berita Harian
|
imransulaiman replied at 14-12-2020 02:11 PM
Laaaaaahhhhh! Aku dengar dia cakap "irritating" tu pun dah faham maksudnya dia tak selesa nak beruca ...
imransulaiman replied at 14-12-2020 02:11 PM
Laaaaaahhhhh! Aku dengar dia cakap "irritating" tu pun dah faham maksudnya dia tak selesa nak beruca ...
merrissa replied at 14-12-2020 03:10 PM
mmg rimas...rs xleh bernafas...tp demi kesihatan smua jom pakai
Megikari replied at 14-12-2020 02:23 PM
Memang pun pakai benda tu merimaskan. Dah kenapa nak sentap pulaknya?
ADVERTISEMENT