CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Dibina Sejak 1950 & Ditengah-Tengah Pulau, Ini Rumah Paling Sunyi Di Dunia

15-12-2020 02:21 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7769| Komen: 24



Setiap orang mempunyai impian dan citarasa  yang tersendiri apabila ingin membina rumah, pastinya faktor persekitaran juga perlu diambil kira.

Sama dengan pemilik rumah ini yang telah membina sebuah rumah di tengah-tengah pulau kecil di selatan Iceland.

Tidak pasti sama ada anda pernah melihatnya atau tidak, namun pastinya gambar-gambar rumah tersebut bertebaran di dalam internet.


Menurut Oddity Central, rumah putih yang tersergam indah itu secara tidak rasminya mendapat gelaran rumah paling sunyi di dunia.

Terletak di Kepulauan Ellidaey atau Ellirey, ia menjadi satu-satunya rumah yang didirikan di situ, dikelilingi oleh padang rumput yang landai.

Ia merupakan tempat yang indah yang didakwa tidak berpenghuni sejak tahun 1930-an.



Disebabkan keunikan dan kesunyian yang ditonjolkan rumah itu, pelbagai teori serta khabar angin mengenainya beredar di media sosial termasuk dakwaan ia dibina oleh seorang ahli perniagaan eksentrik sebagai tempat perlindungan jika berlakunya zombie apocalypse.


Ada juga yang mengesyaki bahawa rumah itu adalah milik seorang fanatik agama.

Pun begitu, semua teori tersebut tidak benar kerana ia sebenarnya hanya merupakan tempat persinggahan yang dibina pada tahun 1950-an oleh Ellioaey Hunting Association yang datang untuk memburu puffin iaitu sejenis burung laut.



Sumber: Oddity Central/SiakapKeli




1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 15-12-2020 03:30 AM
Seram aih klu duduk kt Tgh2 pulau mcmtu
Quote shernazz 15-12-2020 07:42 AM
Eeee
Kalau jadi pape..tak dak sapa tau..
Tapi kalau siang mmg best laa
Quote Tinot7 15-12-2020 08:06 AM
Takde gambar dalam umah tu ke?
Quote rospinki 15-12-2020 08:15 AM
utk org extremely introvert. me like...yahhhh
Quote pxlbb 15-12-2020 08:15 AM
Bagi iols sambungan Internet sajork aku sanggup hidup kat situ sorang-sorang berkuntum di porom
Quote sarah82 15-12-2020 08:28 AM
Tak nak aku.. Walaupun aku ni sebenarnya introvert... Tak boleh online shoping aku dok rumah ni.
Quote Supersirap 15-12-2020 09:00 AM
Ada kebaikkan dan keburukkan jika kawasan rumah yang langsung sunyi sepi daripada kehadiran manusia
Quote l0g0ut 15-12-2020 09:14 AM
Ni rumah orang kaya2 datang bercuti.... bukan untuk tinggal lama2 kat situ.
Quote kucingitam 15-12-2020 09:46 AM
bestnya...
Quote husna_amal 15-12-2020 09:46 AM
Sebatang pokok pun takde kat pulau tu.
Quote Nnasda53 15-12-2020 11:21 AM
Memang tak berani la.Mau mereput sorang2 dlm tu.
Quote wnwa05 15-12-2020 12:07 PM
tak ada sunyinya.tiap minggu bawa balik skandal tukar2
Quote Artemesiaa 15-12-2020 01:43 PM
Kalau sekadar rumah persinggahan terjawablah kenapa satu tu je ada kat situ
Quote ainashiqa 15-12-2020 05:12 PM
Mula boleh la bertahan duk situ.. Kalau 3bulan mau mati keboringan
Quote SalenaGomez 15-12-2020 05:39 PM
Kalau buat family day memang best ...tp kalau duduk situ bosan kot sensorang walaupon duduk rumah skrg ni jarang ber hi hi dgn jiran...masjid surau jauh

Lagi 1 kalau mati camne la tu kan org nak tau...mati kering kot nanti
Quote copy_paste 15-12-2020 06:52 PM
ni kalau ade hantu mesti seram,xtau nak lari kemana
Quote ulamalu 15-12-2020 11:55 PM
Mcmana dia angkut batu-bata dan brg2 utk bina rumah ni?  Pakai kapal, angkat guna crane ke?  Just wonder.
Quote hatikudus 16-12-2020 04:32 PM
Tinot7 replied at 15-12-2020 08:06 AM
Takde gambar dalam umah tu ke?

kann...aku pun teringin nak tgk suasana isi umah tu
Quote carisha 17-12-2020 07:24 PM
Wondering mcm mana bawa bekalan makanan semua tu

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.047990 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top