Menjadi lumrah kebanyakan manusia mahukan barangan atau perkhidmatan bagus tapi harga tidak terlalu mahal. Selain akademik, kebanyakan ibu bapa juga menitikberatkan pengajian al-Quran untuk anak-anak.
Bagaimanapun, tular di media sosial perbualan seorang ibu mengenai isu bayaran kelas mengaji al-Quran untuk anaknya. Menerusi perbualan itu, wanita terbabit mempersoalkan bayaran RM30 dikenakan terlalu mahal. Kecewa katanya dengan jumlah yuran yang menurutnya tidak masuk akal itu. Menurut Apek @Mar_excel, tangkap layar perbualan itu bukan miliknya, sebaliknya dia hanya berkongsi kepada umum.
Tindakan wanita terbabit mengundang rasa tidak puas hati di kalangan pengguna Twitter lain. "Kalau senang nak ajar (mengaji al-Quran), kenapa dia tak ajar sendiri?" komen netizen. Sementara itu, Apek turut berkongsi ciapan penjelasan mengenai hukum mengambil upah mengajar al-Quran. Kalau upah mengajar mengaji dibayar seikhlasnya, berapa yang nak dibayar tu? - CARI
|
eyansss replied at 15-12-2020 11:47 AM
uish... murah banget rm30... kat sini paling murah rm150... kalau mak budak ni duduk sini, mesti ...
ADVERTISEMENT