CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Sangka, Ramai Nak Jadi Iblis" - Osman Ali

15-12-2020 02:42 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7530| Komen: 25

Pengarah Osman Ali tidak menyangka uji bakat pencarian pelakon bagi menjayakan watak iblis dalam telefilem seram terbaharu arahannya, Sihir Pemisah mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih ratusan permohonan diterima.



Kredit foto: IG Osman

Menurut Osman, dia sudah menyenarai pendek sebanyak tiga nama yang dilihat berpotensi untuk membawakan watak tersebut berdasarkan sesi uji bakat yang dibuat sebelum ini.

"Sebenarnya, saya terkejut juga dengan respons menggalakkan yang diterima untuk mencuba nasib melakonkan watak iblis. Dalam banyak-banyak, saya cuma panggil 20 yang terbaik untuk hadir sesi uji bakat.

"Sekarang, saya sudah menyenarai pendek tiga nama dan akan ada lagi satu casting selepas ini untuk pilih calon yang benar-benar layak dan sesuai. Saya lebih tertarik untuk mencari pelakon baharu yang tidak terlalu sibuk jadualnya berbanding pelakon yang sudah ada nama.


"Watak iblis dalam naskhah ini bernama Dasim yang dihantar untuk merosakkan hubungan rumah tangga sehingga mencetuskan konflik antara pasangan suami isteri.

"Kita selalu dengar masalah mengenai suami isteri yang tiba-tiba sahaja membenci antara satu sama lain tanpa sebarang alasan yang kukuh, hal itu berkemungkinan besar kerana mereka diganggu iblis Dasim," katanya kepada mStar.


Kredit foto: IG Osman

Sihir Pemisah dibintangi Beto Kusyairy dan Fasha Sandha itu akan memulakan penggambarannya pada 16 Disember ini di sekitar Ipoh, Perak.

Osman turut menambah watak iblis yang diterjemahkan dalam telefilem itu akan mengikut garis panduan ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

"Watak Dasim tidak akan melanggar mana-mana garis panduan sebab saya hanya akan tonjolkan kelibat dan aksinya ketawa sahaja.

"Selain itu, pihak produksi juga mengambil rujukan watak Hellboy yang mana kita akan warnakan badan pelakon itu nanti dengan cat merah dan bertanduk.

"Watak itu langsung tidak akan menyentuh mana-mana dialog berkisarkan tentang ketuhanan atau menghasut orang ramai," katanya.


Sumber: mStar

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote URUHA 15-12-2020 02:47 PM
Apalah sangat kena jadi iblis kalau bayarannya berbaloi & untung2 leh femes. Camni pun leh masuk bod gosip ke?
Quote bulalof 15-12-2020 02:52 PM
ramai di luar sana...
Quote Noraniza_Iblis 15-12-2020 02:53 PM
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Quote Normabaru 15-12-2020 02:57 PM
suruh makan tahi pun kalau kau bagi duit orang buat weh janji cepat kaya
Quote TerataiMelur02 15-12-2020 02:59 PM
Noraniza_Iblis replied at 15-12-2020 02:53 PM
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Wow.. Curlasttt profile pic tu
Quote Themilo 15-12-2020 03:01 PM

chuols tak apply kah?
Quote Noraniza_Iblis 15-12-2020 03:04 PM

malas la..
sbb tu lakonan.. iols nk real iblis..

Quote Tinot7 15-12-2020 03:04 PM
Tak ori la bila cilok dr tmpt lain...
Buat la rekaan sendiri...

Selain itu, pihak produksi juga mengambil rujukan watak Hellboy yang mana kita akan warnakan badan pelakon itu nanti dengan cat merah dan bertanduk.
Quote puteribaya 15-12-2020 03:23 PM
yang bukan berlakon pun dah ramai kat luar tu..
Quote puteribaya 15-12-2020 03:24 PM
yang bukan berlakon pun dah ramai kat luar tu..
Quote anilanil 15-12-2020 04:29 PM
Bukannya nak jadi iblis sgt tapi mmg ramai tgh cari job kat luar sana...apara...
Quote MadameOnion 15-12-2020 04:51 PM

hahahahahahahahaha
Quote Itzy 15-12-2020 05:10 PM
Akhir zaman ni memang ramai dah jadi iblis. Jadi tak heran ramai nak watak jadi iblis.
Quote KIM.K 15-12-2020 05:16 PM
watak pontianak politik ada tak...tengkuk ni haus dik
Quote cicicumel 15-12-2020 07:19 PM
Osman ali.. Msti ada soft porn gittew.. Dulu2 lah
Quote danieladam 15-12-2020 07:50 PM
Noraniza_Iblis replied at 15-12-2020 02:53 PM
hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Baca tajuk je terus terlintas nama Noraniza Iblis dalam otak iols...hahaha.
Quote Kurex 15-12-2020 08:42 PM
Makin bunjut badan Osman ni
Quote TomyamPuteh 15-12-2020 08:51 PM
Dai'e Syed sempat pi audition x? Beliau pon ala2 bilis kan..
Quote Mulotkoyak 15-12-2020 09:49 PM
Alaaa syg nye.. Kalo x mat over bole laaa join ujibakat ni...  Kate xde job dh...  Sbb job ni sesuai dgn die tanpa topeng.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 08:34 PM GMT+8 , Processed in 0.049807 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top