CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

”Sampai Masa Kena Pergi Sembahyang”- Usahawan Berbangsa Cina Di Kelantan

16-12-2020 03:18 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3664| Komen: 10




BARANG siapa mudahkan urusan orang lain maka Allah akan permudahkan urusannya ketika hidup terutama dalam hal kebajikan.

Seperti itulah yang terjadi kepada seorang usahawan di Kelantan.

Baru-baru ini, sebuah video perkongsian Facebook Urus Setia Penerangan Dan Komunikasi Kerajaan Negeri Kelantan menjadi perhatian ramai apabila pengusaha Minyak Masak 303, Gan Leong Piow, 72, dan berbangsa Tionghua telah berkongsi kisah kejayaannya membangunkan perniagaan minyak masak.

Menerusi video Wawancara Khas itu, beliau turut mendedahkan bagaimana pekerja di kilangnya yang majoriti beragama Islam diberi penghormatan dan mendapat layanan istimewa.


Beliau yang mula berniaga sejak 1978 berkata, syarikatnya bermula dengan 100 orang pekerja.

Selain itu, beliau turut mengatakan, hanya kaum Melayu kerja dengannya, orang luar tidak diterima.

“Setiap tahun kita lakukan sembahyang hajat. You tak akan percaya? setiap tahun buat sembahyang hajat di sini, Yes! Why not?

“I’m a Chinese but i believe in God (saya berbangsa Cina tetapi saya percaya kepada Tuhan), agama itu penting.

“Saya buat tempat diorang solat untuk lelaki dan perempuan. Sampai masa kena pergi sembahyang,” katanya yang menjawab soalan daripada Penolong Pengarah Penerangan Kelantan, Foo Min Li.

Temu bual itu mula mencuri tumpuan dengan penjelasan Gan yang menekankan kepentingan agama dan sembahyang dalam kalangan pekerja.

“Sembahyang adalah perkara paling mustahak dalam kehidupan setiap manusia.

“Tak boleh, tak boleh tinggal. Sembahyang paling mustahak, you Islam kena pergi sembahyang.

“Sembahyang itu wajib. Kalau kita hidup without God we are nothing (kalau hidup tanpa tuhan kita bukan apa-apa),” katanya.
 
Gan turut melatih semua staf bekerja dalam suasana kasih sayang.

Pesannya kepada orang muda, dalam berniaga, jangan sesekali menggunakan duit syarikat.

“Hanya gunakan duit gaji sahaja, jangan sesekali pakai duit syarikat.

“Selain kita perlulah sentiasa tepati janji serta tidak boleh menipu. Satu lagi, sifat yang perlu ada dalam diri adalah kasih sayang terhadap pekerja dan syarikat,” pesannya.


Loading FB Post...



Sumber : SinarHarian
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 16-12-2020 03:26 AM
Harap hati kamu terbuka untuk dalam Islam
Quote Tinot7 16-12-2020 07:47 AM
Tak prasan jenama ni sblm ni

Minyak Masak 303
Quote johan-adx 16-12-2020 08:23 AM
susah nak jmpa majikan yg mcmni
Quote husna_amal 16-12-2020 09:27 AM
Kat dunia je dia dah dapat balasan yang baik. Semoga Allah turunkan hidayah untuk uncle ni.
Quote Artemesiaa 16-12-2020 11:21 AM
Susah nak jumpa majikan perihatin macam ni
Quote lavendernovella 16-12-2020 12:21 PM
Cina kelantan mmg lain dari yg lain.
Quote pakderis 16-12-2020 01:12 PM
Moga dapat hidayah uncle ni.
Quote Redmyvi 17-12-2020 06:46 PM
Cina kelantan memang lain dari cina penang..  trust me..
Quote ciksom 17-12-2020 09:57 PM
Dulu ada seorang driver lori melayu kat kedai cina kg ciksom.bawak balik rumah lori baru tokey dia. Dia cakap tokey cina tu beri rm20 suruh ustaz buat air sembahyang hajat.nak basuh lori.
Quote zuuu 22-12-2020 01:01 PM
Untung pekerja dia dapat bos camni

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.050155 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top