CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Curi Kopi Starbucks, Nutella, Sushi -Suri Rumah Didenda Penjara Sehari

16-12-2020 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11714| Komen: 102

Seorang wanita berusia 38 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, atas pertuduhan mencuri beberapa minuman dan makanan di sebuah pasar raya di Bandaraya Melaka, September lalu. 


Tertuduh, Zalifah Salleh, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamad Noh. 

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga suri rumah itu didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2 petang di pusat beli-belah di Bandaraya Melaka, Jalan Panglima Awang, 30 September 2020.

Antara makanan yang dicuri adalah dua kotak kopi jenama Starbucks, satu botol Nuttela 680 gram, dua bungkus sushi, empat kotak susu UHT Dutch Lady, satu botol Ribena Mobile dan dua tin biksut coklat Amore. 

Foto: Utusan Online


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. 

Pendakwa Raya, Raudhah Mazman, meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadasp tertuduh sebagai pengajaran. 

Namun, tertuduh yang tidak diwakili peguam itu merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membuat pembayaran ketika kejadian itu berlaku. 

Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, Majistret Mohamad Izwan menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,200 kerana didapati dengan niat curang mencuri tanpa membuat sebarang pembayaran barangan bernilai RM161.10 kepunyaan juruwang Siti Rahmah Muhamad Salih, 30. 

Mahkamah juga memerintahkan tertuduh menjalani hukuman empat bulan penjara jika gagal membayar denda berkenaan. 

Tertuduh juga diberi teguran oleh Majistret bahawa mencuri bukan sesuatu yang boleh dilakukan walaupun berhadapan dengan desakan hidup ketika pandemik Covid-19. 

"Ketika ini (Pandemik Covid-19), saya faham ramai yang terdesak. Tetapi puan boleh mendapatkan bantuan daripada saluran yang betul, bukannya mencuri. Matlamat tidak menghalalkan cara," katanya. 

Tertuduh kemudian memilih untuk membayar denda berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sue_liah 16-12-2020 10:53 AM
kemain melawa pencurinya..kalau tk mampu tk yah mencuri la kak oi teringin sgt ke tu

badan pun sihat je..cer cari keje..mcmana la dia curi semua benda tu

sorok dlm baju ke  acaner tk pepasal ke dlm
Quote lolen 16-12-2020 10:55 AM
habit mencuri ni...rambut/pakaian nampak berjenis..bukanlah sengkek sgt smpai kena mencuri

barang dia curi tu pon bukan barang keperluan lebih pd kehendak je

dah x pasal semua kawan2 sedara mara jiran tetangga tau awk suka mencuri
Quote Artemesiaa 16-12-2020 11:00 AM
Zaman sekarang mana ada pencuri pakai baju lusuh compang camping macam dulu.  Rata2 mereka berpakaian macam orang tak ada masaalah kewangan pun.  Sebab tu susah tak tahu melainkan bila dah tertangkap.
Quote Kurex 16-12-2020 11:02 AM
Mcm helok polis belakang tu
Quote syamzana 16-12-2020 11:08 AM
brg2 mencuri tu pom kan main. kalo jenis miskin terdesak tak mkn benda2 dia curi tu. takpe la, merasa la sehari dlm jail.ok la tu
Quote aechae 16-12-2020 11:15 AM
Kopi instant starbucks dicuri nya dgn ribena lg.. ni bkn desakan hidup ni, habit kot
Quote jasmeen 16-12-2020 11:16 AM
Kurex replied at 16-12-2020 11:02 AM
Mcm helok polis belakang tu

biase je pun.
Quote msdummy.2018 16-12-2020 11:17 AM
baranh yg dicuri tuh xhagak2...bukannya misking kot...tah2 spesies xleh downgrade life
Quote ChildrenOfBodom 16-12-2020 11:18 AM
saya boleh tolong belikan kalau takdak duit
Quote sukacactus 16-12-2020 11:27 AM
Nak benda memahal je tp xmampu
Rasakan!
Quote husna_amal 16-12-2020 11:28 AM
Geng pencuri celah kangkang ke ni
Quote misssakura 16-12-2020 11:33 AM
agaknya fikir alang2 mencuri biar la barang yang mahal terus.
Quote bellaamsar 16-12-2020 11:33 AM
Kalau betul2 x mampu beli makanan kita faham. Tp yg dicuri ni semua brand mahal2, x beragak la pulak
Quote EvieWanKenobi 16-12-2020 11:34 AM
semoga insaf..
Quote confessorlady 16-12-2020 11:36 AM
taste tinggi acik ni eh
Quote LostStar 16-12-2020 11:37 AM
Edited by LostStar at 16-12-2020 11:39 AM
aechae replied at 16-12-2020 11:15 AM
Kopi instant starbucks dicuri nya dgn ribena lg.. ni bkn desakan hidup ni, habit kot

daku ada sorg mak menakan yg habitnya mencuri... cantik orgnya.. bergaya.. masa tu laki orka.. tp pelik mencuri lagi.. perangai dia tu sampai kena cerai gan laki sbb ulang2 mencurik kne tangkap pon x insaf.. pernah kena tangkap kt ikea damansara dlu.. ikea suruh bayar balik 10kali ganda sbb sikap dia x menyesal, sbb time tu kali kedua kne tangkap.. kali pertama 3 kali ganda jek bayar barang.. yg kali kedua ni dia mintak tlg mak daku settlekan.. (bukan x ada duit, yg settlekan ni pon p sana amek kad dia cucuk atm.. duit dia gak)
dia pramugari dulu.. masa bujang lg banyak barang kalau bawak balik.. siap terpikir ish ni dia bg ni beli ke curi.. was2 smpi.. skrg ni dah lama x jmp dia.. xtaw le perangai sama lagi ke x..


Quote jalfa 16-12-2020 11:52 AM
Bukan kaleng kaleng brand yg dia rembat kalo x mapu beli nutella beli sri kaya je dekkk
Quote aechae 16-12-2020 11:52 AM
LostStar replied at 16-12-2020 11:37 AM
daku ada sorg mak menakan yg habitnya mencuri... cantik orgnya.. bergaya.. masa tu laki orka.. tp  ...

Maigadd...cmna dia bleh buat prangai tu smpai kt ikea apa yg dia rembat?? Ni kira sakit gak kn?
Quote dudaberhias 16-12-2020 12:05 PM
rasa macam nak kesian sebabnya dia mencuri tu makanan dan bukan benda2 bodoh seperti mainan, barangan branded etc... tapi tetap la apa yang dia buat tu salah... harap2 insof la...

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.188893 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top