Bukan saja rasa seperti tidak dihargai, malah teman wanita menolak sebentuk cincin pertunangan kerana dikatakan 'terlalu murah'. Memetik Daily Star, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa terhadap teman wanitanya itu menerusi laman Reddit.
Dia menyifatkan dirinya mempunyai pekerjaan yang cukup baik dan mampu membeli cincin mahal untuk melamar teman wanitanya itu. Bagaimanapun, dia terpaksa membantu ibu bapa, kakak dan anak saudara yang terkesan akibat pandemik Covid-19 untuk sementara waktu. Dia kemudian membeli sebentuk cincin tunang emas putih bertatahkan berlian dan batu nilam berharga sekitar 3,000 pound (RM16,370). Katanya, teman wanitanya itu teruja apabila menerima cincin tersebut, namun memulangkannya kembali selepas ibunya mendakwa ia murah. Difahamkan, ibu wanita berkenaan merupakan seorang tukang barang kemas.
"Dia mengembalikan cincin itu dan menuduh saya merendahkan nilainya berbanding apa yang telah dia lakukan untuk saya," dakwanya. Kebanyakan pengguna bagaimanapun tidak menyalahkan lelaki terbabit, sebaliknya menyifatkan teman wanitanya yang tidak tahu bersyukur. - CARI |
Kurex replied at 16-12-2020 11:28 AM
Nak tgk gambar laki tu.....
Buritan replied at 16-12-2020 01:08 PM
Kalo mcm ari wibowo ka atau jamie dorman. Mai laa kawin mgan aku..
Kurex replied at 16-12-2020 11:28 AM
Nak tgk gambar laki tu.....
Kurex replied at 16-12-2020 01:35 PM
Tak boleh.. dorang kena jumpa iols dulu utk iols buat kaji selidik dgn lebih mendalam
dudaberhias replied at 16-12-2020 12:01 PM
kat mana? laki tu kerja ke bewok?
kalau selama ni pompuan tu tanggung harus lerrr dia mengamuk maca ...
stingerXIM2 replied at 15-12-2020 09:53 PM
Aku kalau jadi laki.... ibu bakal isteri aku mintak cincin hantaran bernilai RM30K to test my worth. ...
Dwdrum replied at 16-12-2020 03:03 PM
if bakal mentua perlu academic qualification sama level with ur future wife in case dia ada PhD.. ...
ADVERTISEMENT