CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Baik Dengan Semua Orang, Shiha Zikir Dituduh Kaki Kipas

16-12-2020 11:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7348| Komen: 36

Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir tidak menafikan sikapnya yang baik terhadap semua orang menimbulkan salah faham apabila ada pihak yang menganggap dia sebagai 'kaki kipas' untuk mendapatkan manfaat.


Shiha ketika dihubungi berkata, dia menjaga hubungan baik dengan ramai orang kerana dia juga bekerja di belakang tabir dan bukan hanya bergerak sebagai artis sahaja.

Foto: IG

"Saya pernah ditanya dengan persoalan sama baru-baru ini dan di sini, saya tegaskan bahawa saya menjaga hubungan baik dengan semua orang tanpa sebarang agenda tersembunyi," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Shiha, dia juga bersyukur sekiranya sikapnya itu menjadikannya murah rezeki.



"Tak rugi pun kalau kita berbuat baik dengan semua orang.  Saya di sini (dalam industri hiburan) adalah untuk mencari rezeki dan bila kita baik dengan orang, Allah akan kurniakan banyak rezeki.

"Kalau nak cakap saya berkawan dengan orang-orang tertentu seperti penerbit program besar atau orang kenamaan sebab nak dapatkan 'job', tak ada pula saya muncul dalam program mereka. Kalau betul saya 'kaki kipas', saya tak payah kerja pun. Goyang kaki saja, projek dan 'job' masuk," katanya.


Shiha bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak.

"Saya tak salahkan mereka sebab kita tak boleh kawal kata-kata orang. Saya anggap ini sebagai lumrah sebab orang suka melihat dengan mata kasar tanpa mengetahui cerita sebenar di sebalik apa yang mereka nampak," katanya.



Terbaru, Shiha sedang menjalani penggambaran filem komedi seram berjudul Hantu Ke-5 di samping barisan pelakon lain antaranya Elly Mazlein, Izzue Islam dan ramai lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mawar91 16-12-2020 11:57 AM
Yela kne la baikk Ngan Sume org..lagi2 dengan jerung2 dalm industri seni terutamanya untuk kelangsungan hidup & career..
Quote dudaberhias 16-12-2020 12:03 PM
kena la baik2 dengan orang demi kelansungan hidup...
nak harapkan carrier sheolsss... masuk pertandingan dangdut kat indon pun flop...
Quote Tinot7 16-12-2020 12:05 PM
Deme ni kalau tanpa mekap, muka menakutkan ka?
Quote annadonna 16-12-2020 12:05 PM
Baik dengan semua org pun jadi isu ke? Ke nak jahat dgn semua org? Ke nak pilih pilih separuh org baik separuh org kena jahat? Ke nak minta tolong netizen yang tentukan dgn siapa nak berbaik?
Quote husna_amal 16-12-2020 12:11 PM
Nak dapat job kena lah kuat melobi diri. Baik dengan orang media dan orang industri. Bila baik dengan klien mana tahu dipanggil lagi next job.
Quote mamajawie 16-12-2020 12:16 PM
muka cam Rossa la dia ni..tapi tu la agak sendu skit..nasib baik lagu latest ni catchy skit so layan gak la..lalalalalala..eyeyeyyeyeye..owowowowo..uwuwuwuwuwu..
Quote msdummy.2018 16-12-2020 12:17 PM
wartawan melodi lebih laju ....dah kuar tv pun pasal issue nie
Quote September14 16-12-2020 12:20 PM
Klu lagu 7 nasihat menang ajl agak2 dia leh meletop x? Ke akan trus sendu?
Quote Catpaw 16-12-2020 12:30 PM
Suara uols sedap shiha... org indon suka dia ni, glamer kat sana. Lagu pipiyama, ingatkan ape, rupanya pilih2 yg mana, suka nau indon ni buat kependekan sebegitu
Quote lattehazelnut 16-12-2020 12:37 PM
Some mmg camni.. baik dgn suma..
Ada yang ikhlas ada yg utk connection je..
Kne lg pandai kipas baru job tersusun..
Quote espri6006 16-12-2020 12:52 PM
okey lah, takkan nak oilih bulu lak. Kalau baik dengan semua orang, orang pun senang dengan kita. Yang komen tak puas hati tu agaknya pilih bulu kot.
Quote Belibis 16-12-2020 12:58 PM
Siha zikir...sisi iman..konfius betul dengan dua makhluk ni.
Quote getah 16-12-2020 01:05 PM
suara sedap.. muka lawooo
tapi x kenan kat die ni..
ce dengar die gelak.. hilang semua cantik manis..

konon nk nmpk mcm ramona yg suka gelak tapi nmpk naw naw
die macam try hard sgt nk nampak im a cool girl

awal kemunculan ko tak gelak serupa ini macam
Quote ReginaGeorge 16-12-2020 01:57 PM
Tetek tu sepan ke?
Quote miszclassique 16-12-2020 02:33 PM
Memang jenis happy go lucky rasanya dia ni...tapi still takde aura
Quote adaakukesah 16-12-2020 04:09 PM
Tgk shiha zikir ni mcm ada aura kampung penyanyi club. Mekap mcm retis yindon pon. Tetap nampak aura kampong
Quote diss69 16-12-2020 04:32 PM
Hrp kekalkan sikap mcm ni.. Jngn nnti dh terlalu popular, pilih2 org pulak..
Quote jijilaaa 16-12-2020 04:35 PM
dia ni mmg takde luck dalam industri..macam2 dah cuba nampaknya stilll flop
Quote bottombikini 16-12-2020 05:58 PM
getah replied at 16-12-2020 01:05 PM
suara sedap.. muka lawooo
tapi x kenan kat die ni..
ce dengar die gelak.. hilang semua cantik mani ...

dia punya gelak tu yg tak menahan
jangan la bahak sangat deknon


Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:32 PM GMT+8 , Processed in 0.087110 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top