Perkara paling ditakuti setiap wanita pastinya situasi di mana tidak mengetahui sekiranya teman lelaki sebenarnya suami orang. Mana tidaknya, sudah banyak kali terjadi kes wanita ditipu kekasih yang sebenarnya sudah menjadi milik sah wanita lain.
Menerusi video tular di Twitter, seorang gadis bersedia untuk 'mengangkat kaki' apabila dimaklumkan teman lelakinya sebenarnya sudah berkahwin. Menerusi video itu, dia didatangi seorang wanita yang merakam pertemuan mereka di hadapan sebuah pasar raya Mydin. Kedengaran suara si perakam bertanya kepada gadis berkenaan sama ada dia menjalin hubungan cinta dengan lelaki bernama 'Kamal'. Wanita terbabit juga mengenalkan dirinya sebagai isteri kepada Kamal dan memberi amaran supaya gadis itu tidak mengganggu suaminya lagi sebelum meminta dia mengikutinya ke kereta.
Rupa-rupanya, wanita terbabit diupah teman lelakinya untuk melakukan prank dan memberi beberapa hadiah kejutan buatnya. Jelas reaksi lega dan gembira di wajahnya apabila mengetahui ia hanya gurauan. Malah, dia sempat mencubit wanita yang 'mengenakannya' itu. “Ingatkan betul-betul dah kahwin. Kalau dah kahwin takpe, ramai lagi lelaki,” ujarnya berseloroh. Nasib baik gadis itu cool saja, buatnya jadi benda lain apabila diberitahu Kamal sudah berkahwin, tak ke naya? - CARI
|
ADVERTISEMENT