Model berjimat sambil menjana pendapatan dan berkongsi oleh Kasi Up mendorong pemulihan ekonomi rakyat
KUALA LUMPUR, 15 Disember 2020 : YTL Communications hari ini melancarkan inisiatif YES Kasi Up, yang dicipta bagi membantu rakyat yang memerlukan bantuan aliran tunai semasa tempoh yang serba mencabar ini. Inisiatif ini menampilkan pelan data paling mampu milik di dalam pasaran telekomunikasi dan menggunakan model rujukan pelanggan yang unik di mana kedua-dua pelanggan dan orang yang dirujukkan kepada YES akan mendapat ganjaran tunai.
Ia bersesuaian dengan nama “kasi up” yang diberikan kepada inisiatif ini, berdasarkan kata slanga yang bermaksud sedia membantu, menyokong atau memberikan dorongan kepada mereka yang memerlukan.
Pelan YES Kasi Up Prabayar 15, dengan tempoh sah selama 30 hari, berharga RM15/sebulan untuk 10GB; menawarkan tiga faktor utama yang menjadikannya pelan pilihan terbaik, iaitu termurah di dalam pasaran telekomunikasi, menawarkan jumlah data tertinggi dan tempoh sah paling lama. Jika dibandingkan, pelan serupa yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi lain di dalam pasaran hari ini adalah sekitar RM30/sebulan.
Pengarah Urusan YTL Communications Dato’ Yeoh Seok Hong ketika mengumumkan pelancaran YES Kasi Up berkata, “Hari ini, data dianggap sebagai salah satu kemudahan asas; ianya sama penting berbanding elektrik dan air. Data dan teknologi adalah perlu bagi menjana kekayaan. Sebagai penyedia kemudahan ini, kami mesti bersikap inklusif. Kami yakin bahawa kami mampu melakukan perubahan sebenar dengan menurunkan harga data dan bukannya sekadar memberikan data tambahan tetapi tetap mengekalkan harga yang tinggi. Dengan cara ini, barulah kita dapat menjadikan data boleh diakses dan mampu dimiliki oleh semua.” Dato’ Yeoh turut mengumumkan pelancaran pelan YES Kasi Up Pasca Bayar 49, dengan langganan percuma 6 bulan pertama bagi kontrak selama 2 tahun, pada harga RM49 untuk 100GB sebulan.
Tambah Dato’ Yeoh, “Isu paling meruncing bagi rakyat hari ini ialah masalah aliran tunai. Oleh yang demikian, kami menawarkan langganan percuma untuk 6 bulan pertama dalam pelan pasca bayar kami yang membolehkan para pengguna menggunakan wang tersebut untuk barang keperluan harian penting. Bagi pengguna yang hanya memerlukan jumlah data yang sederhana dan lebih fleksibel, pelan prabayar RM15/sebulan kami pastinya dapat memenuhi keperluan data mereka di sepanjang bulan. Ianya mampu menjadi ‘game changer’ dan mengubah keadaan semasa, lalu memastikan tiada siapa yang akan ketinggalan. Itulah keistimewaan Kasi Up.”
Pelan yang dilancarkan pada hari ini bukan sahaja menampilkan cara untuk rakyat menjimatkan wang mereka; ia turut mengetengahkan cara unik untuk rakyat menjana pendapatan.
Pelanggan YES yang berjaya merujukkan YES kepada rakan mereka akan mendapat RM50 tunai bagi setiap rujukan di bawah program YES Kasi Up Rujuk & Jana (Refer & Earn). Lebih istimewa lagi, rakan mereka juga akan mendapat jumlah ganjaran tunai yang sama.
“Pelanggan bukan hanya boleh berjimat dengan YES Kasi Up, mereka juga boleh menjana pendapatan dan berkongsi hasil usaha mereka. Model program rujukan pelanggan ini sangat mudah dan boleh difahami oleh semua orang. Ia tidak memerlukan kemahiran istimewa, tiada latihan, tiada modal diperlukan. Hanya rujuk YES kepada rakan serta ahli keluarga dan dapatkan ganjaran tunai,” ujar Dato’ Yeoh.
Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K Lee dalam sesi penerangan kepada para hadirin berkata, program tersebut adalah susulan kepada kejayaan Inisiatif Belajar Dari Rumah Yayasan YTL (YTL-LFH), yang dilancarkan pada bulan Mac 2020 tatkala sekolah ditutup akibat pandemik COVID-19.
Yayasan YTL telah membangunkan inisiatif YTL-LFH dengan kerjasama YES dan FrogAsia, apabila tinjauan yang dijalankan olehnya menunjukkan bahawa hampir 50% ibu bapa tidak mempunyai data yang mencukupi untuk membolehkan e-pembelajaran dilaksanakan di rumah. Pada masa sama, keluarga berpendapatan rendah juga tidak mampu menyediakan peranti untuk anak mereka semasa perintah kawalan pergerakan diumumkan. Kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan sebulan selepas itu menunjukkan bahawa hampir 40% pelajar tidak mempunyai akses kepada peranti untuk tujuan e-pembelajaran.
‘Kekal selamat, kekal belajar’ menjadi kata semangat yang mendorong kejayaan Inisiatif Belajar Dari Rumah YTL. Setakat hari ini, lebih 400,000 kad SIM dan 100,000 telefon bimbit telah diedarkan kepada para pelajar di seluruh negara, membolehkan kesemua pelajar Malaysia tersebut meneruskan pembelajaran. “Berdasarkan semangat yang sama, YES Kasi Up mahu memastikan bahawa tiada siapa yang akan ketinggalan dalam ekonomi yang dipacu oleh data hari ini. Kami akan terus melabur dalam rangkaian kami di seluruh negara bagi meningkatkan lagi liputan dan memenuhi keperluan perhubungan negara. Kami yakin bahawa dengan memberikan semua rakyat di negara ini akses kepada talian 100% 4G, pelan data paling mampu milik dan sokongan kewangan yang sangat diperlukan, kami dapat memberikan bantuan yang mereka perlukan. Jika rakyat dapat memulihkan keadaan ekonomi diri mereka, kami yakin Malaysia juga boleh berbuat demikian.”
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai inisiatif YES Kasi Up serta butiran mengenai bagaimana melanggan YES dan mula menjana pendapatan, sila kunjungi www.yes.my atau muat turun aplikasi mudah alih MyYes. |
rastaf: masalahnya kampung2 pedalaman semua ada liputan tak.. kampung aku nak dapat 3G pun sakit 1 ke 2 bar je manjang
dua_chzy replied at 16-12-2020 01:29 PM
Kalau hada tower YES, hokeh. Tempat aku ngajo, laju YES ni sebab hada tower around 1km dari seko ...
rastaf replied at 16-12-2020 01:34 PM
boleh try dulu kot sebab yang line hazab kat tempat aku tu celcom. ko ngajar kat mana sis
dua_chzy replied at 16-12-2020 01:37 PM
Kat Sabah. Aku ngaja area pedalaman 1. Celcom memang hazab namatey bro. Tengah2 bandar pon hanat ...
rastaf replied at 16-12-2020 01:44 PM
ooo sabah. ko ngajo apa cikgu. eh aku interview ke ni
wnwa05 replied at 16-12-2020 01:15 PM
biar betul RM49 100GB sebulan?
wnwa05 replied at 16-12-2020 01:15 PM
biar betul RM49 100GB sebulan?
dua_chzy replied at 16-12-2020 01:29 PM
Kalau hada tower YES, hokeh. Tempat aku ngajo, laju YES ni sebab hada tower around 200m dari sek ...
ADVERTISEMENT