"Sebelum ini Neelofa, terkini Allahyarham Profesor Diraja Ungku Aziz pula menjadi mangsa lawak murahan." Seperti tidak pernah serik, pelawak Kc Nazari mencetuskan kekecohan di media sosial apabila membuat lawak tidak bertempat kepada Profesor Diraja Ungku Aziz yang baru meninggal dunia. Mengaitkan wajah tokoh yang sangat berjasa itu dengan pengasas makanan segera KFC lalu menyatakan lapar sebenarnya sangat tidak beretika. Perlu ke buat lawak pada semua perkara?
Mungkin niat Kc sekadar bergurau namun untuk melawakkan semua isu, sangat melampau. Lebih-lebih lagi mengaitkan dengan orang yang sudah tiada adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan. Netizen menganggap kenyataan tersebut tidak lucu, sebaliknya memualkan. Malahan, ada netizen yang sudah pun melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa. Adakah kerana kekurangan tawaran melawak membuatkan Kc menciap sedemikian? Atau memang sengaja menimbulkan kontroversi yang pastinya kali ini bertemu buku dan ruas? - CARI |
ADVERTISEMENT