Wang itu sebelum ini disita kerana mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan didakwa dipindahkan daripada akaun mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Pihak bank telah mengembalikan wang berjumlah RM700,000 kepada UMNO Pekan danRM188,138.26 kepada SUPP." "Pihak pendakwaan menarik balik permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah sebelum ini yang menolak permohonan kami bagi melucutkan hak wnag UMNO Pekan dan SUPP," kata Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Abdul Rashid Sulaiman kepada Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh semasa prosiding pengurusan kes.
Justeru, Shahrir memutuskan untuk membatalkan kedua-dua permohonan pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan sebelum ini memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah pada Oktober lalu dengan menamakan UMNO Pekan dan 40 individu lain sebagai responden. Antara yang dikaitkan ialah Najib dan anaknya, Datuk Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda UMNO Pekan. Dalam penghakimannya, Ahmad Shahrir menyatakan wang berkenaan digunakan untuk perbelanjaan utiliti, pembelian peralatan dan pembayaran lain untuk UMNO Perkan dan baki akaun UMNO bukan berasal dari akaun Najib yang dibekukan. 19 Ogos lalu, Shahrir menolak permohonan itu selepas SPRM gagal mengemukakan keterangan mencukupi bagi menyokong permohonannya untuk Mahkamah membenarkan pelucutan hak. Sementara itu, Abdul Rashid berkata, rayuan yang difailkan pihak pendakwaan terhadap kedua-dua keputusan itu di Mahkamah Rayuan masih diteruskan. - CARI |
dizekni replied at 15-12-2020 10:23 AM
1MDB jadi mangsa serangan fitnah jahat
kasihan 1MDB
blastoff replied at 15-12-2020 10:32 AM
pasai pa kau suci murnikan 1mdb plak sedangkan wang tu dikembalikan pada UMNO ...
rashiman replied at 15-12-2020 11:21 AM
maknanya wang yg dikembalikan itu, bukanlah duit yg dikatakan diseleweng dari sykt 1MDB.
blastoff replied at 15-12-2020 10:32 AM
pasai pa kau suci murnikan 1mdb plak sedangkan wang tu dikembalikan pada UMNO ...
blastoff replied at 15-12-2020 11:41 AM
RM273 juta nilai rampasan nih kak mah dan najib amek duit dari mana kalau bukan 1MDB ? Dia ragaih ...
dizekni replied at 15-12-2020 01:41 PM
Ini isu lain
sitaan barang2 peribadi milik DS Najib ni yang kebanyakannya
dizekni replied at 15-12-2020 01:28 PM
Yang buruk semua nak kait dengan 1MDB
sedangkan yang baik sebenarnya lagi banyak
blastoff replied at 15-12-2020 01:48 PM
hadiah yg dia terima sebagai pemimpin negara dari para pemimpin asing dia tak leh anggap hakmilik ...
blastoff replied at 15-12-2020 01:50 PM
yg ada bukti jelas nyata buruk kena dilabelkan sebagai buruk ler... kalau asyik nak alih perhatian ...
dizekni replied at 15-12-2020 01:53 PM
Tuduhan yang dibuat bukannya 'najib buat hadiah sebagai harta sendiri
ka apa ka
blastoff replied at 15-12-2020 01:57 PM
sebab buat pe pemimpin2 asing nak hadiah birkin dan tiara manyak2 gitu secara diam2 senyap2 kok bl ...
blastoff replied at 15-12-2020 01:57 PM
sebab buat pe pemimpin2 asing nak hadiah birkin dan tiara manyak2 gitu secara diam2 senyap2 kok ...
ADVERTISEMENT