CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syazuwan Hassan Kuatkan Iman, Ramai Yang Ajak Buat Maksiat!

17-12-2020 10:59 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 15796| Komen: 93|Original author: Oleh: Saiful

Syazuwan Hassan mengaku dunia glamor mendedahkan dirinya dengan perbuatan tak bermoral.

Dia sering diuji dengan mendapat pelbagai tawaran menarik daripada pengikut di laman sosial.


Pelakon ini kata disebabkan risau terjerumus ke lembah maksiat, dia menguatkan iman agar tidak terpengaruh dengan bisikan syaitan.


Foto: IG

"Saya akui banyak dugaan... sebagai persediaan kuatkan iman sajalah! Apa-apa pun kena berfikir dahulu sebelum nak buat sesuatu, kena fikir panjang sebab sebagai public figure orang akan perhatikan kita.

"Saya terima banyak mesej, ada video, ada gambar yang dihantar pengikut tapi saya tak layan melainkan hal berkaitan kerja. Kalau saya layan boleh jadi bukti kerana semua perbualan ada di situ.




"Lebih mengejutkan kita klik profil mereka ternyata bukan akaun palsu, ada yang berani ajak jumpa dan siap ajak nakal-nakal sehingga menjurus ke hubungan terlarang... macam-macam ada, yang cantik pun ramai tapi kita kuatkan iman!

"Kalau saya rajin, saya balas mesej mereka dan beri nasihat yang sepatutnya, tak wajarlah guna media sosial untuk aktiviti macam itu," katanya kepada mStar.


Sementara itu, dia pernah menerima cadangan daripada kenalan yang memintanya untuk mencipta kontroversi supaya lebih dikenali.

Namun Syazuwan tak mahu dikenali dengan isu yang memalukan dan lebih rela nama naik dengan hasil kerjaya seni.



"Ada juga kenalan kata mungkin nama saya bersih sangat tak ada kontroversi jadi orang susah nak kenal... sejujurnya kontroversi ni ada baik dan buruk tapi secara peribadi lebih baik dikenali kerana bakat.

"Tak mahulah orang kenal kerana benda negatif, hanya akan memalukan diri sendiri dan keluarga sahaja, biarlah kalau saya naik perlahan-lahan dari meletup tapi memalukan. Tak payahlah!" -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 17-12-2020 11:04 AM
elhemdulillaaaaah
semuga istikhomah
Quote Kurex 17-12-2020 11:18 AM
Apa lagi @Themilo , goyahkan iman syazuwan ni.. iols dgn @dudaberhias perati dari tepi
Quote sarah82 17-12-2020 11:24 AM
bukan dia dah nikah ka? ka aku silap org
Quote husna_amal 17-12-2020 11:27 AM
Kalau betul bagus lah. Merosakkan reputasi diri je kalau kantoi.
Quote rolypoly 17-12-2020 11:29 AM
walaupun rengsa sikit dengan jawapan heols tapi iols suka dia ni. muka helok berlakon pun best.
Quote rosmahisham 17-12-2020 11:34 AM
Ada iras muka vince af1
Quote izat123 17-12-2020 11:35 AM
Dah jadi artis dah budak Julie Goes Oversea ni haha
Quote Tukul.Besi 17-12-2020 11:36 AM
Muka helok rambut kurang. Tp tetap rembes
Quote Nnasda53 17-12-2020 11:38 AM
Eloklah..teruskan istiqomah.
Quote Normabaru 17-12-2020 11:44 AM
Ada soft spot untuk Mamat ni since cerita Cindai lagi..dlm cite tu sume part xblh blah except bila scene dia..
Dh la tinggi.. Suara pon sedap je dgr. Cuma kayu kayan mcm biase la.. Hahahaha
Quote awanysss 17-12-2020 11:48 AM
dia ni artis yg herlokkk..
berlakon pun boleh tahan..
boleh pergi lama dlm industri..
semoga takde gosip buruk la ye.. meols support uols
Quote shahirakay 17-12-2020 11:54 AM
kekalkan dik sikap sikap yang baik2 sebegitu.. kuatkan iman jangan sampai ke lembah zina dan jangan sampai ada video beburung berterbangan. ko tasty dek.. rasa nak buat menantu pun ada
Quote RamonaFlower 17-12-2020 12:13 PM
Sbb tu tak post gambar gf yg dah bercinta 10 tahun sbb takut netizen stalk gf. Gf hot pakai bikini rambut rainbow.
Quote Themilo 17-12-2020 12:28 PM
Kurex replied at 17-12-2020 03:18 AM
Apa lagi @Themilo , goyahkan iman syazuwan ni.. iols dgn @dudaberhias perati dari tepi

wow.. meols love abang-abang tinggi lampai macam ni..
Quote slyfynx 17-12-2020 12:31 PM
Actually, mende2 cmni x payah cakap pun xpe.
Sbb tkt one day makan diri.
Quote riyadhK 17-12-2020 12:40 PM
Heloookkkkkk
Quote Zaien 17-12-2020 12:45 PM
kekal kan dek.. jgn terjebakkk
Quote AshKetchum 17-12-2020 12:48 PM
helok kan heshe?

[youtube]g1H93RFA1DE[/youtube]
Quote AshKetchum 17-12-2020 12:49 PM
[ig]https://www.instagram.com/p/BvrBsA7Hyqg/[/ig]

Lihat semua komen(93)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.123363 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top