CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Liga Super China (CSL) Bukan Lagi 'Syurga' Pemain, Gaji Semakin "Ciput"

17-12-2020 01:14 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2138| Komen: 6

Oscar dilaporkan memperoleh gaji RM102 juta setahun di Shanghai SIPG.



LONDON: Liga Super China (CSL) mungkin terkeluar daripada sasaran pemain yang memiliki nama besar selepas had gaji siling dipersetujui oleh persatuan bola sepak negara itu.

Sebilangan besar pemain ternama dari Liga Perdana dan liga terkemuka Eropah lain sebelum ini menuju ke China kerana gaji yang lumayan, namun langkah itu tampak berakhir selepas peraturan baharu yang bakal dilaksanakan musim depan.

Perkara itu didedahkan bahawa gaji pemain tempatan adalah tidak melebihi £572,000 (RM3.1 juta) setahun, sementara pemain import hanya boleh meraih pendapatan maksimum £2.7 juta (RM14.6 juta) setahun.

Ia satu tamparan hebat bagi bekas bintang Chelsea, Oscar yang kini dilaporkan memperoleh gaji besar £18.87 juta (RM102 juta) setahun di Shanghai SIPG.

Ini bermaksud pemotongan gaji besar sebanyak 86 peratus, atau £16.14 juta (RM87.5 juta), jika dia memutuskan mahu kekal di kelab itu untuk kempen domestik yang seterusnya.

Menurut South China Morning Post, terdapat pilihan untuk pemain yang bergaji seperti Oscar untuk proses pengurangan dalam tempoh tiga tahun tanpa dikurangkan secara sekali gus. Namun, masih belum diketahui bagaimana penurunan setiap tahun.

Cedric Bakambu (RM1.85 juta seminggu), Hulk (RM1.59 juta seminggu) dan bekas penyerang Southampton, Graziano Pelle (RM1.42 juta seminggu) adalah pemain ternama yang bakal berdepan pemotongan gaji sama seperti Oscar dan sebilangan besar pemain asing kini dijangka akan keluar dari China untuk meneruskan karier mereka.

Pasukan yang melebihi had yang ditetapkan boleh dikenakan pemotongan enam hingga 24 mata dan pemain yang gajinya melebihi had tidak akan dibenarkan untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak China (CFA).

"Tidak kira sebesar mana kelab itu atau terkenal pemainnya, kami dengan tegas akan mengikuti peraturan tanpa pertimbangan," kata presiden CFA, Chen Xuyuan.

"Jangan menguji tekad kami.

"Perbelanjaan kelab CSL adalah sekitar 10 kali lebih tinggi daripada Korea Selatan, Liga-K dan tiga kali lebih tinggi daripada Liga-J di Jepun. Tetapi pasukan kebangsaan kita jauh ketinggalan di belakang," tambahnya. 



Sumber - AGENSI/BeritaHarian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 17-12-2020 01:28 PM
Jarang tgok org Cina main bola.. meriah ke liga deols..
Quote CiliPadiSedap 17-12-2020 02:04 PM
RatuDunia94 replied at 17-12-2020 01:28 PM
Jarang tgok org Cina main bola.. meriah ke liga deols..

dia orang betting bola dik, dia orang main bola keranjang slam dunk, tapi duit poket gaji dia orang pergi betting.  
Quote brego 17-12-2020 02:28 PM
RatuDunia94 replied at 17-12-2020 01:28 PM
Jarang tgok org Cina main bola.. meriah ke liga deols..

liga mereka jauh lagi berkualiti dari Liga M

kelab china pernah menang Asian Champions League.
kelab terhebat malaysia macam JDT pun,
yang menang liga 7 kali berturut,
cuma jadi budak belasahan jer dalam group stage
Quote husna_amal 17-12-2020 03:22 PM
Kaya2 club dari China ni.
Quote Skuau 17-12-2020 03:25 PM
RatuDunia94 replied at 17-12-2020 01:28 PM
Jarang tgok org Cina main bola.. meriah ke liga deols..

cuba hang tgk tim 'shaolin Soccer'......Man U pon x boleh lwn drng.....
Quote axl_bach 17-12-2020 06:13 PM
China pun dah buat had gaji, Liga M patut ikut....

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:36 PM GMT+8 , Processed in 0.301230 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top