CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'P.U Jamal' Tak Kisah Dapat Ucapan Padan Muka Lepas Kemalangan Teruk

17-12-2020 02:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5290| Komen: 19

Zaman sekarang, individu yang suka buat perkara pelik atau menjengkelkan nampaknya akan mempunyai pengikut yang ramai di media sosial walaupun dalam masa sama mendapat banyak kritikan dan kecaman.


Inilah yang berlaku kepada seorang pemuda terkenal dengan sikap nakal dan gila-gilanya sehingga sering menimbulkan kekecohan di media sosial.

Bagaimanapun, pada November lalu netizen dikejutkan dengan berita pemuda ini terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Kuching, Kuala Lumpur sekitar jam 2 pagi menyebabkan dia ditahan di Hospital Selayang selama seminggu.


Kredit foto: mStar

Ketika dihubungi mStar, Hafiy Nazhan, 25, atau lebih dikenali dengan P.U Jamal mengesahkan kejadian tersebut tetapi tidak tahu mengenai punca kemalangan kerana dia langsung tidak dapat mengingati apa yang berlaku sebelum berlakunya tragedi itu.

"Saya pun tak ingat apa yang jadi, doktor kata saya hilang memori selama 8 jam kerana mengalami hentakan kuat. Sebelum saya kemalangan pun saya tak tahu saya nak ke mana, buat apa dan sebagainya.


"Alhamdulillah, sekarang saya dah pulih sedikit. Dah mula boleh pakai tongkat," ujarnya.

Tambah P.U Jamal yang turut dikenali dengan gelaran Pejuang Jalan Lurus, selepas insiden itu dia menerima hampir 1,000 tweet di Twitter yang memberi komen negatif seperti 'padan muka' malah ada yang mendoakannya semoga cepat mati dan sebagainya.

"Sikit pun saya tak kisah. Tak sedih langsung apa orang nak cakap lebih-lebih lagi orang yang saya tak kenal.

"Ini bukan kali pertama saya jatuh terduduk macam ni, dah banyak kali. Saya memang akan tetap macam ni saja, tak ada nak berubah apa pun selepas kemalangan ini," katanya.

Dalam pada itu, P.U Jamal juga sedar tidak semua orang dapat menerima kenakalan dirinya yang sering ditonjolkan di media sosial selama ini.

"Saya yang minta dikecam, saya kena terimalah. Lagipun saya tak kenal mereka, mereka pun bukan kenal saya betul-betul, setakat di media sosial saja.

"Ramai orang yang tak puas hati dengan saya, sampai selalu ajak bersemuka, nak gaduh dan sebagainya... saya dah biasa.

"Jujur saya cakap, kalau saya buat baik, bersedekah atau pergi gotong royong bukan orang kisah sangat pun, bukan orang berminat nak tahu.

"Jadi saya fikir, apa-apa kebaikan yang saya buat biarlah saya simpan sendiri dan yang nakal-nakal itu biar mereka nampak. Lagipun saya main Twitter tu untuk hilangkan bosan, sekadar untuk hiburan," katanya.


Kredit foto: Twitter/mStar

Dalam pada itu, P.U Jamal turut mencuri perhatian netizen apabila memuat naik video aksi tendangan libas ketika sedang bertongkat di Instagram Story.

"Tak tahu pula video tu akan viral. Saja seronok-seronok je upload sebab seronok dah boleh pakai tongkat.

"Sikit je ni, tak sakit sangat pun. Ujian ni pun salah satu penghapus dosa kan," katanya berseloroh.

Walaupun sering dikecam dan ramai yang menganggap dirinya seorang yang menjengkelkan, masih ada netizen yang memberi komen positif dan menitipkan kata-kata semangat kepadanya selepas terbabit kemalangan.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 17-12-2020 02:51 PM
Pu rambut kaler???.  Memang patutla kalau kena kecam..
Quote Themilo 17-12-2020 02:51 PM
wow.. PU punya rambut pun.. selak kain sampai kepala lutut pulakkk..
Quote kucingitam 17-12-2020 02:53 PM
saper??? P.U sendiri bagi gelaran ni...
Quote ninnamina 17-12-2020 03:23 PM
Amboii dia punya tak kisah tu sampai masuk berita
Quote mamajawie 17-12-2020 04:15 PM
PU pala bana rambut kaler..bodoh penonggeng agama ni
Quote Kurex 17-12-2020 04:25 PM
Badan sedap.. jadi iols taknak kata apa
Quote anaktoyol 17-12-2020 04:48 PM
ni yg guna tweethandle 'pejuang jalan lurus' kat twitter... bukan p.u pencetus umah... hihi.. dia mmg puaka klu kondem orang.. pastu x segan silu tayang gf kuar masuk bilik.. mendadih.. minum...
Quote belacan_gurl 17-12-2020 04:51 PM
Just nak bgtau satu je....sakit hoiiii bila kemalangan ...lagi2 kalo jenis kemalangan jatuh terhempap  ....ok tu je
Quote missyL 17-12-2020 05:24 PM
Baru smlm tgok ig die. Rmai btol org komen kawen yahudi.

Lepas carik jawapan di google rupenye pada bln feb 2020 die pnh wat q n a. Org nk tnye bile nk kawen. Die ckp die kawan ngn bdk kelate. Tp mak die Kate dr kawen ngn org kelate baik kawen ngn yahudi hahaha.

Pttla komen sume pasal yahudi.
Ig die pn pejuang jalan lurus.
Tp mmg nmpk die sgt open hidup nye mcm org kokosen
Quote husna_amal 17-12-2020 06:05 PM
Ni baru sikit kena. Sempat lagi kalau nak bertaubat
Quote S1nch4n 17-12-2020 06:27 PM
Sapo pulak ni, tak kenai
Quote bungarose 17-12-2020 08:14 PM
Saper nih piyu maner laks berambut karat
Quote Perawankota 18-12-2020 05:01 AM
P.U hang! Ntahapahapa
Quote Suchi 18-12-2020 08:19 AM
anaktoyol replied at 17-12-2020 04:48 PM
ni yg guna tweethandle 'pejuang jalan lurus' kat twitter... bukan p.u pencetus umah... hihi.. dia mm ...

Ohhh dah tu sengaja guna nama PU tu napa plak padahal tak penah masuk pun pertandingan tu kan. Saja nak nganjing ke?
Takde rasa segan langsung ya buat menda2 gitu tunjuk kat public takde yg report ke?
Quote Orix 18-12-2020 11:22 AM
iols suka jah dia guna gelaran PU tu utk menganjing semua PU taik dari rancngan realiti tuh
Quote bulanbulat 18-12-2020 06:43 PM
Dia bukan PU. Saja pakai gelaran tu sbb menganjing

Mamat ni assholes kaki perempuan kaki arak selalu cari pasal dengan org di twitter. Sebab tu ramai cakap padan muka
Quote ChildrenOfBodom 19-12-2020 11:46 AM
ramai orang kecewa kau tak mampus kepala berkecai otak berterabur atas jalan.
Quote Redmyvi 22-12-2020 01:55 PM
Kurex replied at 17-12-2020 04:25 PM
Badan sedap.. jadi iols taknak kata apa

hahaha sempat lagi kurex yer..
Quote mawar_pink 26-12-2020 09:53 PM
ingatkan geng pu btl...menganjing rupenya...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.062057 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top