CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Sekali Lagi Gratis…”, Presiden Jokowi Umum Beri Vaksin COVID-19 Secara Percuma

18-12-2020 04:24 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1902| Komen: 5



JAKARTA, 16 Dis (Bernama) — Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini mengumumkan vaksin COVID-19 akan diberikan secara percuma kepada rakyat republik berkenaan.

“Saya sampaikan bahawa vaksin COVID-19 untuk masyarakat adalah gratis (percuma).

“Sekali lagi gratis, tidak dikenakan biaya sama sekali,” kata Jokowi menerusi siaran di laman YouTube rasmi Sekretariat Presiden hari ini.

Jokowi turut mengarahkan Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani dan pemerintah provinsi agar mengutamakan peruntukan pembiayaan vaksin itu dalam Belanjawan 2021.

Pada 6 Dis lepas, Indonesia menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin COVID-19 dari China, manakala 1.8 juta dos lagi vaksin itu akan diterima pada awal Januari 2021.


Media tempatan sebelum ini melaporkan Indonesia menerusi Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM) badan di bawah Kementerian Riset dan Teknologi Indonesia telah bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin COVID-19.

Menerusi kerjasama itu, Indonesia juga membangunkan vaksin “Merah Putih” dan sekiranya berjaya dijangka sebanyak 290 juta dos vaksin akan dikeluarkan menjelang pertengahan 2021.




Sumber: BERNAMA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MadameOnion 18-12-2020 09:10 AM
Menerusi kerjasama itu, Indonesia juga membangunkan vaksin “Merah Putih” dan sekiranya berjaya dijangka sebanyak 290 juta dos vaksin akan dikeluarkan menjelang pertengahan 2021

gituhhhh kaedahnya
Quote rospinki 18-12-2020 09:11 AM
mantul pak
gratis
adui pelik pelik je bahsa indo.
Quote Kurex 18-12-2020 09:20 AM
Org kita pun dah ikut cakap mcm indon.....
Quote Nnasda53 18-12-2020 09:35 AM
Awal dpt vaksin.
Moga baik2 je lah semua nya.
Quote husna_amal 18-12-2020 09:50 AM
Made in China. Semoga baik2 dan selamat.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.158642 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top