CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tahniah! Ummi Nazeera Hamil Anak Kedua

18-12-2020 10:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4186| Komen: 17

Pelakon, Ummi Nazeera, berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini sedang hamil empat bulan.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.


Foto: IG

Menurut Ummi, dia dan suami berasa sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana bakal dianugerah cahaya mata kedua.

 “Assalamualaikum. Alhamdulillah Ummi nak share di sini, Ummi telah dianugerahkan rezeki untuk mengandung kali kedua dengan Izin Allah SWT,” tulisnya.


Dalam pada itu, pelakon filem Gol & Gincu 2 ini turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan diri serta kandungannya itu.

“Ummi minta tolong semua untuk doakan kesihatan baby yang kini hampir 4 bulan dan juga ummi kedua-dua nya sihat walafiat. Semoga perjalanan kami dipermudahkan.. Ameen,” kongsinya lagi.



Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis meluahkan rasa teruja selain turut mendoakan semoga segala urusan Ummie akan dipermudahkan.

Terdahulu, Ummi telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Dr. Mohd. Izzar Anwari pada tanggal 23 Julai 2017.



Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Ayra Aneesa. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 18-12-2020 12:09 PM
Membiak lagi.
Quote husna_amal 18-12-2020 12:21 PM
Tahniah. Dia ni kat industri hiburan, nama timbul tengelam je.
Quote imanda 18-12-2020 12:26 PM
LadyCarefree replied at 18-12-2020 12:09 PM
Membiak lagi.

nape wehhhh
udah rejeki beliyau, blh jaga anak xpelah kot
Quote zehra2 18-12-2020 12:37 PM
tahniah umi... eok la  beranak banyak masa muda.. takde masalah kewangan nak support family.
sebab umi dua beradik jek kan.. si abg tu ntah ler...
Quote kokocrunch 18-12-2020 02:34 PM
tahniahlah...moga dipermudahkan segalanya
Quote mrsbob87 18-12-2020 03:10 PM
abg dia,kalau jadi lelaki... elok handsome nye....

tapi kalau drag jd perempuan lawa plak kejadian nye...

eishhhhhhhh
Quote LadyCarefree 18-12-2020 07:14 PM
imanda replied at 18-12-2020 11:26 AM
nape wehhhh
udah rejeki beliyau, blh jaga anak xpelah kot

It's a statement jah. Take it any way you want. Hehehe
Quote chekacheku 19-12-2020 12:08 AM
Cutenya ank dia..
Quote awenda507 19-12-2020 12:16 AM
Tahniah ye ummi. Aku since dia da bertudung singkat ni dah x minat dh. Masa awl2 bertudung tu kemain elok tudung labuh tutup dada. Bila bertunang n nk kawen terus da singkat.harap2 one day akan dilabuhkn semula.
Quote pinkzara 19-12-2020 12:24 AM
Tak minat berita mcm ni. Bye.
Quote Perawankota 19-12-2020 04:07 AM
OK tahniah ummi.
Quote Lengkong 19-12-2020 07:00 AM
Tahniah


Quote Kancilkering 19-12-2020 07:09 AM
tahniah....dh 4 bulan dh sib baik laki doktor senang dpt medical attention
dia  ni talented..
x perlu nak putih kan kulit ......dengan kulit sawo matang dia...
cantik macam mak dia

nanti abang dia dpt anak saudara baru..mana tau terbuka hati nak berumah tangga...ye dok dato haji nazrem....
Quote Fafaaisa 19-12-2020 07:18 AM
Tahniah lah
Quote Kipaskiok 20-12-2020 04:33 PM
Tahniah ummi
Quote hotmak 20-12-2020 04:40 PM
tahniah, moga dipermudahkan semuanya
Quote imanjannah 20-12-2020 04:43 PM
alhamdulillah tahniah umi

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 10:44 PM GMT+8 , Processed in 0.161691 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top