CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Pedofilia Sanggup Dera Anak Untuk Wang

19-12-2020 12:38 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 2784| Komen: 12|Original author: Oleh: Cari-Azza






Seorang ibu bukan sahaja menganiayai secara seksual anaknya malahan sanggup menghantar video tersebut untuk mendapatkan wang.

Sudah pun dipenjarakan atas kesalahan penganiyaan seksual, terbaharu Elizabeth Haway, 43 akan berada lebih lama dalam tahanan apabila polis menemui bukti wanita itu menghantar video tersebut kepada rakannya.

Dalam kes sebelum ini, Elizabeth berdepan penjara selama 155 tahun kerana mendera secara seksual anak perempuannya berusia lima tahun di bilik mandi. Polis kemudiannya menemui dua lagi video dia mencabul anaknya dalam telefon bimbitnya.

Kini dengan bukti yang baru ditemui polis, dia berdepan tambahan 20 tahun lagi penjara.


Foto :


Hakim, William Sadler menyifatkan kes tersebut sebagai keji dan mengerikan apabila seorang ibu sanggup menghantar videonya mendera anak kepada rakannya menerusi Facebook pada Februari 2019.

"Kanak-kanak ini berdepan dengan trauma hebat apabila pelaku itu adalah orang yang paling dipercayai iaitu ibunya sendiri."

Sementara itu, detektif Sommers Say pula berkata gambar lucah kanak-kanak itu ditemui menerusi Facebook Messenger.

"Saya menemui dua video berdurasi tiga minit dan 21 saat memaparkan adegan seksual antara wanita dewasa dan kanak-kanak yang dihantar kepada pengguna Facebook lain."


Foto : FB


Menurut Daily Star, kejadian yang berlaku di Princeton, West Virginia Amerika Syarikat menyaksikan Elizabeth boleh mendapat parol selepas 45 tahun dipenjarakan, namun dengan bukti terbaharu ini, semuanya akan bermula pada usianya 108 tahun.

Elizabeth berdepan kesalahan seksual tahap serius apabila menerima habuan wang apabila terbabit dalam pornografi kanak-kanak. - CARI












Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 19-12-2020 01:40 PM
Gila punya mak knp ko xbunuh ke anak ko at least masuk syurga terus. Gila
Quote haznor 19-12-2020 01:58 PM
Mak macam ni selayaknya campak dalam kandang singa.
Quote Scheherazade 19-12-2020 02:09 PM
Keji dia ni. Sanggup dera anak mcm tu demi wang.
Quote Megikari 19-12-2020 02:47 PM
Noooooo i kenot brain diss
Quote shernazz 19-12-2020 02:48 PM
Umur 100 lebih kalau hidup lagi mmg betul la ayat mereput di penjara...
Quote chaos_sweetly 19-12-2020 02:52 PM
Dasar mak syaitan! Elok bakar hidup2!!!
Quote mawardia 19-12-2020 03:10 PM
Mereput lah di dalam sana! Moga ada yg belasah kau nanti yaa dalam tu
Quote 234126 19-12-2020 08:58 PM
tak layak duduk dalam jail. Boleh makan mandi tido. Anak tu selamanya trauma. Pejam mata pun terbayang2. Keji  betul perempuan ni.
Quote LautBiru52 19-12-2020 10:53 PM
Umur 5 tahun dah trauma mcm ni. Sial punya mak
Quote Tinot7 20-12-2020 01:55 AM
Tak guna la dpt mak cenggini
Quote husna_amal 21-12-2020 10:47 AM
jijiknya perangai tu.
Quote mrsbob87 21-12-2020 11:47 AM
keji lagi terkutuk

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.119887 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top