Seorang wanita maut apabila basikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori dari arah belakang di atas jambatan berdekatan Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 di sini pada kira-kira jam 9.40 pagi.
Saksi kejadian, Mohd Shukri@Budiman Hassan, 43, berkata, ketika kejadian itu berlaku, kenderaannya berada di belakang lori terbabit yang dibawa perlahan. “Tiba-Tiba lori berkenaan terbabas dan naik di atas penghadang jalan dan saya nampak ada benda tergolek. Saya bunyikan hon berulang kali supaya lori berkenaan berhenti. “Bila saya turun, rupanya objek yang saya mulanya sangka terjatuh itu adalah basikal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Mohd Shukri berkata, beliau kemudian mendekati mangsa serta memeriksa nadinya dan mendapati nadi wanita itu amat lemah sebelum menghubungi talian kecemasan.
“Ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian dan selepas menjalankan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan wanita berkenaan sudah meninggal dunia,” katanya. Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan S Vijaya Rao ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut. Beliau berkata, mayat mangsa yang berusia 34 tahun itu telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat. "Kita telah menahan pemandu lori dan lori tersebut untuk siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah kesalahan trafik mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - CARI Sumber: BERNAMA
|
Megikari replied at 19-12-2020 03:03 PM
Cyclist ni toloooong la pakai baju kaler terang, beskal tu letak la lampu liplap. Hari tu aku nyaris ...
MissyMolly replied at 19-12-2020 03:03 PM
Apakah.. lori x nmpk ke caner!?
ADVERTISEMENT