CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Status Agama Dipersoal, Illi Najwa Mohon Maaf

20-12-2020 05:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 45721| Komen: 383

Illi Najwa Anuar Hussin Saddique yang mencetuskan pelbagai persoalan berhubung majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar baru-baru ini memohon maaf atas kekhilafannya.


“Illi tahu segala silap dan salah yang sudah berlaku atas kejahilan Illi dan Manpreet,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah, Illi turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang telah diheret sama dalam isu ini.

Kredit foto: Tribune

Bagaimanapun, gadis yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya telah memeluk Islam sejak akhir tahun 2019 dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam acara tertutup.

Katanya, sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan.


Tegas Illi, beliau tidak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa oleh netizen.

“Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak tahun 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya,” ujarnya yang turut memaklumkan dia ke India mengikut prosedur perjalanan yang sah.

Media India sebelum ini mendakwa Illi berkahwin dengan Manpreet di Mithapur dekat Jalandhar, Punjab.

Rakaman video resepsi perkahwinan mereka tersebar dengan memaparkan Manpreet,mengenakan sut perkahwinan Punjabi yang lengkap dengan serban.

Manakala Illi memakai pakaian pengantin Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Kredit foto:


Dalam resepsi itu, Illi dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan hingga status agamanya

Mengulas mengenai video resepsi perkahwinannya di India, Illi berkata, mereka tidak pernah meminta perkahwinannya di sana dirakamkan kerana tahu akan sensitiviti yang akan dihadapi mereka.

Namun, katanya, rakaman yang didedahkan oleh media itu di luar kawalan.

Illi mengakui beliau tidak gembira dengan isu yang mengheret namanya dan suami.

Malah, katanya, Manpreet juga tidak mahu ia berlaku kerana sedar akan akibatnya.

”Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika Manpreet mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik,” ujarnya. -CARI

1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 20-12-2020 05:27 PM
Ni kencing ka? Agak2 la
Quote kelapaparut 20-12-2020 05:28 PM
Edited by kelapaparut at 21-12-2020 10:52 PM

ok kite tunggu salinan surat nikahnye
nanti kalu c illi tu beranak, i akan kira guna calculator dr tempoh nak beranak tu, nak tau baby tu dpt benih tu mase depa da kawin ke blom, kalu da kawin nak tau mase da kawin kat gurdwara ke atau kawin islam, kite akan kire sebutir2 dr tempoh pelamin ke bunting, sijil nikah kne check jugak fake ke x, yg jantan tu circumsized ke x..kite ade group acik bwg yg akan menyiasat all out
Quote sharlenetexas 20-12-2020 05:31 PM
Kesian untie halimah.

Quote star_karat 20-12-2020 05:34 PM
Kan law India dah tak leh tukar agama klu kawin. Jawab lah rusuhan kaum kejap lagi. Barathiya Janatha Parti gi bakar masjid nanti.
Quote shahreen 20-12-2020 05:40 PM
Ada gmbr family illi ? Minah ni study kt india ke sampai blh jmp husband dia
Quote printercomel 20-12-2020 05:47 PM
Aisyah bukhari 2.0?
Quote Buritan 20-12-2020 05:49 PM
Ok.. aku purcayaaaa sgtttr..
Quote Buritan 20-12-2020 05:50 PM
Tinot7 replied at 20-12-2020 05:27 PM
Ni kencing ka? Agak2 la

Aku purcaya ckp diaa.. hati hang itam.. kih kih kih
Quote angelofish 20-12-2020 05:50 PM
kalau dah sembah sujud kat kuil tu maksud nya dah kuar agama la tu...
Quote Buritan 20-12-2020 05:52 PM
angelofish replied at 20-12-2020 05:50 PM
kalau dah sembah sujud kat kuil tu maksud nya dah kuar agama la tu...

Tak laa.. superimpose jah tuuu..


Ok done aku sokong illi tegakkan bulu pubisnya yg basah
Quote Tinot7 20-12-2020 06:06 PM
Buritan replied at 20-12-2020 05:50 PM
Aku purcaya ckp diaa.. hati hang itam.. kih kih kih

Hahaha... baguih hang ni.. hati jernih ibarat suci dalam debu

[youtube]fns4cDBAAeU[/youtube]
Quote dizekni 20-12-2020 06:08 PM
Tu la bila ikut hati

benda yang patutnya asas dah jadi ke laut

ibu bapa dan orang terdekat wajar dipersoal sebab tak bagi nasihat yang betul
Quote otai_g 20-12-2020 06:08 PM
Edited by otai_g at 20-12-2020 06:10 PM

Aku bkn la alim Sgt tp Aku pun tau murtad ni bkn terjadi dgn tkr maklumat diri kat jpn je.

Murtad ni blh terjadi melalui Lisan dan perbuatan.

Sejahat2 daie Syed tu Aku rs mulia lg la dia tu. Walaupun dikaitkan isu rogol bagai, tp still mengaku Aku islam la wei. At least dia blh bertaubat.
Quote nirman 20-12-2020 06:12 PM
sorry ya, illis ini tipu. i tak suka comment pasal agama but bila dia sujud kat Sri Guru Granth Sahib Ji the living Guru of Sikhs bermaksud, dia terima agama Sikh. nama kaur ni kena baptise dulu baru boleh pakai, you are not called kaur if you did not go through baptism.

Quote abadi84 20-12-2020 06:15 PM
otai_g replied at 20-12-2020 06:08 PM
Aku bkn la alim Sgt tp Aku pun tau murtad ni bkn terjadi dgn tkr maklumat diri kat jpn je.

Murtad ...

Tak pyhlah nak tutup kesalahan dgn satu kesalahan lain wei
Mulia apanya rosakkan anak org
Tunggang agama.
At least si najwa ni bersalah pd diri sendiri
Tak sshkn anak org

But still lah dua2 pun ai tak support
Quote otai_g 20-12-2020 06:19 PM
abadi84 replied at 20-12-2020 06:15 PM
Tak pyhlah nak tutup kesalahan dgn satu kesalahan lain wei
Mulia apanya rosakkan anak org
Tungga ...

Mulia yg Aku maksudkan bkn lah mulia level2 ulama.

Tp apa yg Aku bljr dosa paling besar ialah dosa murtad tau.
Quote Normabaru 20-12-2020 06:20 PM
Aik kata mula2 statement PA kak limah...now statement ili? Haaa.. Whatever... Ko pon bkn br tumbuh bulu..tau kot hukum persenda agama... Sekarang ni Allah byr cash je.. Semoga mereput
Quote Tinot7 20-12-2020 06:24 PM
Buritan replied at 20-12-2020 05:52 PM
Tak laa.. superimpose jah tuuu..



Meh tgk bideo ni pulak...

[youtube]ePswNqtbSK0[/youtube]
Quote abadi84 20-12-2020 06:27 PM
otai_g replied at 20-12-2020 06:19 PM
Mulia yg Aku maksudkan bkn lah mulia level2 ulama.

Tp apa yg Aku bljr dosa paling besar ialah d ...

Betul lah tu
Tp tetaplah rogol bkn perbuatan yg lebih mulia.
Ili mungkin trsepit dan melakukan prbuatan menyekutukan Allah tanpa niat.

Lihat semua komen(383)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:35 PM GMT+8 , Processed in 0.095122 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top