CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elfira Loy Paranoid Nak Bawa Anak Keluar Rumah

20-12-2020 05:39 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 5160| Komen: 31|Original author: Oleh: Saiful

Elfira Loy mengaku yang dia berasa sedikit paranoid di musim pandemik Covid-19 ini.

Menurutnya, dia risau jika lalai dalam mematuhi SOP sampai memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat.


Tambahnya dia berharap agar semua orang bersatu hati memakai pelitup muka ketika berada di luar rumah.


"Mendengar kes wabak COVID 19 ini meningkat saban hari, jujur buat saya sedikit takut dan curiga dengan apa saja kemungkinan. Perasan itu menjadi jadi apatah lagi saya ada anak berusia 14 bulan.

"Saya sampai satu tahap bimbang jika lalai dan tersilap langkah dalam mematuhi SOP, ia akan memudaratkan diri, anak, suami dan orang terdekat. Kalau boleh saya tak nak lama lama berada di luar.


Foto: IG

"Kita punyalah jaga SOP dan berhati hati, tapi rasa sedih apabila ada segelintir yang ambil mudah bab itu. Ada yang macam tak makan saman walaupun akan dikompaun RM1000 jika tidak memakainya.

"Tapi kalau kita sama sama sepakat menjaga diri dan sekeliling terutama dengan memakai pelitup muka, itu sudah bagus," katanya seperti dipetik di mStar Online.

Elfira kata dia mengangga anaknya dalam kategori 'baby Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)' kerana jarang bertemu orang luar.



Dia lebih selesa berada di rumah tanpa perlu membawa anaknya keluar berjalan dan berjumpa orang ramai.

"Saban hari, ada saja keletahnya yang mencuit hati. Saya tak ketinggalan berkongsi apa saja detik atau momen indah fasanya bertambah umur di Instagram. Cuma anak saya ini kategori 'baby PKP'.

"Dia tak berjumpa sangat dengan orang di luar dan masanya pun banyak dihabiskan di rumah. Saya tak mahu ambil risiko. Dia juga yang jenis happy go lucky dan gemar tersenyum.


"Cuma kalau ada orang datang rumah, dia susah nak mendekati mereka dan ambil masa untuk jadi mesra.

Dia macam seolah-olah tahu dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh nak bercampur dengan orang ramai." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anaktoyol 20-12-2020 05:52 PM
iyo lah tuuuuu
Quote Fafaaisa 20-12-2020 05:59 PM
Ni pn masuk nk masuk forum
Quote blue^panther 20-12-2020 06:26 PM
anak dia sorang je ke masa pkp jarang keluar rumah, hadoyyai!!!
Quote chocobozhere 20-12-2020 06:36 PM
bakalan menjadi kutukan orang je.. haha
Quote lattehazelnut 20-12-2020 06:53 PM
"Cuma kalau ada orang datang rumah, dia susah nak mendekati mereka dan ambil masa untuk jadi mesra.

Dia macam seolah-olah tahu dengan situasi pandemik sekarang yang tak boleh nak bercampur dengan orang ramai."

——————————————-
Asal boleh je kan? Dah jarang jumpa org sume baby pun camtu xnak dgn org xkenal..

Quote Kurex 20-12-2020 07:44 PM
Pundekkkkkkk
Quote Normabaru 20-12-2020 07:50 PM
Punya la sendu benang dik bulus...6org je komen. Kahkah
Quote TerataiMelur02 20-12-2020 08:01 PM
Cantik pulak EL kat pic atas sekali tu. Maybe sebab  dia pakai kemas2 kot. Selama ni nampak selekeh je
Quote EvieWanKenobi 20-12-2020 08:02 PM
pasal ni pun nak bukak thread?
Quote bedahmenjuyah 20-12-2020 08:07 PM
Meh aku tambah. Ko tu x relevan noks
Quote RatuDunia94 20-12-2020 08:07 PM
Anaknya kenan muka Micheal Ang.. agaknya lakinya masa berenjut terbayang muka Mike kot..
Quote miu84 20-12-2020 08:08 PM
Apakah perasaan meols sahaja atau muka sheol nampak lain?
Quote Perawankota 20-12-2020 08:39 PM
Anak org lain pon x kuar la
Quote kakakpositifker 20-12-2020 10:38 PM
Oooooo okok
Quote kakakpositifker 20-12-2020 10:40 PM
bedahmenjuyah replied at 20-12-2020 08:07 PM
Meh aku tambah. Ko tu x relevan noks

HAHAHAHAHAHAHAHAH NI PALING TEPAT
Quote aderaderker 20-12-2020 10:45 PM
Baguslah tu.
Jgn jadi macam setengah mak bapak tak sayang anak..
Hari ni kat Mid Valley aku jumpa lebih sepuluh budak bawah setahun, ada yg bawah 6 bulan dikelek mak bapak masuk mall.
Punyalah mak bapak nak berjalan menyopping.
Quote slyfynx 20-12-2020 11:08 PM
So....
Tu pun kene org tau ke?
Quote doubleA 20-12-2020 11:28 PM
Bior la ko nak simpan dalam almari pun lantak ko la elbulus
Quote irvene 21-12-2020 12:40 AM
aku masuk sebab nak baca kutukan je

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.047209 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top