Penyanyi Ainan Tasneem selamat melahirkan sepasang bayi kembar di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam, Selangor pada Jumaat lalu. Ainan atau nama sebenarnya, Ainan Tasneem Redzuan, 28, berkongsikan berita gembira itu di laman Instagramnya pada petang Ahad dan memberitahu dia dan bayi berada dalam keadaan baik.
"Saya telah selamat melahirkan sepasang bayi kembar yang soleh dan solehah pada hari Jumaat, hari yang barakah, 18 Disember di Hospital Salam, Shah Alam pada pukul 11.52 pagi dan 12.11 tengah hari. "Alhamdulillah saya diberikan rezeki untuk melahirkan kedua-duanya dengan selamat dan bersalin secara normal. "Semuanya dengan izin Allah dan asbab memilih untuk melahirkan dengan Dr. Siti Mariam yang sangat handal dalam menggendalikan kelahiran kembar," katanya.
Ainan turut berdoa agar kedua-dua bayinya itu kelak akan menjadi anak-anak yang soleh selain penyejuk hati buat dirinya dan suami. "Semoga kedua bayi ini akan menjadi daie dan daieyah, hafiz dan hafizah, mukmin dan mukminah, penyejuk hati Ainan dan Ariff dan berbakti pada semua orang. Amin," katanya.
|
Normabaru replied at 20-12-2020 06:19 PM
Fuh power..tahniah dik tasneem.. Humble je tinggalkan popularity demi bina fmly bhgia.. Xmcm retis b ...
KelisaOren replied at 20-12-2020 06:54 PM
Dapat pulak laki uban gila glamor lagi la sheols menjadi jadi
SelakLangsir replied at 20-12-2020 06:58 PM
Aku blur. Sapo?
KelisaOren replied at 20-12-2020 06:54 PM
Dapat pulak laki uban gila glamor lagi la sheols menjadi jadi
Normabaru replied at 20-12-2020 06:19 PM
Fuh power..tahniah dik tasneem.. Humble je tinggalkan popularity demi bina fmly bhgia.. Xmcm retis b ...
RatuDunia94 replied at 20-12-2020 08:05 PM
Elok lah tinggalkan dunia hiburan.. sheols pon bukan berbakat sangat.. jd org biasa je lg bagus.. ...
YomiuriLandMae replied at 20-12-2020 08:11 PM
jap ainan tasneem ni yg nyanyi lagu 140 juta tu kan..
fadz84 replied at 20-12-2020 08:49 PM
150 juta. Lagu ciptaan Kok ping
ADVERTISEMENT