To'ki minta maaf kepada pihak yang tersinggung dengan tindakannya memegang anjing baru-baru ini. Katanya dia berterima kasih atas teguran yang diberikan.
"Saya mohon maaf dan menyusun 10 jari kepada semua. Isu sentuh anjing ini usahlah dipanjangkan sehingga kita seolah-olah duduk dalam tempurung sebagai Islam yang hak, Islam yang batil dan Islam keturunan. "Ya memang boleh menjatuhkan apa-apa dosa, pahala dan sebagainya. Tapi kita yang memegang al-Quran secara hakikat, memegang al-Quran dan kita memahami al-Quran, tidak ada pun salah. "Anjing yang saya pegang beberapa hari lalu adalah anjing untuk memburu. Spesis anjing untuk pergi berperang," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya lagi, ketika membesar dia selalu nampak kanak-kanak Melayu baling batu kepada anjing. "Kasihan pada anjing. Tak boleh buat begitu sebenarnya kerana anjing juga makhluk Allah. Kita kena faham, dari sudut syariat pun tiada masalah untuk saya pegang anjing itu. "Saya tidak cium sebab masih tahu batas. Tambahan pula saya selalu bercerita perihal Tuhan. Takkan saya tak tahu. "Mengikut hadis, pahala akan habis begitu saja apabila bela anjing dalam rumah. Masalahnya anjing ini bukan peliharaan saya." To'ki juga meminta mereka yang tak memahami isu tersebut supaya memahami Islam secara hak. "Jangan kita menuduh itu ini. Cuba kaji balik sejarah Islam. Jangan jadi jumud dan fahami Islam secara syumul." -CARI
|
Normabaru: Mmg skrg ni musim retis buat cheap publicity dgn benda stupid things pas kena lahar minta maaf kat nerakazen ke? Xcukup lg kes persenda agama dgn saja ...
Fafaaisa replied at 20-12-2020 08:02 PM
Mungkin hint utk dipanggil ke gv8
Ku ditinggal senja
ADVERTISEMENT