CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Perempuan Terkuat Di Dunia, 7 Tahun Dah Boleh Angkat Berat 80kg!

21-12-2020 09:39 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5306| Komen: 24|Original author: Oleh: LilRose

Nak mengangkat tong gas pun, bukan semua mampu melakukannya. Namun, kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ini mampu mengangkat berat sehingga 80 kilogram (kg).


Kredit foto: IG


Rory van Ulft seperti dilaporkan Daily Star kini mendapat gelaran "budak terkuat di dunia."

Rory juga dinobatkan sebagai Juara Angkat Berat Remaja Kebangsaan bagi bawah-11 dan bawah 13-tahun kategori 30kg.



Anugerah ini sekali gus menjadikan kanak-kanak dengan ketinggian empat kaki itu remaja paling muda di Amerika Syarikat menjuarai kategori sukan berkenaan.

Berasal dari Ottawa, Kanada, Rory mula menjalani latihan bersama bapanya, Cavan sejak berusia lima tahun.

"Adalah adil untuk mengatakan bahawa Rory gadis kecil terkuat di dunia.




"Berdasarkan jumlah pungutan matanya sekarang, Rory bukan sahaja kanak-kanak berusia tujuh tahun terkuat di dunia, malah dia juga mungkin budak kecil terkuat pernah hidup setakat ini," katanya.

Walau bagaimanapun, sebenarnya melihat dirinya sebagai seorang ahli gimnastik kerana dia menghabiskan empat jam seminggu untuk mengangkat berat dan sembilan jam sebagai gimnastik, seperti dilaporkan Mail Online.



"Saya lebih suka gimnastik berbanding angkat berat kerana tidak perlu mengangkat apa-apa di atas kepala saya.

"Saya suka menjadi lebih kuat. Menjadi lebih kuat membolehkan saya membuat lebih banyak perkara dan menjadi lebih baik dalam semua yang saya cuba lakukan.


Kredit foto: IG

"Saya tidak memikirkan apa yang terjadi sebelumnya mahupun apa yang akan terjadi setelah itu. Saya tidak memikirkan apa-apa. Saya hanya mengosongkan minda dan terus melakukannya," kata Rory. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 21-12-2020 09:51 AM
I apabila tengok kanak kanak begini... I fikir apa nasib kanak kanak begini bila tua....effect apabila tua.. Sorry i tidak bangga if push budak buat begitu... Her body cant afford... pushing herslf ..
Quote RatuDunia94 21-12-2020 10:06 AM
Sukan angkat berat mmg bagus utk melatih gimnastik sbb dia build strong upper body.
Quote nazzse 21-12-2020 10:20 AM
Body di lawa, nampak tegap wlpun budak lagi. Susah nak dapat strong upper body ni
Quote lattehazelnut 21-12-2020 10:29 AM
Iols suka sbb dia xmkan steroid mcm budak kuat lain.. xnampak ketul2 sgt..
tp risau jugak peranakan dia..
Quote lattehazelnut 21-12-2020 10:33 AM
RatuDunia94 replied at 21-12-2020 10:06 AM
Sukan angkat berat mmg bagus utk melatih gimnastik sbb dia build strong upper body.

Kan mesti power nanti buat uneven beams..
Quote CiliPadiSedap 21-12-2020 10:43 AM
lattehazelnut replied at 21-12-2020 10:29 AM
Iols suka sbb dia xmkan steroid mcm budak kuat lain.. xnampak ketul2 sgt..
tp risau jugak peranaka ...

kaka risau suami budak ni je takut patah dalam nanti

kalau adik ni xguna steroid and barang rosakkan badan , possible dia akan ada gaya hidup sihat dan muscular feminine
Quote sarah82 21-12-2020 10:49 AM
adik...ang boleh tolong acik sarah angkat tok...kekadang bila tok buat keras...acik sarah rasa mcm angkat 100kg...
Quote Dwdrum 21-12-2020 10:51 AM
sarah82 replied at 20-12-2020 06:49 PM
adik...ang boleh tolong acik sarah angkat tok...kekadang bila tok buat keras...acik sarah rasa mcm a ...

Hang angkat or turn?....
Quote Artemesiaa 21-12-2020 10:53 AM
Wah kuatnya kalau terus digilap pasti akan terus berjaya dalam sukan dimasa depan
Quote sarah82 21-12-2020 10:54 AM
Dwdrum replied at 21-12-2020 10:51 AM
Hang angkat or turn?....

aku turn..tapi bila nak bagi tok duduk elok masa tukar pampers aku angkat sikit...dan kena tarik lapik ke atas supaya dada dia tinggi masa aku bagi susu..tu belum kira aku bagi mandi lagi...dia x suka kena mandi..mcm budak2 x suka sesuatu dia buat keras mcm tu la bila dia kena mandi..
Quote Dwdrum 21-12-2020 10:58 AM
sarah82 replied at 20-12-2020 06:54 PM
aku turn..tapi bila nak bagi tok duduk elok masa tukar pampers aku angkat sikit...dan kena tarik l ...


Buat keras memang berat... Tok mandi setiap hari?
Quote olaklempit 21-12-2020 10:59 AM
Kesian...tulang dah padu sangat ke tampung berat melampau?
Quote Cassieopeia 21-12-2020 11:00 AM
ish kecik2 dh train angkat berat. baikla buat gimnastik je since diapn lg suka sukan tu.. tp ngeri fikir kecik2 dh buat tatoo
Quote lattehazelnut 21-12-2020 11:02 AM
sarah82 replied at 21-12-2020 10:49 AM
adik...ang boleh tolong acik sarah angkat tok...kekadang bila tok buat keras...acik sarah rasa mcm a ...

Wow raya tahun depan muscular la lengan cik sarah..
Quote sarah82 21-12-2020 11:03 AM
Dwdrum replied at 21-12-2020 10:58 AM
Buat keras memang berat... Tok mandi setiap hari?

seminggu 5 hari aku bagi mandi..2 hari lagi aku lap badan tok...dan seminggu 3 kali aku shampoo tok.cuma aku tak bagi tok pakai bedak saja sebab aku x pakai..haahahaha...perfume aku pun aku spray kat tok supaya wangi
Quote sarah82 21-12-2020 11:04 AM
lattehazelnut replied at 21-12-2020 11:02 AM
Wow raya tahun depan muscular la lengan cik sarah..

hahahaha...dah 3 tahun buat benda yg sama tapi x brp ada otot pun...hahahahha
Quote AshKetchum 21-12-2020 11:09 AM
tatu betul ke tu kat keliling tangan heshe? tak sensitif yach kulit heshe macam takdo effect apo jah?
Quote lattehazelnut 21-12-2020 11:18 AM
Dia pakai tatoo sticker je.. sbb tu tatoo berubah2 corak.. n some video dia xde tatoo..
Quote husna_amal 21-12-2020 11:19 AM
Harap2 tak teruk lah badan tu nanti, badan nak pakai lama ni.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.211617 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top