CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Tunang Minta Putus, Lelaki Mengamuk Dan Bunuh Bakal Ibu Mentua

21-12-2020 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5200| Komen: 21

Episod putus tunang seorang wanita berakhir tragedi apabila ibunya mati ditetak tunangnya sendiri dalam kejadian di Kampung Kuyuh, Pitas, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa dikenali sebagai Habibah Abungon, 68, mati akibat kecederaan parah selepas diserang suspek bersenjatakan parang.

Difahamkan, selain ibunya yang maut, mangsa, adik dan bapanya yang berada di rumah itu turut mengalami kecederaan selepas diserang suspek berusia 29 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, suspek datang ke rumah tunangnya untuk mengajaknya balik ke kampung di Paitan.

Kredit foto: Harian Metro

Bagaimanapun katanya, wanita terbabit tidak menurut permintaannya dan memaklumkan mahu memutuskan pertunangan.

"Akibat itu, suspek bertindak agresif dan mengamuk dengan menggunakan parang.

"Antara yang cedera adalah tunang suspek sendiri bersama adik dan bapanya. Semua mangsa yang cedera berusia 24 hingga 65 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Izaan berkata, hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati, mayat mangsa yang maut terlentang di bahagian dapur dengan kesan darah di atas lantai.

Katanya, semua mangsa yang cedera pula sudah dihantar ke Hospital Pitas untuk rawatan lanjut.

"Siasatan masih diteruskan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote allshares 20-12-2020 03:40 PM
Seramnya dpt tunang mcmni, tak ikut permintaan ditetak. Kesian kt mangsa kehilangan mak.
Quote Cenderakirana9 20-12-2020 03:53 PM
allshares replied at 20-12-2020 03:40 PM
Seramnya dpt tunang mcmni, tak ikut permintaan ditetak. Kesian kt mangsa kehilangan mak.

Baran macam ni sebab tu la kot putus tunang
Quote kelapaparut 20-12-2020 05:16 PM
org suluk pilak kaa..biase bbunuhan kat mindanao sane tu
Quote allshares 20-12-2020 05:21 PM
Cenderakirana9 replied at 20-12-2020 03:53 PM
Baran macam ni sebab tu la kot putus tunang

Baran, pastu suka2 paksa. Dpn family member pun berani tunjuk perangai samseng nk bawa anak dara org blk kg sendiri. Mmg ptt putus.
Quote Cenderakirana9 20-12-2020 06:04 PM
allshares replied at 20-12-2020 05:21 PM
Baran, pastu suka2 paksa. Dpn family member pun berani tunjuk perangai samseng nk bawa anak dara o ...

Mintak dijauhkan la dapat orang baran camni
Quote Megikari 20-12-2020 06:59 PM
At least perempuan tu bijak sikit la putuskan tunang dengan jantan tak guna mcm ni. Cuma kesian mak dia jadi mangsa.
Quote KIM.K 20-12-2020 07:09 PM
Cenderakirana9 replied at 20-12-2020 03:53 PM
Baran macam ni sebab tu la kot putus tunang

Mana tahu dia dah berhabis duit tapi kena main dgn tunang..
Quote naina 20-12-2020 07:35 PM
Alasan je tu ajak balik kg
Kot nak lepaskan air kepala
Sekali taknak ikut naik angin terus
Quote sukacactus 20-12-2020 07:39 PM
Apaaa la
Takat putus tunang pun nak berbunuhan
Ikut hati sgt
Quote Cenderakirana9 20-12-2020 08:35 PM
KIM.K replied at 20-12-2020 07:09 PM
Mana tahu dia dah berhabis duit tapi kena main dgn tunang..

Tu lah kita tak tau the real story. Tapi sampai bunuh orang ni. Bahaya
Quote Aliaskotonggo 20-12-2020 09:22 PM
KIM.K replied at 20-12-2020 07:09 PM
Mana tahu dia dah berhabis duit tapi kena main dgn tunang..

mana boleh bunuh org, apapun alasannya.

Quote CARI-MRO 21-12-2020 09:49 AM
Episod putus tunang seorang wanita berakhir tragedi apabila ibunya mati ditetak tunangnya sendiri dalam kejadian di Kampung Kuyuh, Pitas, malam tadi.


Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa dikenali sebagai Habibah Abungon, 68, mati akibat kecederaan parah selepas diserang suspek bersenjatakan parang.


Difahamkan, selain ibunya yang maut, mangsa, adik dan bapanya yang berada di rumah itu turut mengalami kecederaan selepas diserang suspek berusia 29 tahun itu.


Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata, siasatan awal mendapati, suspek datang ke rumah tunangnya untuk mengajaknya balik ke kampung di Paitan.


Kredit foto: Harian Metro




Bagaimanapun katanya, wanita terbabit tidak menurut permintaannya dan memaklumkan mahu memutuskan pertunangan.


"Akibat itu, suspek bertindak agresif dan mengamuk dengan menggunakan parang.


"Antara yang cedera adalah tunang suspek sendiri bersama adik dan bapanya. Semua mangsa yang cedera berusia 24 hingga 65 tahun," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mohd Izaan berkata, hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati, mayat mangsa yang maut terlentang di bahagian dapur dengan kesan darah di atas lantai.


Katanya, semua mangsa yang cedera pula sudah dihantar ke Hospital Pitas untuk rawatan lanjut.


"Siasatan masih diteruskan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote husna_amal 21-12-2020 11:22 AM
Berhati2 lah lepas ni siapa yang tengah cari pasangan hidup. Dapat yang panas baran macam2 perkara buruk boleh jadi.
Quote chauky314 21-12-2020 11:25 AM
ishkkk ngeri betul...
Quote Artemesiaa 21-12-2020 11:26 AM
Bahaya orang baran metal macam ni membunuh pun dia sanggup
Quote MissVixen 21-12-2020 11:37 AM
Nasib dah putus. Kalau dah beranak pinak dengan orang baran macam ni, gila.
Quote JunkMail 21-12-2020 11:40 AM
KIM.K replied at 20-12-2020 07:09 PM
Mana tahu dia dah berhabis duit tapi kena main dgn tunang..

So sebab itu ada lesen untuk mengamuk sampai mati sorang?
Quote Syd 21-12-2020 11:49 AM
Haaa gituh.

Suspek.
Quote Nnasda53 21-12-2020 12:21 PM
Nasib baik belum kahwin elok pun putus tunang tu.
Cuma nasib tak baik mak perempuan jadi mangsa.
Semoga keluarga wanita ni tabah.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.111499 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top