Tular video momen Kamal Adli melamar Uqasha Senrose secara langsung pada majlis Anugerah Meletop Era 2020, semalam. Namun, riak wajah ditunjukkan salah seorang pengacara majlis, Zizan Razak tersenyum mencuri perhatian ramai. Mungkin berang dan kecewa apabila dipersendakan warganet mengenai soal jodohnya yang masih belum kunjung tiba, Zizan meluahkannya menerusi Instagramnya. "Melihat apa yang berlaku malam tadi menjadi perbualan di media sosial tentang jodoh saya selepas Kamal Adli melamar Uqasha Senrose di pentas Ame 2020.
"Maaf saya katakan apa yang berlaku malam tadi bukan plan saya dan saya cuma memberi respons sporting untuk membuat program nampak best. "Bila sebut bab jodoh, saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan. "Segalanya saya serahkan pada Allah kerana jodoh dan ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya Dia," luahnya. Dalam pada itu Zizan juga menjelaskan serba sedikit apa yang berlaku malam tadi bukan rancangannya. Luahannya itu mendapat perhatian ramai yang turut meninggalkan komen memberi kata-kata semangat buatnya.
|
LostStar replied at 21-12-2020 11:07 AM
teroknya netizen ni.. x kan org tu nak teriak plak time kejadian gitu.. sengallll
ADVERTISEMENT