CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Terkejut, Ratusan Pekerja Asing Berhimpit Dalam Kontena Bau Hancing Dan Hapak

21-12-2020 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4887| Komen: 23

"Hamba zaman moden... lebih teruk keadaan berbanding prakemerdekaan."

Itu reaksi Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan ketika mengadakan lawatan mengejut di kemudahan penginapan pekerja asing di sebuah kilang sarung tangan di Batu 13, Kajang pada Isnin.


Kredit foto: Awani

"Saya masih tidak boleh percaya wujud tempat macam ini di Malaysia.

"Saya amat sedih melihat keadaan ini... walaupun kita pernah lihat ini ketika dijajah British sebelum kemerdekaan.

Beliau menzahirkan rasa malu dengan keadaan yang menimpa pekerja terbabit dan memberi amaran kepada majikan agar mematuhi kaedah pengendalian pekerja asing mengikut akta sedia ada.


Kredit foto: Awani

"Saya sebagai menteri amat malu melihat keadaan seperti ini yang cukup teruk yang saya lihat setakat ini.

"Saya memberi amaran keras kepada majikan-majikan supaya mematuhi akta sedia ada dalam mengendali pekerja warga asing," katanya kepada pemberita selepas operasi mengejut, di sini, hari ini.

Operasi satu jam yang bermula kira-kira pukul 9 pagi bersama Jabatan Tindakan Kerja Semenanjung Malaysia itu turut disertai pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Difahamkan terdapat 781 pekerja dengan 22 pekerja tempatan di dalam kontena yang diubah suai menjadi kemudahan penginapan.

Kredit foto: Awani


Tinjauan Astro AWANI mendapati pekerja warga asing itu seolah 'disumbat' dalam satu kawasan sempit yang diburukkan lagi dengan bau hancing dan hapak.

Saravanan memaklumkan operasi mengejut itu akan diteruskan di seluruh negara. -CARI

Sumber: Astro Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 21-12-2020 12:49 PM
Ewww cannot imagine.. tp kadang pekerja asing ni pun kalau majikan dh sediakan kuarters lok2 pon ttp bawa perangai dr negara asal. Meludah sesuka hati.. sidai sepender, baju kat pagar..
Quote FOTHER-MUCKER 21-12-2020 12:57 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-12-2020 09:00 PM

Sepatutnya kerajaan haramkan sama sekali rumah kongsi ataupun rumah kontena ataupun rumah buatan sementara  untuk pekerja kilang ataupun contractor banggunan.

Mesti Di wajib kan menyewa ataupun memduduki  di banggunan yang kekal yang mempunyai sijil kelulusan untuk di duduki.
Quote lattehazelnut 21-12-2020 01:04 PM
Mana tak untung berjuta.. asal boleh cut cost..
Quote hatikudus 21-12-2020 01:35 PM
Kilang2 & company2 construction yg besar2 ni....nak untung juta2 kena ambik foreign workers boleh perah sampai kering, facility seminimum atau below paras minimum to maximise the profit...
Quote Normabaru 21-12-2020 01:37 PM
Laa selama ada akta ni xpnh bt pmantauan ka.. So Akta tu buang je la pttnye.. Mujur covid jd

Nway ni antara sbb knp depa ni sebatu bau bdn klu lalu masih xhlg..geliiiii
Quote missyL 21-12-2020 01:56 PM
Hmmm.
Teekejut jgk untung juta2 bawak masok pati ni.
Tula makib ramai dtg.

Pati pn rela je.
Msia ni murah rezeki.
Org msia kebanyakan nye pemurah
Quote Perawankota 21-12-2020 03:25 PM
RatuDunia94 replied at 21-12-2020 12:49 PM
Ewww cannot imagine.. tp kadang pekerja asing ni pun kalau majikan dh sediakan kuarters lok2 pon ttp ...

Geli kan.. Sebelum ni duduk kat satu apartment ni.. Kt sini ramai gak gang2 dorang pastu lak unit dorg byk kt bawah tingkat 1-3.  Kadang2 malas nk tunggu lift, turun lah tangga.. Bila smpi tingkat2 bawah ni, geli betul nak lalu.. Kesan2 ludah dorg byk gila kt dinding2, dah lah makan sireh.. Aishh.. Loya lak bila teringat.
Quote msdummy.2018 21-12-2020 03:29 PM
missyL replied at 21-12-2020 01:56 PM
Hmmm.
Teekejut jgk untung juta2 bawak masok pati ni.
Tula makib ramai dtg.

eh majikan ckp rkyat msia ni pemalas...pekerja nesti multi task, tp gaji ciput..nk pekerja yg berwibawa, boleb berfikir sepuluh tapak ke hadapan...br suruh beli software tuk mudhkan kerja, kedekut nk invest..blum ckp yg xbyr epf...
Quote husna_amal 21-12-2020 03:33 PM
Err sarang penyakit macam tu.
Quote ina_na 21-12-2020 03:43 PM
Mesti nanti nak jg kebajikan pati.. Rakyat biasa keje kn bayo rumah sewa atau bilik.. Pati dpt kongsi mcm ni.. Gaji ambik rm500 je.. Selebihnya anto kg.. Dah kayoo blk.. Kita gak la yg melarat ye.. Nak keje tokey nak murah.. Sewa bilik, kos pengangkutan lg
Quote MissVixen 21-12-2020 04:23 PM
Sampai bila2 tak habis kalau majikan macam ni. Sama macam thailand, pekerja asing yang sebarkan covid.
Majikan setan. Pekerja tempatan tak nak ambil dan cakap pemalas. Ambil pekerja asing pulak diperah tenaga dan dilayan macam binatang.
Quote cikus 21-12-2020 04:27 PM
Dah boleh stop dulu la ambil pekerja asing. Ambil orang tempatan tak perlu pening nak sedia penginapan.
Quote matseh 21-12-2020 04:59 PM
Aku suggest depa buat kondo 3 bilik kat sebelah TAR Exchange. Bagi foregin wokers duduk.


Quote Abam_Leh 21-12-2020 05:41 PM
Majikan bagila kontena mewah hatta ada aircond sekalipun,


Depa ni akan bawak skali geng geng duk sama,


Lama lama jadi setinggan jugak  


Quote xy_daen 21-12-2020 05:48 PM
Benda dah berpuluh tahun sejak zaman berzaman... Bukan baru semalam...
Quote missyL 21-12-2020 07:10 PM
msdummy.2018 replied at 21-12-2020 03:29 PM
eh majikan ckp rkyat msia ni pemalas...pekerja nesti multi task, tp gaji ciput..nk pekerja yg berw ...

Hahaha.
Relate sgt ape u ckp nie.
Haha. Nk kite bg 200% dlm keje. Tp boss 20% pn ssh nk bg tok kemudahan pekerja. Hahah.

Klo pati dieorg redo je.
Sbb negara dieorg lg ssh.
Quote dudaberhias 21-12-2020 07:20 PM
lattehazelnut replied at 21-12-2020 01:04 PM
Mana tak untung berjuta.. asal boleh cut cost..

Ye kaka, lepastu kan. Gaji2 pekerja tak bayar. Kadang2 kita tertanya juga macam mana kilang2 ni boleh supply barang harga murah tak masuk di akal, rupanya salah satunya human labour. Tak bayar gaji... Bayangkan la kita jual nasi lemak upah orang tolong masak bungkus semua, tapi tak bayar gaji. Untung banyak juga la sebab kita keluar modal je. Lain2 orang yang buat.
Quote me12345 21-12-2020 07:21 PM
Hantar lah dorang balik negara sendiri...
Quote Belibis 21-12-2020 08:20 PM
Normabaru: Laa selama ada akta ni xpnh bt pmantauan ka.. So Akta tu buang je la pttnye.. Mujur covid jdNway ni antara sbb knp depa ni sebatu bau bdn klu lalu m ...

Alaaaa..ini pun sekadar terkejut ajer punnn..takde impak apa2.. kes rasuah terkejut,daging impot tak halal terkejut..sampai mati la terkejut.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.217119 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top