Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dukacita dengan berita yang tersebar di media berkaitan wanita dari negeri itu yang dilaporkan melangsungkan pernikahan tidak mengikut hukum syarak di negara India.
Menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook rasmi baginda pada Isnin, Sultan Ibrahim bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Negeri Johor, baginda sentiasa memastikan kehidupan rakyat Johor dan yang berasal dari negeri ini akan dipayungi peruntukan undang-undang yang mana Islam adalah paksi dan tiang seri kepada kehidupan di negeri ini. Sehubungan itu, baginda menitahkan agar semua usaha yang perlu dibuat Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk memastikan keabsahan terkini status wanita tersebut. Titah baginda, kesahihan berita boleh dipastikan sama ada melalui ahli keluarga wanita berkenaan atau menerusi pejabat Kedutaan Malaysia di India. Dalam masa sama, Sultan Ibrahim menasihatkan semua pihak agar tidak membuat apa-apa kesimpulan dan tindakan pra matang dalam berita yang disebarkan.
Pada Ahad, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata, kerajaan akan memanggil seorang wanita warganegara Malaysia yang dilaporkan berkahwin dengan seorang pemain hoki India baru-baru ini bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agama mereka. Menurut Marzuk, penjelasan sebenar akan diperoleh melalui pengakuan yang akan dibuat wanita itu setelah tiba di Malaysia. Sumber: AWANI |
Atata replied at 21-12-2020 01:45 PM
Seorang wanita bangsa Johor? Istilah merujuk kepada orang berasal johor ke tu atau mmg dah ...
nuryakmal replied at 21-12-2020 01:49 PM
As non healthy as it sounds, concept "bangsa johor" mmg utk org2 negeri johor. Macam concept set s ...
Atata replied at 21-12-2020 01:45 PM
Seorang wanita bangsa Johor? Istilah merujuk kepada orang berasal johor ke tu atau mmg dah ...
ADVERTISEMENT