CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elizabeth Tan Suka Bergusti

21-12-2020 04:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4032| Komen: 17

Biarpun sekadar terbabit dalam dua babak sebagai Julia dalam filem Gila Gusti, penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan tetap berasa teruja.

Elizabeth atau lebih mesra dengan panggilan Lizzie berkata, wataknya hanya memerlukan dia tampil sebagai 'announcer' dalam gelanggang gusti, namun ia sudah memadai.


Foto: IG

"Saya bukan heroin dalam filem ini kerana ia lebih kepada watak penggusti. Saya terima watak ini kerana saya suka berlakon.

"Lagipun saya memang minat 'combat sports'. Saya minat UFC (Ultimate Fighting Championship) dan MMA (Mixed Martial Arts). Saya masih lagi ke kelas MMA hampir setiap minggu.

"Ia kelas secara peribadi dan saya boleh sesuaikan masa ikut kelapangan. Berkenaan gusti, ia pengalaman pertama dan bagi saya ia sesuatu yang menghiburkan," katanya.




Selain Lizzie, filem terbitan Lomo Pictures Sdn Bhd serta rakan penaja rasmi Quick Sent dan Quin Media itu turut membariskan pelakon terkenal Syafie Naswip, Instafamous Aisar Khaledd, pengasas gusti Malaysia, Ayez Shaukat Fonseka dan penggusti Nor 'Phoenix' Diana.

Filem arahan Silver Chung itu akan memulakan penggambaran pada awal Januari tahun depan.



Menurutnya, dia kini lebih selektif dalam menerima tawaran kerana perlu disesuaikan dengan masa.

"Maksudnya saya tak boleh ambil semua tawaran kerana takut bertembung dengan projek lain. Saya akan minta skrip dulu dan kalau okay dan saya sukakan wataknya, baru saya terima.

"Untuk tawaran ini, apabila dengar berkaitan gusti saya terus terima kerana saya suka pada 'fighting'," katanya.



Bercerita kesan pandemik Covid-19 terhadap kerjaya seninya, seperti orang lain, Lizzie juga terpaksa menghabiskan masa di rumah.

"Saya tidak duduk diam apabila memulakan perniagaan sendiri dengan jual baju jenama Izzi untuk lelaki. Kebanyakan kawan-kawan saya lelaki.

"Saya percaya saya tak boleh bergantung kepada karier ini selamanya. Ini faktor saya mulakan perniagaan. Kalau dah tua nanti sekurang-kurangnya saya sudah ada simpanan. Saya mencuba dan ia adalah pencapaian saya tahun ini.


"Saya baru lancarkan sekali. Minggu depan, saya akan lancarkannya lagi untuk tujuan kebajikan. Saya akan bagi sumbangan untuk MERCY Malaysia," katanya.

Ditanya mengenai kisah peribadi, penyanyi lagu Semua Sudah itu merancang untuk berkahwin dalam tempoh tiga tahun lagi.

"Saya sudah merancang kahwin lagi tiga tahun. Ini memang betul. Saya tak boleh tunggu lama lagi. Sekarang usia saya sudah 27 tahun dan tiga tahun lagi amat sesuai untuk berkahwin.

"Berkenaan calon, saya belum boleh jawab. Mungkin ada dan mungkin tak. Sukar untuk saya mengaku kerana kebanyakan peminat saya adalah lelaki.


"Jika saya umumkan apa-apa saja, ia akan membabitkan karier saya. Saya mengaku takut hilang peminat. Namun usia 30 adalah masanya. Saya akan kahwin dan punyai anak dan semua orang akan tahu," katanya.

Dalam masa sama, Lizzie tidak menafikan penampilan dirinya yang seksi menjadi faktor diminati ramai golongan lelaki.

"Mungkin juga. Saya rasa pengurusan pertama saya lengkapkan saya dengan imej begini atau macam 'The Girl Next Door' yang semua orang boleh terima dan semua lelaki boleh terima.



"Lagipun saya lebih senang berkawan dengan lelaki berbanding wanita. Kebanyakan kawan-kawan juga lelaki. Kalau dikatakan penampilan saya di media sosial 'mengundang' tumpuan lelaki, selagi mama saya tak cakap apa-apa, saya okay.

"Jika dia kata sesuatu barulah saya akan padam gambar itu dari media sosial. Dah tentu saya dapat banyak mesej mengarut tapi saya buat tak tahu," katanya.

Lizzie yang pernah berdepan depresi akibat percintaan terdahulu mengakui dirinya kini semakin matang selepas dikecewakan.

"Saya lebih matang dari dulu. Banyak yang saya belajar dari pengalaman. Saya rasa saya kendalikannya lebih baik sekarang. Saya sayang diri sendiri lebih dari dia.

"Dulu saya okay apabila dia tipu dan pukul saya. Waktu itu saya terlalu sayangkan dia dan nak sehidup semati," katanya.



Lizzie akan muncul dengan single berkonsep balada ciptaan Omar K yang akan dinyanyikan secara duet dengan seorang penyanyi lelaki pada bulan depan.

Mengenai sambutan Hari Krismas yang akan disambut tidak lama lagi, Lizzie akan meraikannya di rumah bersama keluarga seperti tahun sebelumnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 21-12-2020 04:09 PM
Iols selalu ingat dia da 30an
Quote husna_amal 21-12-2020 04:45 PM
Seksinya amoi ni.
Quote EvieWanKenobi 21-12-2020 04:56 PM
tuanya muka dia..
Quote ladyzens 21-12-2020 05:35 PM
brapa byk thread pasal lizzie gusti ni
Quote salmon-suki 21-12-2020 06:27 PM
husna_amal replied at 21-12-2020 04:45 PM
Seksinya amoi ni.

Amoi2 mmg seksi sis..aiyoooo..even kwn2 ai y cainis kt ofis je pakai decent..keluar ofis mmg seksi..ada tu rupa inesen jah tp boleh teguk 3 botol wine tanpa mabuk..y lain mmg sosial abes laa..tp dorg respek agama kita..tu y ai still berkawan dgn dorg..ehhhh..tiberrr~
Quote Tinot7 21-12-2020 06:44 PM
Dia nampak tua la
Quote nazzse 21-12-2020 07:26 PM
Amoi ni jual badan ke jual bakat??
Quote gigahertz 21-12-2020 07:30 PM
husna_amal: Seksinya amoi ni.

I like this one.
Kalau mak i tau mampus dia kejar i dgn parang{:run

Quote Mulotkoyak 21-12-2020 07:51 PM
Amoi ni sedap jugak kn...
Quote kakakpositifker 21-12-2020 09:15 PM
Lepas bergusti mandi tak
Quote MadameOnion 21-12-2020 10:27 PM
Gambar yg pakai baju tidoq hitam tu sebijik muka elaine kang..penyanyi zaman 80 an
Quote GegarVaganja 21-12-2020 10:38 PM
Awat nampak tua nau Lizzie oi.

Quote LadyCarefree 21-12-2020 11:31 PM
EvieWanKenobi: tuanya muka dia..



Khenzssssss
Quote mamajawie 22-12-2020 12:34 AM
Muka amoi ni kt kaunter spek tu terserlah keahsoan dia ni..
Quote Perawankota 22-12-2020 03:25 AM
Budak2 20an sekarang ramai yg nmpk mcm dah 30an
Quote Boomibulat 22-12-2020 12:58 PM
Semoga dpt bergusti brsama Lizie sehingga ke keringat terakhir..
Quote farhani87 3-2-2021 12:27 AM
Suka suara dia ni.

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.170870 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top