"Jangan normalisasikan dapat 7G. Kejayaan ni hanya berdasarkan wang ringgit sahaja ke? Masih ingat dengan kembar yang mendapat keputusan 7G dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mencetuskan kontroversi beberapa tahun lalu?
Ya, pasangan kembar tersebut mengeluarkan produk kecantikan jenama sendiri dan terbaharu sudah pun membeli kereta mewah jenis Mustang. Namun, apa yang membuatkan cakap-cakap belakang adalah kapsyennya seolah-olah mendabik dada bahawa biarpun keputusan mereka 7G, mereka berjaya dan mampu membeli kereta mewah. Hal ini diperdebatkan netizen dan masing-masing mempunyai pandangan tersendiri. Bagi yang tidak bersetuju, mereka menganggap kenyataan Instafamous tersebut hanya akan menggalakkan remaja tidak mahu belajar. Manakan tidak, jika kekayaan menjadi penanda aras kejayaan, maka semua pelajar tidak mahu lagi belajar serta mempunyai cita-cita kerana yang lebih penting adalah material. |
lattehazelnut: Sape je beli produk diorg?Apa produk diorg pun i xtaw..
lattehazelnut replied at 22-12-2020 02:00 PM
Sape je beli produk diorg?
Apa produk diorg pun i xtaw..
dua_chzy replied at 22-12-2020 02:06 PM
Akak ghasa deols propah jah. Jika tak silap @dudaberhias kenal family budak2 ni. Mohon @dudaberh ...
ADVERTISEMENT