CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Padah Bawa Anak Di Belakang Badan Ketika Berbasikal, Polis Beri Amaran

22-12-2020 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14568| Komen: 119

Tindakan seorang wanita berbasikal sambil mendukung anak di belakang badannya tidak hanya mengundang risiko keselamatan, bahkan boleh dikenakan tindakan undang-undang jika berlaku kemalangan.


Itu reaksi diberi Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias mengenai rakaman gambar wanita itu yang tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.

Azisman mengakui aktiviti berbasikal menjadi trend ketika ini, namun tidak semua memandang serius mengenai peraturan, undang-undang dan keselamatan di jalan raya.

Foto: FB

Justeru, beliau menyelar tindakan wanita yang membawa anak kecil ketika berbasikal sehingga rakaman gambarnya tular di media sosial itu kerana ia mendatangkan risiko keselamatan diri serta anaknya.


"Cara berbasikal juga tidak mengikut peraturan jalan raya ditetapkan apabila tidak berada dalam satu barisan serta menyusahkan pengguna jalan raya yang lain," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Azisman berkata, kesalahan menunggang basikal secara berbahaya boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, sekiranya berlaku kemalangan dan mendatangkan mudarat kepada anak yang dibawa ketika melakukan aktiviti itu, mereka boleh didakwa mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 kerana kecuaian.

Justeru, beliau menyeru orang awam supaya mengikut peraturan jalan raya dan menghindarkan diri daripada melakukan aktiviti berbasikal yang boleh membahayakan keselamatan. -CARI


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sue_0684 22-12-2020 12:21 PM
aku geram je nk hon kuati bila jumpa puak berbasikal kat hiway. dah la masuk hiway. kalau dok sebaris x per gak. karang aku hon ada yg terkejut jatuh longkang tepi hiway. geram. motor pon sama.
Quote Artemesiaa 22-12-2020 12:26 PM
Bila suka berbasikal tapi lupa faktor keselamatan hanya tahu nak berseronok macam itulah jadinya.  Kalau betul pun nak bawak anak naik basikal sama sila pasang child seat pada basikalnya tu.  Bukan main bawak macam tu je.
Quote mdhelmi 22-12-2020 12:26 PM
kene tunggu anak beranak kene lenyek baru amaran tu berkesan
Quote noor2 22-12-2020 12:26 PM
Spesis bodoh.....
Quote prettyuglybabe 22-12-2020 12:30 PM
bila jatuh anak mampus, takdirrrrrrrr anak syurga bla bla bla
bila la malaysia ni nak ketatkan law kecuaian penjaga..
Quote ultra78 22-12-2020 12:33 PM
Malang sungguh anak tu dapat mak bapak bengong
Quote grouper 22-12-2020 12:33 PM
Sebenarnya geng basikal yg byk buat hal ni geng road bike je..geng mtb rilek je bwk offroad. Kesian kat mtb sbb kena tempias sekali. Walupun ada mtb yg men atas jalan raya tapi x pernah nmpak lagi diorg wat hal
Quote makadek 22-12-2020 12:37 PM
Bangang nak mampus
Quote luluaurora 22-12-2020 12:38 PM
bby even pkai carrier pn still kena ampu bhgian bntot tuu..
ada pic yg pkai carrier yg salah yg xsupport pn badan anak
pemakaian carrier yg btul apabila kki ank akan bentuk jd mcm m,

kesiann anak tu wehhhhh
aduhhhhhh
Quote zehra2 22-12-2020 12:39 PM
ler.. anak tkde plak pakai helmet bagai... kepala besi ke?
Quote sufi^_^ 22-12-2020 12:42 PM
grouper replied at 22-12-2020 04:33 AM
Sebenarnya geng basikal yg byk buat hal ni geng road bike je..geng mtb rilek je bwk offroad. Kesian  ...

geng rb yang noob, yg otai dah bertahun ride tak buat benda2 bodoh ni.
Quote husna_amal 22-12-2020 12:43 PM
Hadap lah geng2 basikal hobi mahal ni.
Quote bottombikini 22-12-2020 12:47 PM
kalau jatuh eksiden tu mesti salahkan keta
confirm

belajar tinggi2 pun tak berhubung ya sel otak tu
Quote missus_meow 22-12-2020 12:48 PM
tak pakai helmet, dok berpaut mcm tu je ... tak sayang anak ke?
Quote EvieWanKenobi 22-12-2020 12:51 PM
sayang otak tak berputar seperti
roda basikalnya..
Quote laksmanabentan 22-12-2020 12:51 PM
specis selfish... pentingkan diri sendiri..
yg dia tahu dia boleh main basikal..
keselamatan anak diabaikan...
bongok ler...
Quote krustykrab 22-12-2020 12:54 PM
Dulu org kutuk budak2 flat perangai setan bila naik moto, basikal...skrg ni kita blh tgk gol tak duduk flat pun sama jgk...mungkin masa kecik2 dulu makpak bg makan duit haram jgk kot
Quote renko 22-12-2020 01:17 PM
spesis bahlol mcm ni yang ptut kena lenyek lori
Quote famri7 22-12-2020 01:22 PM
Arak buat ummah mampus = meroyan suruh haram
Basikal dah mampuskan ramai ummah  = flipped..

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.046719 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top