CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Moratorium: 'Bank Bukan Mahu Simpan Untung' - Maybank, CIMB

23-12-2020 07:22 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6888| Komen: 42

(Gambar fail) Salah satu cawangan Maybank di Kuala Lumpur. - Foto: Samsul Said/Bloomberg



KUALA LUMPUR: Sebahagian besar keuntungan yang diraih bank akan dipulangkan sebagai dividen kepada pemegang saham yang terdiri daripada institusi pelaburan tempatan dan tanggapan umum bahawa bank enggan melaksanakan moratorium menyeluruh untuk membuat untung dan menyimpannya sendiri adalah tidak tepat, demikian mengikut dua bank utama negara.

Malayan Banking Bhd (Maybank), kumpulan perbankan terbesar di Malaysia dari segi permodalan pasaran dan jumlah aset, berkata kebanyakan pemegang saham bank adalah pelbagai syarikat pengurus dana dan pengurus dana persaraan seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP.


Ia berkata, pemegang saham lain juga adalah orang awam iaitu rakyat jelata.

"Justeru, sebarang penurunan perolehan bermakna pemegang saham ini akan menerima pulangan yang berkurangan untuk pelaburan mereka," katanya kepada BH bagi mengulas mengenai tanggapan bahawa bank membuat untung dan menyimpan untuknya sendiri.

Maybank menjelaskan, bank mencatatkan keuntungan, namun sebahagian besar pendapatan mereka lebih rendah berbanding sebelum ini berikutan peruntukan untuk hutang yang belum dibayar meningkat.

Ia berkata, pelaksanaan moratorium 'blanket' secara berterusan akan menyebabkan peruntukan meningkat dan seterusnya akan mengurangkan pendapatan bank, sekali gus memberi kesan negatif kepada pertumbuhan modal, yang mana ia diperlukan oleh bank untuk meneruskan aktiviti pinjaman mereka.

Malah, jelasnya, langkah itu juga mempunyai impak negatif terhadap industri perbankan dan ekonomi untuk jangka panjang kerana ia akan mengikis paras modal dan kecairan bank dan seterusnya mengurangkan kemampuan bank untuk memberi pinjaman.

"Justeru, bank perlu mengekalkan tahap modal dan kecairan yang mencukupi di bawah piawaian tempatan dan antarabangsa, yang bertujuan untuk melindungi pendeposit bank," katanya.

Selain itu, Maybank berkata, dalam situasi pandemik sekarang, bank harus memperuntukkan modal tambahan untuk situasi tekanan supaya ia dapat kekal untung.

Sebagai perbandingan dengan moratorium 'blanket' (yang diberikan kepada semua termasuk mereka yang mampu membuat pembayaran balik), Bantuan Pembayaran Balik Bersasar akan membolehkan kami memberi bantuan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

"Keuntungan yang kemudian disimpan oleh bank dapat disalurkan untuk menyokong ekonomi dalam bentuk kredit untuk rakyat dan perniagaan. Ini sangat penting untuk memastikan kesejahteraan rakyat berterusan," katanya.

Sesungguhnya, Maybank menegaskan, bank sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan yang terkesan oleh pandemik dan secara proaktif berhubung dengan pelanggan dan menyediakan saluran yang mudah untuk mereka memohon bantuan.

Sementara itu, CIMB Group juga menjelaskan pendeposit dan pemegang saham bank kebanyakannya adalah pelabur institusi, yang menguruskan dana bagi pihak penyumbang atau orang ramai, seperti PNB, KWSP dan KWAP.

Justeru, katanya, adalah perlu bagi bank kekal untung untuk memberikan pulangan, yang mana pulangan untuk kebaikan dan manfaat rakyat.

"Bank kekal mencatatkan untung pada 2020, namun ia lebih rendah berbanding tahun sebelumnya berikutan persekitaran ekonomi dan pasaran mencabar yang belum pernah berlaku sebelum ini.

"Sektor perbankan adalah industri penting dan dianggap penting secara sistematik untuk ekonomi yang lebih luas. Oleh itu, adalah penting agar bank kekal untung dan berdaya tahan dalam tempoh ini," katanya.



Sumber : BeritaHarian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 23-12-2020 07:50 AM
Dalam banyak2 bank, maybank okla service dia tapi sombong sikit.. hahaha
Quote noor2 23-12-2020 07:56 AM
Siapa yg terima mora untuk kali kedua otomatik refinance ...ni kes pengalaman sendiri...maybank kabo kat aku dari RM 1k aku bayo kereta otomatik kalau ambik mora akan refinance ke 600++.. dan otomatik tempoh kereta jd panjang...

Aku kabo kat pegawai tu...rugila saya..untunglah Maybank...jawabnya.. taklah....maybank tak ambil untung langsung puan...

Yela sangat....ke aku yg x pandai math.....
Quote saviour_09 23-12-2020 08:02 AM
ada ke dalam donia ni org niaga tak nak untung?
Quote dizekni 23-12-2020 08:06 AM
Perbankan di Malaysia telah diberi nafas baharu melalui
proses Islamisasi dalam pentadbiran negara

keuntungan semata2 bukan lagi objektif utama, sebaliknya
turut berperanan sebagai institusi yang mementingkan kebajikan
ramai sewaktu diperlukan
Quote bulalof 23-12-2020 08:15 AM
ah long berlesen...
Quote msdummy.2018 23-12-2020 09:12 AM
noor2 replied at 23-12-2020 07:56 AM
Siapa yg terima mora untuk kali kedua otomatik refinance ...ni kes pengalaman sendiri...maybank kabo ...

kan dia dh ckp mora tuh tuk golongan bersasar...org yg betul2 terdesak tak pk bnyk pasal untung ni sb dia mmg xder duit nk survive kan....once finance dh stabil, of course dia akan refinance smula loan...biasalah benda2 refinance nie
Quote monsterwife 23-12-2020 09:16 AM
Redmyvi replied at 23-12-2020 07:50 AM
Dalam banyak2 bank, maybank okla service dia tapi sombong sikit.. hahaha

I menyampah dgn staff bank kalau yg berdatin bagai
Sombong.Kalau dah rs high class tak pyh kja dok rmh je lg baik
Quote Atata 23-12-2020 09:20 AM
Ramai orang complain yang bank2 ni tipu pasal mora. Dorang kasi kau mora tp kau kena buat refinance, sign semua dokumen, settle sign, dorang kasi la mora. Pastu org2 ni x puas hati mgadu kat Najib. Najib pun bising kata bank tak boleh buat mcmtu. Tak tau apa update skrg, masih ka bank paksa buat refinance atau dorang dah insof
Quote Redmyvi 23-12-2020 09:21 AM
monsterwife replied at 23-12-2020 09:16 AM
I menyampah dgn staff bank kalau yg berdatin bagai
Sombong.Kalau dah rs high class tak pyh kja do ...

Dia punya sombong tu macam semua duit dalam bank tu dia punya..


Monthly kereta aku dulu 620 sekarang jadi 594 sebab apa ya? tapi aku tak refinance pun..
Quote tintin22 23-12-2020 09:28 AM
Redmyvi replied at 23-12-2020 07:50 AM
Dalam banyak2 bank, maybank okla service dia tapi sombong sikit.. hahaha

setuju sgt
Quote rospinki 23-12-2020 09:31 AM
aku pulak byk2 bank Maybank paling baik..bank sotong paling taguna. staff lagak diva. alahai
Quote Scintilla 23-12-2020 09:42 AM
noor2 replied at 23-12-2020 07:56 AM
Siapa yg terima mora untuk kali kedua otomatik refinance ...ni kes pengalaman sendiri...maybank kabo ...

iols selalu jumpa peniaga yg jual barang2 akan cakap xde untung meh....pastu iols reply kalau xde untung apesal meniaga? sewa kedai, api air, u punya gaji sapa mau bayar?  tersengih2 tokey kedai tu
Quote sarah82 23-12-2020 09:43 AM
Alhamdulillah.. Tak ada hutang.. Sambil humblebrag

Maybank ok walaupun kekadang aku nak untuk m2u apps.
Quote husna_amal 23-12-2020 10:00 AM
Staf bank pun berduyun2 cari orang buat loan.
Quote mamajawie 23-12-2020 10:56 AM
sarah82 replied at 23-12-2020 09:43 AM
Alhamdulillah.. Tak ada hutang.. Sambil humblebrag

Maybank ok walaupun kekadang aku nak unt ...

tung ahhhhhh takde hutang..iollss 3 hutang ni haa nk pitam bayar..utang ptptn, utang kete n utang personal loan..seb bek la kete n PL tgal 3 tahun je

Quote sarah82 23-12-2020 11:31 AM
mamajawie replied at 23-12-2020 10:56 AM
tung ahhhhhh takde hutang..iollss 3 hutang ni haa nk pitam bayar..utang ptptn, utang kete n utang  ...

Alhamdulillah.. Sbb iols mmg sedar tahap kewangan.. Risau juga kan.. Tambah kalau beli kereta.
Quote mamajawie 23-12-2020 11:41 AM
sarah82 replied at 23-12-2020 11:31 AM
Alhamdulillah.. Sbb iols mmg sedar tahap kewangan.. Risau juga kan.. Tambah kalau beli kereta.

sbab keta aku hat lama tu da 25 tahun da..banyak sgt rosak smpai aku fedap..tu yg beli kete baru (axia jurhh) sbb laki aku da ada keta lain..

Quote sarah82 23-12-2020 11:43 AM
mamajawie replied at 23-12-2020 11:41 AM
sbab keta aku hat lama tu da 25 tahun da..banyak sgt rosak smpai aku fedap..tu yg beli kete baru ( ...

Aku ni kerja bukan tetap... Maksud aku..kalau setakat tu saja keluarga ambjk servis aku.. Maka kena cari org lain pulak.. Tu aku tak berani nak beli kereta.. Lepas tu aku banyak dok rumah pesakit aku jaga.. Jadi aku x nampak keperluan nak berkereta
Quote wana89 23-12-2020 12:08 PM
saviour_09 replied at 23-12-2020 08:02 AM
ada ke dalam donia ni org niaga tak nak untung?

Kalau niaga rugi, baik tutup

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.053609 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top