Seorang petani di Bhopal, India mendapat ‘durian runtuh’ apabila dia dilaporkan menemui sebutir berlian di kawasan tanahnya. Lakhan Yadav, 45, menjumpai berlian itu di dalam satu kawasan tanah yang disewanya pada bulan lepas. Difahamkan pada awalnya, Yadav hanya menyangka objek yang ditemuinya itu hanyalah batu kerikil biasa. Bagaimanapun, dia cuba membersihkannya untuk mengenal pasti lebih dalam dan apa yang mengejutkan, batu yang dianggap kerikil tersebut bersinar. Teruja dengan penemuan ‘misteri’ tersebut, Yadav membawa batu itu ke pakar berlian untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.
Pakar tersebut mengesahkan batu itu adalah sebutir berlian 14.98 karat dan nilai harganya mencapai kira-kira RM329,000. Dia kemudiannya menjual semula berlian tersebut untuk mendapatkan wang yang banyak bagi mengubah nasib hidupnya. “Ianya telah mengubah hidup saya. “Saya tidak mencari sesuatu yang besar. Saya bukanlah seorang yang berpelajaran. Jadi dengan duit itulah saya jadikan kos perbelanjaan untuk pendidikan keempat-empat anak saya,” katanya kepada pemberita Times Of India pada ketika itu. Yadav tinggal di kampung, mencari rezeki hanya dengan bercucuk tanam di sebidang tanah berkeluasan dua ekar dan ‘dibantu’ oleh dua ekor kerbau. Akibat kemiskinan, mereka tidak pernah mempunyai kenderaan sendiri. Namun hasil jualan berlian tersebut, kini Yadav mampu memiliki sebuah motosikal untuk kegunaan mereka sekeluarga. Sumber: Times of India
|
rastaf replied at 23-12-2020 08:15 AM
aku respect petani penoreh seangkatannya sebab aku pun lahir dalam keluarga penoreh. mostly petani ...
shark replied at 23-12-2020 08:23 AM
betul tu. tapi yg bangangnya aku tengok budak2 sekarang boleh gelakkan mak ayah dorang yg oldsko ...
dudaberhias: untung nasib dia... lagipun bagus dia pentingkan anak2 dulu sebelum diri dia...bertuah anak2 dia dapat ayah macam dia... semoga anak2 balas jasa ayah ...
shark: betul tu. tapi yg bangangnya aku tengok budak2 sekarang boleh gelakkan mak ayah dorang yg oldskool contohnya banyak tak tahu pasal bahasa english deka ...
ADVERTISEMENT