CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khai Bahar Tawar Adik Perempuan Menyanyi, Awal-Awal Dah Kena Reject

23-12-2020 11:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12030| Komen: 47

Perkongsian video nyanyian Khai Bahar bersama adiknya Kyra Baharuddin yang dimuat naik di laman Instagram dan YouTube menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat.

Gara-gara komen positif itu, Khai berkata dia ada menawarkan peluang untuk adiknya itu menyanyi, namun gadis berusia 22 tahun itu menolak dengan alasan tertentu.



"Dia memang suka menyanyi dan saya akui ramai nak saya berduet dengan adik dan mahu kami buat single bersama.


"Sebenarnya saya ada offer untuk bagi lagu tapi dia tak nak... katanya menyanyi ni hanya suka-suka sahaja. Tapi kalau dia minat tak salah nak mencuba dan saya sokong sahaja," katanya.

Sebelum ini tular rakaman video nyanyian Khai Bahar bersama adiknya berduet menyanyikan semula lagu My Heart menjadi perhatian peminat.


Kredit foto: Youtube

Rata-ratanya memuji nyanyian mereka dan berharap agar dua beradik ini dapat bergabung suara dalam satu lagu baharu.

Bercakap mengenai lagu baharu berjudul Nafas Cinta duet bersama Aina Abdul, Khai berkata peluang bergandingan bersama penyanyi itu merupakan salah satu impiannya.

"Alhamdulillah terima kasih kepada Aina sebab sudi duet dengan saya... saya rasa ramai tahu dia berbakat besar dan ini memang peluang untuk saya belajar apa yang ada pada Aina.


"Sama macam saya berduet dengan Siti Nordiana sebelum ini, saya ada ambil sedikit pengalamannya untuk memantapkan lagi karier nyanyian.

"Bagi saya setiap rakan duet mempunyai keistimewaan dan aura masing-masing. Ini merupakan kesempatan terbaik untuk saya memajukan diri dan peluang bekerjasama dengan ramai orang membolehkan saya menimba pengalaman baru, ” katanya.

Foto: Youtube

Lagu Nafas Cinta telah dilancarkan di semua platform digital dan video muzik (MV) telah dimuat naik di akaun YouTube Aina Abdul pada Jumaat lalu. -CARI

Sumber: mStar Online
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 23-12-2020 12:12 PM
X pyh la sis.. Ko pon makin menyendu... Adik ko pon mcm muka ko dipakaikan tudung..
Quote Tinot7 23-12-2020 12:21 PM
Adik, pi la rajin blaja.. nyanyi2 ni blom tentu akan ok
Quote Mawar91 23-12-2020 12:26 PM
Edited by Mawar91 at 23-12-2020 12:29 PM

X payah la...Soh adik tu kje lain ke/sambung belajar je..kerjaya heols pon makin ke jurang marina.klu lagu2 heols  still sme je n management still x nak buat pembaharuan untuk kerjaya heols silap2 thun depan da berkubur terus nme heols.sorry fans KB
Quote husna_amal 23-12-2020 12:31 PM
Tak usah la tarik adik beradik join industri hiburan.
Quote lasagna 23-12-2020 12:33 PM
tapi adik dia lawo la jugak..
Quote woven11 23-12-2020 12:39 PM
Adik2 dia ni suka menepek kt khai kan. Muka pun semua copy paste versi pakai tudung. Haha. Tak payah la, nyanyi kt smule je sudehh. Lagipun khai bahar tgh flop skrg ni, baik fikir naikkan career semula.
Quote Redmyvi 23-12-2020 01:18 PM
khai punya karier nyanyian pun tak ke mana sgt tak payah la offer adik tu..

Sekarang ni banyak sangat penyanyi.. setakat nyanyi cmtu ramai kat karaoke jamban..
Quote TomyamPuteh 23-12-2020 01:22 PM
Aku penah face to face dgn si khai ni. Kitorg tgh mkn dkt kdai kt kg dia. Irl si khai ni kecik comel je. Nmpk Sgt cucu tok.Pi mkn kt kdai pon bwk tok skali
Quote gideoncross 23-12-2020 01:24 PM
cicicumel replied at 23-12-2020 12:12 PM
X pyh la sis.. Ko pon makin menyendu... Adik ko pon mcm muka ko dipakaikan tudung..

Kijam uol hahahaha.
Quote iza.moha 23-12-2020 01:26 PM
Betul jgk ye. Mcm khai bahar pakai tudung.
Quote AshkieLa 23-12-2020 03:08 PM
kerjaya ko pun terumbang ambing..
lagipun bukan dulu ade fatwa adik beradik takleh nyanyi lagu cintan cintun sesama ke..
masa tu zaman ella duet nyanyi dengan adiknya korie...

ko kalo nak jugak kluarkan single dgn adik ko,
make sure lagu pasal ketuhanan, kekeluargaan atau patriotik..
Quote tumpanglalu74 23-12-2020 03:53 PM
Salinan karbon betol..

Quote putehkundor 23-12-2020 03:54 PM
Makin hensem pula khai bahar. Acik tergoda
Quote Harley_Quinn 23-12-2020 04:04 PM
Konsert dia kt Istana Budaya tu dah berjalan ke tu?
Quote Lelli 23-12-2020 04:13 PM
Khai muka versi feminin
Kyra maskulin..
Swab
Quote asma87 23-12-2020 05:02 PM
Lawa jugak adik KB ni..spesis muka basic cam mighah...lehla berlakon dgn abg cite kembar seiras...
Quote kipasaircond 23-12-2020 07:35 PM
Sian hang kb.. Hang flop krn ketaksuban fans hang.. Lagu Hang dgn Aina tu sedap tp fans hang ni fake sgt.. Puji kemain kat luar tp belakang duk cercah hang awak pilih Aina bukan Wani lah, Shima lah.. Segelintir yg kipas kuat tu lah fake sgt.. Hakikatnya Nan hadoo.. Sian Aina jd bahan cercaan depa jak.. View lagu takmo.. Bdk baik tp sekeliling mcm racun.. Moga2 hand sedaq lah khai.. One day
Quote woven11 23-12-2020 08:08 PM
kipasaircond replied at 23-12-2020 07:35 PM
Sian hang kb.. Hang flop krn ketaksuban fans hang.. Lagu Hang dgn Aina tu sedap tp fans hang ni fake ...

Lah, Aina pun kena jugak ke dgn fans heshe.... kesian sape2 yg duet dgn kb, habis dicercanya.
Quote kiah_mai_pulak 23-12-2020 08:56 PM
ketahian apakah innehh?

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.058027 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top