CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Serasi Dan Cepat Mesra, Ruhainies Tak Sabar Nak Berlakon Dengan Zul Ariffin Lagi

23-12-2020 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10793| Komen: 47

Kemesraan aktor bertubuh sasa, Zul Ariffin dan Ruhainies ketika membintangi drama Wifi Sebelah Rumah menimbulkan pelbagai persepsi. Ada yang suka melihat gelagat mereka, tidak kurang juga 'jelek' melihat aksi terlebih mesra yang dianggap keterlaluan.


Namun, hakikatnya, Zul mahupun Ruhainies sekadar membawakan watak komedi dalam drama 16 episod arahan Shuhaimi Zulkefli dan terbitan OrangeTree Production Sdn Bhd.

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 28, berkata setakat ini, dia tidak pernah menerima kecaman peminat setia Zul, sebaliknya mereka sentiasa memberikan kata positif.

Foto: IG

"Komen positif yang diberikan membuatkan saya lebih bersemangat datang ke lokasi penggambaran, setiap hari. Tiada lagi kecaman yang diterima.


"Malah, saya dan Zul berhubung sebagai seorang kawan di luar lokasi penggambaran. Zul, sebenarnya seorang lelaki sangat baik dan tidak lokek berkongsi ilmu dalam bidang lakonan. Jadi, ini salah satu sebab saya seronok untuk ke lokasi penggambaran tanpa tekanan.

"Hingga sampai hari akhir penggambaran, saya rasa kenapa terlalu cepat masa berlalu. Saya selesa bekerja dengan Zul dan keseluruhan tenaga produksi," katanya kepada BH Online.



Melonjak populariti menerusi drama Hello Mr Perfect, Ruhainies berkata, pengalaman kali pertama bekerja dengan Zul cukup bermakna buatnya.

Gadis kelahiran Kepala Batas, Pulau Pinang itu berkata, awalnya, dia tidak mengetahui pelakon lelaki yang bakal digandingkan dengannya dalam drama komedi itu.



"Saya terkejut saat diberitahu bergandingan dengan Zul. Ini kerana saya tak pernah melihat Zul berlakon dalam drama komedi, sebelum ini.

"Saya tak sabar kerana hanya mengenali Zul secara luaran sebagai seorang yang tegas dan garang. Jadi, saya tak sabar nak lihat bagaimana Zul beraksi komedi.

"Bagaimanapun, pengalaman bekerja dengan Zul sangat mudah dan selesa. Kami begitu mudah mencipta keserasian. Bayangkan dalam tempoh dua hari, kami sudah dapat keserasian," katanya.


Anak ketiga daripada lima adik beradik itu berkata, dia tidak menyangka di sebalik wajah seriusnya, Zul seorang yang sangat lucu dan satu kepala dengannya.

"Saya akui, Zul adalah gandingan saya paling serasi sepanjang bergelar pelakon," katanya.

Mengulas penerimaan teman lelakinya, Ruhainies enggan mengulas lanjut. Dia kurang selesa mencampur adukkan kerjaya dan soal peribadi.

"Saya dan Zul bersikap profesional ketika bekerja. Aksi mesra yang dilakukan bagi memenuhi kehendak pengarah. Saya enggan komen bagaimana penerimaan teman lelaki.



"Alhamdulillah, setakat ini, tiada sebarang masalah. Apa yang dapat dikatakan, saya gembira sama ada berkaitan kerjaya mahupun peribadi," katanya.

Ruhainies berkata, dia dan Zul kemungkinan akan digandingkan sekali lagi dalam sebuah drama, tidak lama lagi.

"Saya tak sabar mahu kembali bekerja dengan Zul," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gideoncross 23-12-2020 02:36 PM
Hamboi deknon haha.
Quote husna_amal 23-12-2020 02:39 PM
Mesti lah tak sabar sebab dapat kena peluk angkat dengan abam zul.
Quote lattehazelnut 23-12-2020 02:40 PM
Suke kne dukung
Quote Kurex 23-12-2020 03:06 PM
Si kemut & kakak dia yg tua sebelum takde bakat lagi sangkak. Asal keluar cerita mesti cerita pasal jantan sebab takde cerita yg boleh dibanggakan. Keluar pun cerita sampah sebab korang level sampah. Bodoh punya kemut! Cibai!

Pelakon takde gred berwajah tua yg takde pengorbanan & sumbangan utk negara melainkan bayar cukai macam orang lain yg akan tenggelam tak lama lagi. Murahan punya adik beradik! Takde bakat korang ni, nak kata cantik pun tak, melainkan muka persis makcik lewat 40an yg berusaha jadi muda namun tak berjaya.

Terpaksa jadi murah utk kekal relevan sebab tau diri dah makin sendu. Layak diludah artis sangkak takde gred yg asyik keluar cerita jantan! Puihhhhh dekat muka tua! Bodoh, cibai, palat, bongok, sampah, sangkak! Puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh

Kalau keluar cerita korang, mesti pasal kena dukung, buat surprise sampai ke sudah. Ni bermakna korang takde bakat & diri korang layaknya utk drama sampah dari pengarah & production sampah. Sesuai muka korang adik beradik berwajah tua keras kaku penuh filter tao flawless berperangai pprt. Pakai baju apa pun nampak murah baju tu! Bodoh! Puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh puihhhhh
Quote petpot 23-12-2020 03:11 PM
bakal menjadi intan najuwa kuasa dua
Quote petpot 23-12-2020 03:12 PM
Kurex replied at 23-12-2020 03:06 PM
Si kemut & kakak dia yg tua sebelum takde bakat lagi sangkak. Asal keluar cerita mesti cerita pasal  ...

beria phuuiii phuuii tuu dekat siapa kurex oiii. mara nau nau
Quote lattehazelnut 23-12-2020 03:26 PM
Edited by lattehazelnut at 23-12-2020 03:50 PM
Kurex: Si kemut & kakak dia yg tua sebelum takde bakat lagi sangkak. Asal keluar cerita mesti cerita pasal jantan sebab takde cerita yg boleh dibanggakan.  ...

Ni ade pompuan lain peluk abg zul..
Tarik nafas panjang2 dulu.. ok, set.. go..

[ig]https://www.instagram.com/p/CINxcwhBbkV/?utm_source=ig_web_copy_link[/ig]


Quote slyfynx 23-12-2020 03:30 PM
Kemut ni kalau x cite pasal jantan x sah.
Bijik la
Quote ladyzens 23-12-2020 03:42 PM
kemut ni lagiiiiii
Quote Nana_Man 23-12-2020 03:53 PM
Masuk sini pasal nk tgk komen kurex.
Quote innocent_me 23-12-2020 04:19 PM
hooh..bamjul memang suka sangat kat co-star pemurah gini.
Quote innocent_me 23-12-2020 04:24 PM
Kurex replied at 23-12-2020 03:06 PM
Si kemut & kakak dia yg tua sebelum takde bakat lagi sangkak. Asal keluar cerita mesti cerita pasal  ...

Kalau di dunia nyata, habis basah lencun muka kena air liur laharan dik kurex
Quote TerataiMelur02 23-12-2020 04:27 PM
Kurex replied at 23-12-2020 03:06 PM
Si kemut & kakak dia yg tua sebelum takde bakat lagi sangkak. Asal keluar cerita mesti cerita pasal  ...

Rex.. Tak mau cerca bang julripin sekali ke.. Sana sini perempuan dia peluk tu, tak kan tak jeles
Quote Kurex 23-12-2020 04:38 PM
TerataiMelur02 replied at 23-12-2020 04:27 PM
Rex.. Tak mau cerca bang julripin sekali ke.. Sana sini perempuan dia peluk tu, tak kan tak jeles; ...

Zul ripi tak salah.. tu utk kerja dia je
Quote JalaEmas 23-12-2020 04:40 PM
Suke ler dpt di dokong di gesek2.. Hahahhahabhahababa..
Quote Minami2013 23-12-2020 04:41 PM
Hari tu nampak lalu lalang kat ig dok laga2 bontot be2 ni..
Quote Tinot7 23-12-2020 04:48 PM
Julripin syok lerr tu
Quote afidahoney27 23-12-2020 05:47 PM
Confident melangit statement sheolss bab tiada kecaman diterima choii
Quote iolss 23-12-2020 05:59 PM
i tgk gambo je, trs geli.

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:24 PM GMT+8 , Processed in 0.156535 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top