CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditetak Anak Saudara Lepas Terlanggar Bahu

23-12-2020 08:35 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2729| Komen: 13

GEORGETOWN - Seorang lelaki cedera parah selepas ditetak anak saudaranya bersama beberapa lelaki lain di sebuah kedai menjual telefon di Jalan Veterinari di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian yang berlaku di sebuah kedai berdekatan sebuah flat itu berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan anak saudaranya.



Gambar hiasan

Menurutnya, dalam kejadian pada jam 9.10 malam itu, mangsa ditetak menggunakan parang menyebabkannya cedera di perut, lengan dan kaki kiri.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan terlanggar bahu anak saudaranya di sebuah restoran di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini dua hari lalu.

"Susulan daripada itu, kedua-duanya telah berselisih faham dan suspek yang tidak berpuas hati telah ke kedai tersebut bersama lima rakannya lalu menyerang mangsa," katanya ketika dihubungi pada Rabu.


Tambahnya, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

"Kita berjaya menahan tiga lelaki termasuk anak saudara mangsa yang kesemuanya berusia lingkungan 20-an. Polis masih giat memburu tiga lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

"Dua daripada suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau. Kesemua suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 23-12-2020 08:59 PM
Meols begitu riak dan konfiden yach, sebelum baca isi article ni "Mesti Yindon ni".
Terasa mcm nak buat surat permohonan maaf plk lepas baca habis {:freak
Quote Tinot7 23-12-2020 09:55 PM
Iols baru je turun dr penang smlm..
Get well soon, ankel
Quote jazaa100 23-12-2020 09:58 PM
kicap ke?....
Quote jazaa100 23-12-2020 09:58 PM
Carcosa replied at 23-12-2020 08:59 PM
Meols begitu riak dan konfiden yach, sebelum baca isi article ni "Mesti Yindon ni".
Terasa mcm nak ...

mcmana kau blh speku yindon?.....

marah trisna......
Quote lavendernovella 23-12-2020 10:14 PM
Bahaya baran ni makin menjadi2 skg. Berhati2 dan waspadalah sentiasa.
Quote Scheherazade 23-12-2020 10:27 PM
Sbb terlanggar bahu je terus gaduh smpai tetak pakcik dia, bwk geng lak tu. Klu samseng ngat, awat x one to one gaduh, xyah bwk geng.
Quote cha-cha 23-12-2020 10:59 PM
Dah ala2 pinoy my father is policeman i dont care eh eh eh jerrr, sikit2 nak tetak2, bunuh2
Quote sukacactus 23-12-2020 11:34 PM
Terlanggar bahu tu trigger je kot
Mesti dah lama hangin ni
Quote Skuau 24-12-2020 12:39 AM
cha-cha replied at 23-12-2020 10:59 PM
Dah ala2 pinoy my father is policeman i dont care eh eh eh jerrr, sikit2 nak tetak2, bunuh2 {:1_550: ...

dlm kes spt ini...polis pinoy tu amat diperlukan.
Quote insulin 24-12-2020 12:43 AM
Gangsternya...
Quote depresio 24-12-2020 01:17 AM
Geng kicap ke ni?
Quote Jer@ngkung 24-12-2020 01:49 AM
Ish2 dunia akhir zaman
Quote husna_amal 24-12-2020 10:04 AM
Dengan keluarga sendiri pun sampai nak berparang.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.059846 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top