CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Siap Gosok Gigi, Dah 39 Tahun Buaya Ini Tinggal Bersama Dalam Rumah

24-12-2020 10:35 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 3858| Komen: 15|Original author: Oleh: Natrahn


Sesetengah orang suka pada haiwan dan menjadikannya haiwan peliharaan mereka. Setakat ini kucing dan anjing merupakan haiwan peliharaan paling popular untuk dibela.

Namun lain pula ceritanya di Jepun ini. Lebih kurang 40 tahun dahulu, Nobumitsu Murabayashi, membeli buaya yang diberi nama Caiman-san, dari kedai haiwan perliharaan selepas anak sulungnya merayu untuk membela haiwan berkenaan. 

Kredit foto: Youtube Carters Clips

Buaya terbabit kini mempunyai ukuran panjang mencecah 7 kaki, dengan berat lebih dari 45 kilogram.


Seperti orang lain yang memiliki haiwan peliharaan, Nobumitsu turut membawa Caiman-san ini keluar berjalan-jalan dan membenarkan sesiapa sahaja menyentuh buayanya termasuk menaiki belakang badannya juga.

Kredit foto: Youtube Carters Clips

Menurutnya, meskipun buaya ini nampak ganas dengan giginya yang tajam, Nobumitsu berkata buayanya itu tidak akan dan tidak pernah mencederakan sesiapa. 

Kredit foto: Youtube Carters Clips

"Saya tidak pernah menyangka dia akan jadi sebesar ini. Sudah 39 tahu saya menjaganya. Saya cuba berkomunikasi dengannya melalui tindakan seperti menggosok gigi, dan lain-lain.

Setiap hari isteri saya akan menjadi muak dengan saya. Oleh itu, saya menghabiskan hari saya dengan Caiman sebagai gantinya," kata Nobumitsu memetik laporan Carters News.

Sang bedal ini biasanya digeruni. Tapi lihatlah bila dipelihara dari kecil, reptilia milik Nobumitsu Murabayashi itu cukup jinak sehingga dah jadi dari sebahagian daripada keluarga mereka. -CARI

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 24-12-2020 10:43 AM
alololo..manjanya boye pokcik nih..siap berpeluk dibelai2 muka manyak syiok lak boye ni..
Quote makneng 24-12-2020 10:54 AM
Mak cuba bayangkan kalo ada org mcm ni kat ibu pertiwi... Masa dia free , dia bawa boya dia jalan2 kat taman klcc.
Quote Tinot7 24-12-2020 11:04 AM
Semoga baik2 aja.. depa kena pikir, bila depa dah takde, boya2 tu sumer camne?

[youtube]0euMHa8YuLE[/youtube]

[youtube]joF7nGG0POA[/youtube]
Quote merrissa 24-12-2020 11:23 AM
ntah la haiwan ni unpredictable...mcm manusia gak...kejap baik..tetibe dia tikam belakang kita
Quote husna_amal 24-12-2020 11:58 AM
Jinak sangat sampai rileks je bawa buaya jalan2.
Quote mdhelmi 24-12-2020 12:18 PM
merrissa replied at 24-12-2020 11:23 AM
ntah la haiwan ni unpredictable...mcm manusia gak...kejap baik..tetibe dia tikam belakang kita

selain dari dalam air atau berdekatan dgn air yg dalam
buaya tak boleh buat pape
dia lebih suka melarikan diri
kalo dah tiap2 hari dok gomol buaya tu dalam rumah dia nak lari mana lagi

Quote zuuu 24-12-2020 12:49 PM
Xkecoh ke jiran2 dia dia bela buaya siap bawak jalan2 lagi...
Quote Artemesiaa 24-12-2020 01:46 PM
Binatang kalau dah lama duduk dengan manusia kadang boleh lupa diri ingatkan ia juga manusia.  Apa pun ia masih haiwan liar sikap aslinya masih ada tetap kena berjaga2.
Quote Skuau 24-12-2020 01:52 PM
oh..ini yg Sudin ckp..."kerja berus gigi buaya..." tu...la.......
Quote RatuDunia94 25-12-2020 10:09 PM
Haiwan ttp haiwan.. naluri liar dia ttp ada..
Quote farhani87 26-12-2020 06:19 PM
Seram tgk. Takut kalau Tiba2 dia ngap tuannya sendiri.
Quote nanies 5-1-2021 10:22 AM
mcm ne pun dia haiwan. takde akal. kang dia ngam ko, dia jugak kena bunuh pastu. biar la dia balik ke habitat dia
Quote ais_kosong 5-1-2021 02:10 PM
putih bersih giginya..
Quote puteribaya 6-1-2021 04:17 PM
teringat my English lecturer dulu,,pompuan dia masa study kat obersee, beli ular sawa..abis belajar nbawa sini dah besar,,dia letak dalam bathtub rumah dia..bila dia ajak kita org open house..sorang pun x mo pegi..dan last nya dia lepas kat perhilitan bila satu hari tu seminggu ular x mau makan, tapi asik himpit dia bila dekat,,,bila pegi vet, terperanjat dia bila vet cakap ular tu sedang ejaskan dirinya utk dibaham..haa hilang rasa sayang,,sib baik ular tu test market dulu...kalu terus ngap camna?
Quote Addrianna 6-1-2021 06:49 PM
Bintang tetap bintang dia tetap sama sebab tu keluar istilah jangan perangai macam bintang.nampak tak?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:31 AM GMT+8 , Processed in 0.075268 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top